Monday, April 19, 2010

10 Sebab Mengapa Saya tak Perlu Pulang..........

10 Sebab Mengapa Saya Tak Perlu Pulang Ke Kampung Halaman Pada Minggu Ini Walaupun Ada Jarak Masa Seminggu Sebelum Peperiksaan Seterusnya (tajuk penuh)


Wah, tajuk pun dah ambil tiga baris. Ya. Peperiksaan saya yang seterusnya setelah peperiksaan yang hari ini tamat ialah pada minggu depan hari Isnin. Jadinya ada jarak masa yang agak panjang antara hari ini dan semalam hari itu. Bagai bulan jatuh ke riba, ada rakan-rakan yang ambil peluang cuti panjang ini untuk pulang ke kampung halaman yang tecinta. Cuti ke? Ni kira study week la ni. Eh, kita ada study week rupa-rupanya, tapi di pertengahan bulan exam. Baru saya perasan. Kan korang nak study week, inilah dia! Tapi saya tengok study week ini bukan digunakan untuk study ye..? Oh, korang nak study week untuk balik ye rupa-rupanya.....ohhh... =b

Tapi sedihnya =,[ saya tak balik pun. Keinginan untuk balik itu ada tetapi setelah memikirkan dalam-dalam diam dan meneliti dari setiap sudut (konon), saya pun fikir kenapa saya tak payah balik.

10 SEBAB SAYA TAK PAYAH BALIK:

1. Susah nak dinafikan, kalau saya berada di rumah, walaupun bawak balik buku satu beg pun, jangan haraplah nak terusik. Harap jeling je lah. Kalau bukak pun tak dapat nak fokus pun, sebab ada banyak benda lain yang lebih menarik untuk dilakukan selain baca buku. Hehe. Mana lagi best, makan ke baca buku? Mestilah makan kan? Antara TV dengan buku? Saya pilih TV. Huh. Afiq...Afiq...



2. Rakan-rakan ramai yang balik hari ini atau esok. Hari bekerja. Kalau saya balik nanti bukannya ada orang di rumah. Abah Mak Adik kerja, adik lagi sorang sekolah, kakak kat Shah Alam. Petang baru balik (kecuali kakakku yang balik hari Jumaat). Malam je dapat jumpa. Esoknya awal pagi dah keluar.



3. Antara tujuan utama pulang ialah untuk makan masakan air tangan Mak yang sedap sehingga menjilat jari mmmm! Memandangkan Mak balik lewat petang, kalau saya ada di rumah nanti saya yang kena masak. Saya nak makan masakan Mak, bukan masakan sendiri!



4. Di rumah tu ada pasang Streamyx. Saya ni dah lah seorang yang kategori internet-addict. Nak bukak Internet tiga kali sehari-pagi, petang, malam. Kat rumah boleh meniaga Cafe World dengan bebas sikit. Kalau dah masak makanan kat Cafe tentu asyik ingat je bila makanan tu nak masak. Tak study ler jawabnya.



5. Kat rumah tu nanti sibuk nak melakukan aktiviti. Kadang-kadang Abah suruh vacuum rumah ke...lap cermin ke. Lepas makan pulak mesti nak kena basuh pinggan. Masak jua. Bila dah penat buat kerja nak rehat. Rehat lama tuh. Buku tak bukak.



6. Kadang-kadang sebab terlampau selesa duduk di rumah saya akan berileks-rileks aja, tak buat apa-apa. Rileks sambil tengok TV atau dengar radio. Kadang-kadang sampai tertidur. Hehehe. Ini terjadi sebab otak saya fikir; rumah ialah tempat relaks. Tempat tenangkan fikiran daripada masalah-masalah di kampus. Patut masa ini digunakan untuk study tapi Saya tidak study.


Habis. Ada enam je. Ala. Tak cukup meyakinkan untuk memujuk diri supaya tak payah fikir banyak pasal balik rumah. Tapi semua sebab ni memang cukup kukuh. Tak payah 10 pun tak apalah. Yang pasti bila balik rumah memang tak study. Itu kesimpulan yang pasti. ITU KRITIKAL! Nak final exam ini mana boleh macam tu kan...kena study...STUDY....STUDY!!! Jangan main facebook je...huh..susah tu.

Jadi saya tidak pulang. 2 minggu lagi baru boleh pulang. Sungguh lama lagi T_T

2 comments:

  1. hehe.. btul2.. dirumah xbley study
    sbb tu aku akn balik hstel few days b4 exm.. kt umah, xbwk buku langsung

    ReplyDelete
  2. tak bwk buku langsung! lagi hebat..

    ReplyDelete

Do you have something to say?