Showing posts with label Ekspresi. Show all posts
Showing posts with label Ekspresi. Show all posts

Monday, October 01, 2012

Flowerpot

Jadi, 21/10/2012 ialah tarikhnya. Untuk menjadikan tarikh itu suatu realiti, saya perlu menyelesaikan beberapa perkara sebelum tarikh itu tiba. Saya perlu tangkap gambar untuk kad alumni, dan perlu ambil jubah. Saya juga mahu berjumpa rakan-rakan yang dah lama tak berjumpa. Saya cakap dengan Mak, yang saya nak lepak-lepak dengan kawan juga, bukan setakat ambil jubah, dan Mak kata: Buat apa nak lepak? Tiga tahun lepak dulu tak cukup? -________________- Mak saya tak pernah duduk asrama. Kbye.


Perancangan asalnya ialah pergi ke Melaka pada Khamis, adik saya hantarkan ke kampus, lepas tu balik terus. Meh. Boring. Dah alang-alang sampai Melaka, mestilah nak jumpa dengan kawan-kawan kan? Bukan senang nak jumpa. Ada yang duduk jauh, bila lagi nak jumpa. Tapi tak cool lah babe, angkut adik ke sana sini masa jumpa kawan. Nak-nak suruh adik drive pergi tempat yang saya nak jumpa kawan lol. Kita perlukan privacy. Privacy OK? Kalau adik saya terbabit sama masa saya tengah melepak karang rasa kena balik awal pulak. Yelah, dia tercongok sorang-sorang di situ tunggu kita. Tak cool juga. Rasa macam ada bayang-bayang. Saya tak suka ada orang tunggu saya masa saya tengah bergumbira. -___- 

Bukan saya tak menghargai adik saya tolong jadi driver (padahal sendiri dah boleh drive), tapi saya nak privacy. Nak cakap omputih tadi depan ibubapa masa dia ada pun rasa segan lmao. Napelah diriku rasa rendah diri sangat. Kau cakap omputih sangat hebat, Afiq, cuma gagap terlampau je. XDDDDD 

Jadi saya sedang memikirkan solusi kepada masalah dunia ini.

#1. Pandu sendiri pergi balik Melaka. Saya dah pernah pandu sampai Alamanda, kira OK la tu, kan? Saya juga dah pandu sendiri pergi Stesen komuter Bangi walau tak ingat sangat jalan, tapi berjaya juga sampai. Tapi masalahnya, saya tak confident nak memandu ke rumah Liza. T_____T


#2. Adam hantar pergi kampus, amik jubah, tangkap gambar kemudian suruh dia hantar pergi rumah Liza. OK gak. Tapi saya nak guna kereta. T_____T Hang balik sendiri naik bas boleh? XDD



#3. Pergi sendiri ke Melaka naik bas. Senang. Tapi, saya nak guna kereta. T___T



Da hook. Ada kereta tapi tak dibagi bawak pergi  jauh-jauh buat apa? Baby, jom I bawak u pergi Melaka nak tak? Mesti nak kan? Dengar Block B sampai bernanah telinga. Sobs. Nak tanya Abah pun takut. Tahpape tah. Macam mana ni? T____________T

Monday, September 24, 2012

Chain Reaction

Akhirnya, kad jemputan ke majlis konvokesyen tiba juga, melalui pos laju. Teruja tengok kad tu! Macam kad jemputan ke majlis perkahwinan.
Dah lama tunggu, akhirnya sampai jugak. :'D

Tadi bayar yuran konvo via bankislamonline. Pending. Tak tahu kenapa. Tak pasti dah ditolak ke tak duit atau belum. Kang tekan send banyak kali kang kena makan duit pulak. Duit dahlah tak berapa nak banyak. 


Esok ingat nak cuba masak nasi ayam tapi tak jadi. Kunyit Halia muda tak ada. Bahan penting, halia muda tu, katanya. Sementara tengah ada mood chef ni (sebab tengok Masterchef T^T ), saya pun dengan terujanya pergi bukak asianfoodchannel.com. Tengok gambar2 makanan dalam tu. Homaiiii boleh buat perut kenyang jadi lapar balik. Semua nampak macam best. Esok, salah satu dari resipi-resipi tu akan kucuba. Kalau rupa dia memuaskan nanti saya upload la gambar kat sini haha! Cita-cita tinggi ni! Bukan selalu saya nak bukak buku resepi atau nak masak ikut resepi kat Internet! :333

p/s: Happy birthday Lee Taeil! <3 nbsp="nbsp" p="p">

pic credit to owner


Doakan saya dapat kerja cepat. Terima kasih. :')

Tuesday, September 18, 2012

Blown away

Trust. It is funny how some people can easily take advantage of the trust that we have put in them. Saying they will do certain things when in the end they don't even bother. Empty meaningless words. These fake plastic people. You may make a fool of me once, or twice, but once it is too far, sorry man. Oh why should I be sorry for you. I feel sorry for myself for trusting you. How I wish I could save my friends from being your victim. But I am too late.


And I agree with How I Met Your Mother's quote;
Even though some things are meant to be told, it doesn't mean they need to be heard.



It would seem like I am selfish for doing what that quote asked us to do. For instance, not telling people how bad you have influenced people. But people might say I am bad too for telling bad things about people. Let them know by themselves? Or be a good citizen and tell people? Or just ignore?

Decisions decisions.



p/s: Kak Ira dah dapat kerja. Saya masih meh di sini. Bleh.

Wednesday, September 12, 2012

The story of my bed

I was sleeping like a log as always (Gah, I'm using a word I learnt from him ;~~~; Kitty I miss you) one night. No dream, no nightmares as usual. My alarm went on at it's usual time, 6.20 a.m, and I rolled to my left to turn it off when the bed suddenly let out a weird sound. Seconds later, I found myself being dropped to the floor, my left hand stretched to find stability (which hurts cos it hit the bed's frame). The left side of the bed has tilted. Correction. The left side of the bed has collapsed. Collapsed, man. 

And that wasn't the first time. Though I think this time was the worst collapse I ever encountered. Yes, my bed has a very harsh way of telling me I am heavy. The heck, I am not even that heavy!

Bleep you, bed. I hate you. Oh wait, I can't use that strong word. Kitty doesn't approve. Sobs. Kitty, you have give quite an impact in my life, see? Come back! T__T Bed, I dislike you with burning passion.

I thought this bleeping bed will never ever ever collapse again, because the last time it collapsed, I have my Dad fixed it for me. He nailed here and there and fixed here and there and did the what-not. I was pretty confident that that would be the last time this bleeping bed will get hammered. But I guess not.\

Do you know how hard it is for me to hammer this bleeping bed? My room is small, the smallest in the house, I think. And the bed fits just right in the room. Beside it is my wardrobe. Very close next to it. The bed sure can't move anywhere. So when I want to fix the bed, I can't move it to the side, because of the wardrobe, and on the other side is the wall. And it so bleeping hard to disassemble the bed in that small space. I get frustrated just by thinking I couldn't move it anywhere, plus the frustration to disassemble it in that small space, plus Malaysia's humidity, plus worrying and missing Kitty. I dislike fixing my bed with burning passion because it is really burdensome and tiresome and frustration-some. 

Usually when the bed collapses, I will try to fix it on my own the next day. I will try fixing it by myself first, I don;t like to burden people though it was very hard to do it alone but yeah. I am that kind of person. Bang here bang there knock here, knock there. When it was OK again, I will crawl on bed slowly, afraid that it it break again. Oh my fragile bed. You are worst than a glass.

Now I don't feel like fixing it anytime soon. I'm tired. I'm done. I will sleep on the floor. Bleep you again cos I just tidied my room, the you have to go and crash now my room is like Infinite's old dorm all over again. 



This bed has been with me since like maybe more than five years ago. Ask for a new bed from Dad? I wish. Dad have gotten me so many things already. That phone, that car (which I still have no money to pay for), that pretty cloth for convocation which the price is askdhajdhasjdha. I don't dare ask. I don't even dare to ask Dad to fix the bed. I will fix it, later. When I feel like I want to. Meh. 

Is this the drama that I wanted?

Monday, September 10, 2012

Clogged

I feel so useless sometimes. I am still jobless after seven months of finishing university. My parents have given me so much. And haven't been able to repay them yet. I have to fix my attitude too, I was so eager to look for job when I finished my practical, now I am getting lazier. Because not many companies answered my application and I feel like giving up already. I feel like I am stuck here and I can't get out.

aww my poor kitty U-Kwon is stuck. /le pulls him out/


I have so many things to think too. Pay my car, pay PTPTN, job searching, convocation, pay car, pay PTPTN, go to Block B concert, marry U-Kwon, pay car, pay PTPTN, have a social life, visit South Korea, memorise all Block B lyrics, dream of U-Kwon in my sleep, job searching, job searching, job searching, job searching, job searching.

My dad asked me to join an essay writing competition. To write about Malaysian's craft. In Bahasa Melayu. It's not that I can't write, my dad even told me I wrote quite good before (le feel proud XD ) but I haven't been making Bahasa Melayu essay since forever. Except when I'm blogging. Or tweeting. XD But tweeting can't be specified under essay though.

I'm still missing my kitty. =(

 Take it off, baby!

heheheheehehe. >///////////<  Kbye.




Sunday, September 09, 2012

Action

Salam, selamat pagi. =)


Best lagu ni. ;') Walaupun U-Kwon, B-Bomb dan Jaehyo tak ada part tapi masih best. 
















Lagu ni pun.















Lirik dia sedih. Sobs.



Konvo bulan 10. Tarik tak pasti bila. Ibubapa sudah tanya. Duit PTPTN dah kena bayar. Kerja tak dapat lagi. Kepada company2 yang saya minta kerja, tolonglah repy application saya cepat. Saya dah penat T__T


--- Roleplaying rants---
My kitty left me, taking my heart with him. What kind of job in the world makes people work 14 hours a day? That is crazy! They better pay him good or I'm going there personally to ask them to stop torturing people like that. How I wish I can do that. His working hours are ridiculous too. Before, it was still tolerable; 8a.m. until 11p.m. Now it is 5p.m. until 7a.m. The heck is that? They are turning him into an owl. My poor kitty. I miss you kitty, I miss you so much. I hope you're doing fine. I miss you. :( 



Batuk dan selsema dah datang balik. Oh sangat gembira. If you know what I mean. You know what, you know what, you know what, what I mean, mean.

Saturday, April 21, 2012

Super

Hai! Saya sedang berblog secara langsung di atas kerusi cleopatra di ruang tamu. Ya, dah hampir 2minggu tak berblog, tiada apa menarik untuk diblogkan. Tapi baru-baru ni ada satu perkara menarik telah datang dalam hidup saya. Sangat menarik dan telah buat tangan saya lenguh sebab pegang perkara ni lebih kurang enam jam tanpa henti setiap malam. ㅋㅋㅋ. Sekian buat waktu sekarang. 아녕 !

posted from Bloggeroid

Thursday, April 05, 2012

Pareo Rock

Semalam saya tidur lambat. Lebih lambat dari biasa. Lepas berfacebook, tak tahu macam mana boleh tersimpang ke youtube pula untuk melihat Onew. Setengah jam jugaklah mencuci mata melihat kekasih kesayangan cewah :P Mata memang mengantuk yang teramat, perut pun dah bising minta makanan tapi dah pukul 12.30, maaf. Tiada makanan untuk anda. Di saat itu juga tiba-tiba teringat bahawa saya sudah terlupa untuk makan ubat. Biasa budak ni asyik lupa makan ubat. Sakit apa? Rahsia. Shhhh.

Lebih kurang jam 1 pagi, saya pun merangkak naik ke katil yang baru ditukar cadar. Pakai cadar warna maroon yang dibagi percuma oleh Kolej Matrikulasi Melaka. Tak tahulah kenapa, cadar tu rasa panas je lepas tukar. Golek-golek kiri kanan tak selasa je rasa. Dengan drama kat facebook yang tiba-tiba masuk dalam otak membuat otak berfikir lagilah susah saya nak tidur. 

Lepas dirasakan macam 1 jam saya melelapkan mata dengan penuh kepayahan, tiba-tiba terdengar bunyi kuat yang membangkitkan saya dari tidur yang tak lena langsung. Saya bangun dan duduk di atas katil, tengok jam. Pukul 2/3 (tak ingat pukul berapa). Apa bising-bising pagi-pagi buta ni? Bunyinya macam bunyi lori besar, macam orang nak pindah rumah. Tapi saya fikir lain. Saya fikir pencuri bawa lori besar nak merompak. Kita kenalah menjangkakan yang paling teruk kan, manalah tahu, kalau jadi, boleh prepare call polis ke, bukak langkah silat ke, capai tongkat untuk ketuk kepala diorang ke.. mintaklah dijauhkan. Amin.

Bunyinya sangatlah menggangu, saya tak dapat sambung tidur. Maka dengan perasaan separuh berani, separuh takut, saya pun keluar bilik dan menjenguk ke luar tingkap untuk melihat apa sebenarnya yang berlaku. Serius agak takut tapi saya pergi jugak tengok. Kelihatan ada lori besar yang besar dan bising sedang menghala masuk ke simpang rumah saya. Dengan mata yang kabur-kabur saya cuba fokuskan apa yang mereka tengah buat. Mencuri ke? Tapi takkan nak mencuri guna lori sebising tu? Kemudian, saya nampak ada orang macam tengah baling-baling barang keluar dari sebuah rumah. HAH! Saya fokuskan lagi pandangan. 

Rupanya tukang angkat sampah tengah humban sampah masuk dalam lori sampah. 

Pukul 2/3 pagi? Serius? Saya bangun pukul 2/3 pagi untuk tengok orang angkut sampah? >________< Walaupun agak annoyed sebab bising, tapi saya agak gembira apabila tahu mereka ialah orang angkut sampah. Dah berapa lama tak angkut sampah, akhirnya datang juga.


Sekian.


Oh ya. Dah lebih tiga minggu JPN buat kad pengenalan baru saya.Tak siap-siap lagi sampai sekarang. Setiap kali check, keluar ni:



Tuesday, April 03, 2012

Oh where oh where can my baby be?

Pernahkah anda terfikir tentang alamat rumah anda? Anda rasa alamat rumah di Malaysia ni panjang ke pendek? Biasanya alamat rumah di Malaysia akan ada nombor rumah, nama lorong/jalan, seksyen, nama bandar, poskod, nama negeri dan akhir sekali nama negara- Malaysia. Sekurang-kurangnya dalam empat barislah.

Contoh alamat rumah di Malaysia:

No 5, Jalan 43/12H,
Seksyen 43,
Bandar Keris Wijaya,
98332 Taiping, 
Perak Darul Ridzuan,
Malaysia.

Ada enam baris pula. .__.

Bagi kita atau saya yang tak pernah pergi luar negara dan memang setiap masa duduk kat Malaysia je, saya rasa alamat ni normal la. Tak panjang, tak pendek. Sebab dah biasa alamat tulis macam ni.

Kemudian, tiba-tiba muncul angau nak kumpul poskad dari kawan-kawan yang berasal dari luar negara. Masing-masing pun bertukar-tukar alamat. Masa saya bagi alamat saya kepada kawan saya yang berasal dari Finland (kali ni nak panggil dia sebagai Cheesy pulak lol, malas nak taip Strawberry), dia komplen alamat saya susah  (god that sounds difficult -.-) . Eh. Apa panjangnya? Saya tanya dia. Biasa je saya rasa. Lepas tu dia bagi alamat dia.

Contoh alamat rumah di Finland:

Err..saya dah lupa mana saya letak alamat Cheesy, jadi saya bagi contoh je la. (-___-)"


Vesakkotic 1399
FI-00630 HELSINKI
FINLAND (cr: Google)




Tengok! Tiga baris je! O____O Patutlah dia komplen alamat saya panjang!

Ni pula ialah contoh alamat di Singapura:

48 Loyang View Singapore 507215

Ni lagilah. Sebaris je. O___________O

Setelah melihat alamat mereka yang pendek-pendek ni, saya rasa musykil pula. Kenapa alamat di Malaysia panjang-panjang? Semenjak pindah rumah baru, saya ambil masa lebih kurang dua tahun nak hafal alamat sendiri LOOOOL. Betul ni! Mungkin sebab masa tu saya duduk asrama, jadi asyik terlupa alamat baru. Tapi kalau alamat rumah sependek macam di Singapura dan Finland ni mesti sehari je dah boleh hafal!

Kalau nak berfikir dari sudut logiknya, alamat rumah di Malaysia panjang macam tu sebab majoriti kita duduk di kawasan perumahan yang berseksyen-seksyen. Dalam seksyen tu pula ada lorong-lorong pula. Setiap tu nak kena dikenalpasti supaya posman senang nak cari. XD Untuk kemudahan posmenkah? XD

Adakah rumah di Finland sebiji-sebiji je? Tak ada seksyen-seksyen? Singapura.. mungkin rumah apartment. Saya merasa cemburu melihat mereka punya alamat yang pendek. *tiba-tiba*



Wednesday, March 21, 2012

Alarm Clock

Harini merupakan D-Day bagi budak-budak yang ambil SPM tahun lepas. Hahaha! D-day SPM saya dah berlalu lima tahun yang lalu. Ingat lagi, relaks je menantikan keputusan keluar. Risau memang risau tapi dah tak boleh buat apa-apa dah jadi tawakkal dan pasrah je lah kan. Kadang-kadang kalu masa senggang, fikir jugak macam manalah agaknya keputusan SPM. Siap pernah buat ramalan result berdasarkan tahap saya menjawab soalan kah kah kah. Bajet dapat 4A lah, 5A lah, paling kurang pun 4A lah, BM BI Maths Agama confirm A (amboi yakin benar). Saya benci subjek EST (English for Science and Technology). dah ada English dan tiga subjek sains tulen nak tambah lagi EST tu buat apa? Dah la susah. Masa saya SPM, saya belajar semua dalam Bahasa Melayu ❤  saya ingatkan kalau terer English dapatlah A untuk EST tu jugak tapi tak dapat. Kah kah kah (gelak nak sedapkan hati). Dengan cikgu EST dulu yang macam agak tak mesra dan muka garang je memanjang macam semua orang ada buat salah/dia ada masalah personal dan bawak pergi kerja. Oh, lupa, dia ada favorite student. Dengan student2 yang dia suka tu elok je dia berbual. Saya tak tahu kalau dia tahu saya ni anak cikgu disiplin ke tak masa tu (saya sangat halimunan masa kat sekolah) Eh tiba-tiba teringat masa zaman kat sekolah pulak =')

Masa saya nak masuk dewan ambil result baru berketar seluruh badan. Fikir macam-macam dalam otak. Macam mana kalau tak ada A? Macam mana kalau Add Maths failed jugak? Macam mana kalau semua failed? D:

Semua tu lima tahun lepas. Hari ni adik saya ambil result. Harap-harap hasilnya kami dapat makan sate malam ni kekekeke.


p/s: Result saya rahsia. Tak ada failed, Add Maths lulus dan EST B. Psh.

p/s/s: Malam tadi mimpi kerja kat kedai pinggan mangkuk. .___. apakah maksudnya?



Tuesday, February 21, 2012

Me Gusta



I can relate to many of the stories made by this comic. 

Sunday, February 19, 2012

Poskad dari Eropah

Terima kasih kepada rancangan Now Boarding: Paris di channel TLC, saya baru terfikir nak minta Abah hantar poskad ke rumah masa Abah berada di luar negara. Abah dah pergi banyak negara contoh: China, UK, Indonesia, Thailand, Vietnam sebelum ni (saya tak pernah menjejak kali keluar dari Malaysia :) )tapi sekarang baru saya terfikir nak minta Abah hantar poskad. Kenapalah saya tak terfikir dari dulu? Kalau tak mesti dah banyak koleksi poskad. -sedih-

Sebenarnya nak minta Abah hantar poskad dari Menara Eiffel. Tahu tak, Menara Eiffel ada post office dia sendiri. Kalau kita hantar poskad/barang/apa-apa dari situ, kita akan dapat cop post office Menara Eiffel. Bukankah itu sangat menarik? HOMAIII. Tapi masa saya tonton rancangan Now Boarding: Paris tu, Abah dah keluar dari Paris ke destinasi seterusnya pula. -sedih lagi sebab melepas-

Abah kata nak hantar poskad bukan perkara mudah. Nak cari post office untuk beli setem, nak cari post office, nak cari poskad..(sila abaikan susunan ayat yang tak ikut turutan) etc etc hahaha. Macam menyusahkan Abah pula, tapi saya mahu poskad. :P


Ingatkan nak minta dari setiap negara yang Abah pergi, haha tapi dapat satu je. XD Janji dapat. :D Ini ialah poskad saya dari luar negara yang pertama! T^T


dari Luxembourg

kalau tulis alamat untuk hantar merentasi negara, jangan lupa tulis nama negara kat poskad.

COP LUXEMBOURG YANG PRECIOUSSSSSS.
Ada dua cop. Satu cop ada gambar kartun. tehehe.



Kalau lepas ni ada sesiapa nak pergi luar negara, saya tak akan lupa minta poskad. HOHOHO.
Siapa nak pergi luar negara? Tolong hantarkan poskad untuk saya? Pweeasssssse?
-kelip-kelip mata-

Saturday, February 18, 2012

Makanan sedap

Hari ni Mak ada aktiviti ala-ala Explorace kat Putrajaya dengan Morib. Hari Sabtu. Meh. Satu perkara je saya fikir kalau Mak takde kat rumah. Saya kena masak. Saya dah takde idea nak masak apa. Dahlah Abah tak kasi saya makan udang. Muka saya sekarang sedang dalam situasi yang tak berapa nak sedap mata memandang, dan Abah kata mungkin kalau tak makan makanan laut boleh menyelamatkannya sedikit. Makanan laut yang terpilih untuk tidak dimakan ialah udang. Saya tak suka sotong jadi tak apa. Udang. Udang. Udang yang sedap. T_T Sebenarnya saya tak tahu sejak bila ketidaksedapan kulit muka ni jadi sebab apa. Apa yang saya dah buat? Takde tepek benda pelik-pelik pun. Pencuci muka yang dipakai serta toner dan bla bla bla pun tak berjaya mengembalikan kulit muka saya yang smooth criminal dulu. -sedih- Entah-entah sebab saya pakai produk E. Tapi benda ni jadi sebelum saya pakai E. Saya berharap guna E dapat membuahkan hasil. Tapi nampaknya tidak. Sama je. -___-"

Setelah selesai memanaskan lauk-lauk semalam yang tak habis untuk juadah tengah hari (kalau masak lauk baru nanti tak habis pulak lauk-lauk yang lama ni), Along pulang ke rumah. Masa Along balik minggu-minggu lepas, Along bawak balik nasi kerabu. Saya tak makan pun haha. Warna nasi dia biru. Dan lauk dia ulam. Tak berapa nak berminat. Minta maaf, nasi kerabu. Minggu ni Along balik bawa Nasi dagang dan laksam! 


Nasi dagang.
kr: Google.

Pertama kali makan nasi dagang di Terengganu. Saya rasa saya makan kat Terenggganu masa jalan-jalan dengan keluarga kat sana. Sangatlah sedap. Serius. Kuah dia. Ikan tongkol dia. Nasik dia yang macam melekit-lekit. Kyaaaaaaaa~ Sejak itu, Nasi Dagang dah dimasukkan dalam senarai makanan kegemaran. Masa makan kat Terengganu tu, makcik tu bagi ikan dia sikit je. Macam saiz dadu, tapi besar sikit. asjdahsjdajljlka. Sedap tapi sikit dan agak mahal. Tsk.


Laksam
kr: Google

Saya tak pernah makan sebelum ni. Sebab saya tengok rupa laksam ni macam tak menyelerakan. Haha. Putih. Kuah dia pun putih. Saya ingatkan rasa dia macam plain je. Along paksa-paksa saya suruh rasa. Saya pun ambil mangkuk paling kecil dan masukkan dua ketul mi gulung dalam mangkuk. Senduk kuah banyak-banyak dalam mangkuk. (Along cakap makan kuah banyak-banyak baru sedap). Ambil sesudu. Masuk dalam mulut. Kunyah-kunyah. 
.
.
.
.
.
.
.
.
. SEDAPNYA!!! O___O



Kedua-dua makanan ni dimakan dalam jam 11 pagi. Belum lunch pun dah kenyang. asdaghsfahfgahja. Hahaha. Alhamdulillah. =)

Friday, February 17, 2012

Nobody touch the remote control tonight.

Why? Because it belongs to me. Because tonight is the premiere of Pride and Prejudice on Diva Channel. 8p.m. I love this movie. So much. Their love story is just. LOVE. Wait i actually don't remember how the storyline is. I forgot. It's been forever since I last watched it. No, I don't buy the DVD. I'm not a DVD person. I'm the kind who waits for HBO or Cinemax or FoxMoviePremium or Diva Channel to air it on TV. =)


Keira Knightley and Mr Darcy. I don't know what is Mr Darcy's real name. Sorry, but you know I love you.
(cr: Google) 


By the way, I love English movies in this time setting. 19th Century. Why? Because I love their outfits. Hehe. Girls and women wears pretty gowns, corsets (which i see as suffocating, i can never survive if i have to wear it, i need to lose some weight before i can wear it but that is not the point here). And the men seems so gentlemen-like with their suits.

If I'm not mistaken this movie/story is about two people Elizabeth and Darcy who falls in love with each other but neither of them tell each other their true feelings. I think I remember being frustrated watching because they didn't confess. -pulls hair out- That's all I remember. I need to refresh my memory by watching it again tonight. I can't wait!

Have I told you  i love Keira Knightley? I haven't? Let me tell you now. I LOVE KEIRA KNIGHTLEY! She is so pretty, and i love her acting, in this movie and in the Pirates movie. <3 <3

Waiting for 8p.m. <3 <3

p/s: I'm so hungry. I have no desire to eat, but I am hungry. @.@

Nak terbang

Semalam saya dapat tahu bahawa Air Asia ada buat promosi tiket penerbangan murah untuk pergi ke tempat-tempat di dalam Malaysia dan ke luar negara. Saya tertarik maka saya pun buka laman web Air Asia untuk melihat kebenarannya. Memang benar. Harga tiket ke Sabah, Sarawak dari Kuala Lumpur ialah dalam RM29. Harga tiket ke Korea (ehem perlu sebut juga kerana teringin nak pergi Korea) ialah dalam RM100++. Kira murahlah kan? Saya pun teruja dan terus mesej kawan-kawan. Respon mereka semua positif dan saya pun teruja nak tempah tiket. 


kr: Google.


Kemudian, pada malam harinya, saya bagitahu Abah pasal tiket murah tu dan rancangan saya nak pergi bercuti dengan kawan-kawan. Abah kata, harga tiket yang tertera kat promosi tu mesti untuk pergi je. Harga tiket balik mesti lain. Mesti dia naikkan harga. Saya terkejut dan terkesima. Eh. Mana boleh macam ni! Tahap keterujaan terus menurun. Kemudian Abah cakap pasal harga hotel, harga transport kat sana nak jalan-jalan lagi, makanan, dan sebagainya, mahu sampai RM500. Apa? O____O Saya tiada duit sebanyak tu. T__T


Nampaknya macam terpaksa membatalkan percutian untuk kali ini. Sedihnya. Dah siap terbayang pergi jalan-jalan dengan diorang dah. Namun, bajet tidak mencukupi. Mungkin bila kita semua dah kerja baru boleh ajak pergi jalan-jalan. Minta maaf, kawan-kawan. Mungkin mereka tak baca blog saya. Nak kena mesej sorang-sorang la ni nampaknya. -sighs- 

Makan.

Pertama kali pergi Sushi King:


Sotong warna merah.


Ini tak tahu apa. 


Saya punya. Ayam dia tiga ketul je. -sedih-
Mi dia besar, dan agak melekit-lekit. Not my taste. T_T
Tapi kalau makan mi tu dengan ayam dia, rasa sedap.


honey lemon drink. Rasa madu menguasai. Saya nak rasa lemon lebih! D:


Nuha dan Steph punya. Nampak sedap dan banyak.


Lin punya. Sedap! ^_^

Sushi tuna saya! Sedap! ^_^


Saya baru dapat tahu bahawa Sushi King tiada logo Halal? O_O








Thursday, February 16, 2012

Bye..

Barang-barang kesayangan ni tak muat nak masuk dalam almari. T___T


Majalah F1 yang dikumpul sejak tingkatan 4 (2005)



Kimi Raikkonen. Bye Bye~



GALAXIE. Sekarang tak berapa minat nak baca sebab dah tak berapa minat Hollywood. :)



Komik-komik Detektif Conan dan Ranma 1/2 yang dikumpul sejak tingkatan 1. T___T


Buku-buku dan majalah-majalah ni semua dah berada dengan saya hampir 10 tahun. Kalau bosan-bosan rasa nak gelak, saya baca Ranma. Kalau rasa nak jadi detektif, saya baca Conan. GALAXIE dan F1Racing dah lama tak baca. Mungkin sebab minat terhadap mereka dah berkurangan.


Nampak perubahan minat saya? Galaxie>Komik>F1.
-sedih-
harap-harap dapat duit banyak masa jual nanti. mahal tahu majalah f1 tu. satu Rm10. Komik Rm4.50. Wow. Tak mahu kira berapa saya dah berbelanja. Tak mahu tak mahu tak mahu. ><

Monday, February 13, 2012

Sejuk Panas

Abah dah selamat pulang ke tanah air yang panas setelah hampir dua minggu berada di negara-negara Eropah yang suhunya dalam lingkungan -8degree celcius yang paling sejuk. Abah kata Abah pakai sampai lima lapis baju. Stokin pun dua lapis. Nak taip email kat Blackberry pun susah. Sebab Abah pakai sarung tangan, jadi kena buka sarung tangan dulu kalau nak menaip.Nak menaip pun menggigil-gigil. Nak ambil gambar apatah lagi. Patutlah beberapa gambar yang Abah ambil bergegar. tehehehe.

Bayangkan Abah yang tahan sejuk pun macam tu. Kalau saya yang tak berapa tahan sejuk ni pergi sana masa musim salji bagaimana? Pakai lapan lapis baju kah? O__O Saya suka musim sejuk sebab sekarang Malaysia sangat panas. Rasa macam nak terbang pergi Eropah sekarang. >____< dan berendam dalam ais.


From Paris with Love~


Berapa suhu Malaysia sekarang ni? ><

Friday, February 10, 2012

Kuiz TV

Kalau anda macam saya yang tak berapa gemar menonton dokumentari atau program berbentuk pengetahuan di kaca TV tapi anda nak menambah ilmu pengetahuan am, saya ada cara macam mana nak menambah pengetahuan dengan menonton TV.

Anda boleh menonton program-program berbentuk Kuiz! Contohnya; RM1 000 000 Money Drop (Astro Ria), Cash Cab Asia (AXN), Are You Smarter Than a Fifth Grader (Fox). 

Saya agak tensi menonton RM1 000 000 Money Drop tu. Peserta-pesertanya ada yang agak .... lebih baik saya tak cakap. Soalan senang pun susah nak buat keputusan psh. Nervous agaknya. Eh, macam diri sendiri bagus sangat. :P 

Nak tengok How I met Your Mother! Dah lupa waktu-waktu dia tunjuk kat TV T___T

Thursday, February 09, 2012

Apa nak masak

Saya teringin nak buat puding karamel, nak masak spagheti bolognaise, masak lemak lada api (wajib belajar kerana lauk ni dari Negeri Sembilan, kalau tidak tahu masak, buek malu ajo -Abah saya dari N9-). Selain itu, Mak saya juga sudah beberapa kali minta saya buat kek -__- kalau saya nak buat kek, saya nak buat kek keju. yummeh! Ataupun tiramisu. Sedapnya. 

OK. Nak basuh baju lepas tu nak makan tengah hari. Harini saya masak Ikan masak asam. Ada banyak ramuan yang tiada, maka saya pakai masak je ikut suka hati, janji kuahnya warna merah dan rasa masam. Nyeheheh. Rupanya tak begitu memberangsangkan maka tiada gambar untuk ditunjuk di sini. 

Satu entri tergendala. ><
K, bye!