Showing posts with label workin workout. Show all posts
Showing posts with label workin workout. Show all posts

Friday, May 16, 2014

Subang experience

Salam.

Saya berpeluang bertugas di Lapangan Terbang Antarabangsa Subang pada Rabu & Khamis lalu. Hari Isnin minggu depan hari terakhir saya perlu bertugas di sana. Saya belum pernah memandu ke Subang. Kebiasaannya saya hanya menaiki tren/bas. Subang kan banyak kereta. Naik pengangkutan awam je senang.

Dari Bangi, saya ikut plus Highway , terus je ke plaza tol Sungai Besi, lepas tu ambil first exit ke Sunway Lagoon.Kemudian saya kekal lurus je, sampai tol Awan Besar, kemudian tol Sunway. RM8 dari Bandar Bukit Mahkota ke plaza tol Sunway. itu baru kos perjalanan pergi. Kemudian, saya ambil exit Kewajipan & kena buat U-turn. Stay di lane kanan dan pandu terus je, ikut signboard Subang Airport.

Punyalah banyak kereta di Tol Sungai Besi kalau sayakeluar rumah jam 07:10AM. Macam kena himpit je rasa. Memang rasa mencabar & kena pandai mencelah sambil bagi signal nak masuk lane yg diingini. Tapi semalam saya keluar rumah jam 07.15, lepas tol takde banyak kereta macam hari Rabu. Jadi, kalau nak elak sesak lepas tol, silakeluar lambat sikit. 

Pengalaman di Subang Airport atau kodnya SZBAP, agak menarik. Saya di situ sempena penganjuran "IT Clinic" dan saya salah seorang "doctor IT" di situ. Tapi tak ramai pun pesakit datang. Kurang 20 pesakit je. Memang payah melawan mengantuk hahahah tapi sebab tak payah jawab telefon macam di office, saya sukalah. Relaks je, rasa macam diberi days off dari kerja office yang mengundang stressed.

Selain merelakskan diri, dapat juga merelakskan mata, melihat orang lalu lalang di cafe tu ( IT Clinic tu berlangsung di cafe MHub), dapat makan dengan kawan2 baru setelah sekian lama makan seorang diri di office. Boleh borak2, kongsi pengetahuan & pengalaman, kiranya bestlah bertugas di sini sebab rasa lebih bebas. Nak break 10 kali pun boleh kalau xde pesakit datang. Kalau kat office tu break boleh 2 kali je, tupun pun 15minit per break. Nak berak lama2 pun tak boleh. Haih.


Minggu ni saya kena kerja 6 hari, so unfair. Tapi takpe, sebab Isnin depan pergi Subang, tak payah dengar user meleter kat telinga. I'm happy enough. =)

p/s: Nak balik Bangi, kalau tak nak ikut Federal Highway yang confirm2 jammed lepas office hours, saya ikut Exit PutrajayaPuchong (LDP), lepas tu ikut Highway Elite. Bebas dari jammed. Tapi mengantuk sikit lah drive ikut situ sebab macam takde apa2 menarik di sepanjang jalan. Jadi sila nyanyi kuat2 dalam kereta.
Till next update,

Sunday, May 04, 2014

Bersenam di rumah


Bagi orang macam aku yang kerja waktu tak tetap & tak menentu ni, susah nak pergi gym. Alasan je ni, sebab ada gym kat club house area rumah tu. Free lagi tau sebab ada membership sebab residen. Bahaha. Belum cukup semangat nak drive pergi gym walaupun boleh sampai kurang lima minit. Nak naik basikal, basikal takde. Apa nak jadi, tak tahulah. Tapi takpe, sebab sekarang informasi boleh dapat hanya di hujung jari, personal trainer pun dah ada website sendiri, kita rujuk je website mereka. Saya suka rujuk Instagram Kevin Zahri http://instagram.com/kevinzahri , dia selalu jugak post tips & guides & video yang amat berguna untuk newbie yang amat jarang exercise macam saya ni. 
Siap ada post workout from home. Workout di rumah pun boleh. 

Yang series ni belum pernah buat lagi. Nampak sangat mencabar. Kena ulang tiga kali. Fuhhhhh! 

Yang ni baru buat tadi, tapi sekali je yang mampu. Penat oi. Yang biasa buat macam skipping & squats tu ok lah nak ulang-ulang. Crunches tu adoilahhhh. Plank apatah lagi. Tercabar kekuatan otot. Burpees tu boleh tahan lagilah. Mungkin lepas dah banyak kali buat baru boleh biasa. Alah bisa, tegal biasa. 

Paling kurang kalau takde masa nak workout macam ni aku buat skipping 10-20 mins & squats dalam 20 kali atau berapa2 kali sampai penat. Skipping 10 mins boleh bakat dalam 80+ kalori tau. So, rasanya kalau nak bakar macam banyak sikit buatlah dalam 20 minit skipping. Tapi kena ikut kemampuanlah. Haritu sebab geram perut masih buncit, aku skipping 25 minit. Lepas tu esok terus demam. Kesimpulannya, kena buat ikut kemampuan. 

Dari segi makan pula, dari awal N dah tegur cara pemakanan aku. Kurangkan makanan berminyak. Jangan makan banyak sangat. Makan kerap boleh tapi jangan makan banyak. Karang gemok. Hasil kajian di Google, kita ni kena makan lebih kurang 2000cal je sehari. Tetapi bukan semua orang 2000cal lah. Depends on apa kita buat juga kan. Kalau kerja banyak pakai tenaga, kenalah makan lebih. Dulu sebelum aku fitness-aware ni, aku dapati aku makan lebih 2000cal sehari. Pergh. Susah nak terima. Lepas tu aku tak exercise pun.  Patutlah macam ni badan kan. Ambil masa juga lah nak kurangkan pengambilan kalori sebab dah biasa asyik mengunyah. Lepas tu suka makan makan not healthy. Macam McD, KFC, Burger King. Memang ternak lemak lah jawabnya. 

Untuk mengawasi kadar pengambilan kalori aku dengan lebih sistematik, aku download app myfitnesspal dari Play Store. Sangat berguna. Family aku pun suka app ni. Senang nak bajet. Kalau kita sedar kita makan terlebih kalori, boleh pergi bersenam, bakar balik kalori lebih2 tu. Macam kalau tiba2 teringin minum air Chatime/ Starbucks (yang kalorinya menakutkan), balik rumah skipping la sampai peluh banjir lols.

Semoga dengan penemuan & pengetahuan ni akan dapat membantu kita hidup dengan lebih sihat. :D 


p/s: OK, I have never really put any specific requirement for a boyfriend before, but after hooking up with N whom has muscular, toned body, now I think I am attracted to muscular guys. :3 XD I think guys with toned body are concious about their health & they are really particular about taking care of their body, so that's a really good point. 





Monday, April 07, 2014

Workout

Dulu saya kurus sikit dari sekarang. Zaman sekolah memang kuruslah, tak perlu risau sangat pasal nak cari baju & seluar jalan. Tapi, sejak masuk asrama, badan terus naik bagai dipam-pam. Pipi gebu macam apam. Seluar dah susah nak zip. Baju seksi bila dipakai sebab nampak susuk badan. Heh. Era gemuk bermula sejak masuk matrik, yang saya rasa agak pelik sebab patutnya kita gemuk kat rumah sebab makan sedap hari-hari. Ini makanan hari2 bosan tapi gemuk juga. Apakah?

Kesedaran tentang penaikan berat badan disedari, tapi effort kurang untuk menanganinya. Melaka panai hoi. Nak joging? Hitam lah muka I yang sedia berminyak ni. Dahlah takde geng nak joging atau exercise. Semua lebih rela menonton lelaki Korea macam di laptop (aku pun sebenarnya). Sorang-sorang joging sunyilah. Haih baru perasan agaknya dari dulu memang dah ada tanda2 aku ni forever alone. Sobs.

Aku rasa aku ada cuba kawal makan lepas habis degree so berat turun sikit. Takdelah nampak daging berlebihan terover. Heh. Baju dulu yang xmuat dah boleh masuk & butang habis. Tapi masih tidak mencukupi.

Sabtu haritu aku cuba untuk memulakan aktiviti workout untuk tone badan. Bukan Setakat nak lose weight je tapi nak kata N, untuk tone muscles, badan, kasi badan kuat etc. Jadi aku buat squats, sit ups & push ups.

Berapa tahun entah muscles aku tak dibelai. Lepas workout, menangis muscles aku. Haha. Sakit tau. Especially lepas buat squats. Homaaaaii. Memang terduga kakiku juga betisku juga punggungku. Sakit semua lepas buat. T.T

Tapi puas buat sebab at least kita berusaha. N tak tunjuk rasa bangga pun bila aku bagitahu dia. Susah nak impressed ke apa. XD

No pain no gain. I can do it!


Posted via Blogaway