Tuesday, February 02, 2010

Pencarian gayung berakhir!

Hari Ahad ke Sabtu lepas house mate aku, Diana cakap suruh aku simpan air dalam baldi sebab air kat sinki dah takde. Aku pun tadah la air guna satu-satunya baldi yang aku ada. Kiranya aku dah ada back up la kalau air takde. Kemudian, aku pun tunggu la saat air tiada. Tunggu punya tunggu air masih ada. Sampai la hari ni. Rupa-rupanya sinki tu saja je kot nak bagi warning kat kitorang. Air kat baldi aku masih penuh lagi. Aku takde gayung. Ye, ak takde gayung. Aku pun tak tahu ak nak gune air dalam baldi tu macam mana sebab takde gayung. hahaha.

Jadi, untuk menggunakan air dalam baldi, aku pun memulakan pencarian gayung kat kedai2 di sekitar Bukit Beruang iaitu Acemart dan Uptown. Tak de satu pun gayung. Pelik jugak...tempat sabun ade, hanger ad, tupperware ade...gayung takde..?

Selepas berhari2 mencari(3 hari kot), akhirnya hari ini, ak jumpe gayung kat kedai Uptown. Mula2 tak perasan pastu tetiba mataku yang melilau ternampak kelibat gayung itu di sebalik tembok. Agak tersorok jugak la. Akhirnya!!!

Jadi, aku boleh menggunakan air dalam baldi tu sekarang.
Yippieeeeee~~

2 comments:

Do you have something to say?