Saturday, February 13, 2010

Pertama kali dah tak suka

Sebelum saya mula cerita perkara yang saya nak cerita, saya nak cakap, saya makan dengan kenyang sarapan pagi tadi. Alhamdulillah.

OK, sekarang mula cerita.

Pagi tadi saya dan keluarga bersarapan di sebuah kedai Melayu di Bandar Seri Putra (berdekatan dengan taman perumahan saya). Mula2 Abah tanya "nak makan mana?" Banyak cadangan diberikan dan akhirnya kedai Melayu itu dipilih.

Seperti biasa, ada waiter datang ambil order. Abah nak makan roti canai, Mak dan adik beradik saya yang lain2 nak makan makanan yang kena layan diri, ambil sendiri. Saya berfikir-fikir nak makan roti planta sebab semalam rasa Ija punya roti planta sangat sedap. Belum sempat saya meng-order, pelayan diri(yang macam malas nak kerja itu) berlalu pergi. Saya terkesima. Woi, aku belum order lagi!!!

Kalau nak dibandingkan dengan kedai mamak, pelayan kedai mamak tu mesti tanya, "sudah order?" Dia akan tanya semua orang. Ni, kedai melayu tu tak tanya pun.

First impression saya....teruk betul pelayan ni.

Kemudian, saya pun terpaksa la pergi ke pelayan yang malas kerja tu untuk cakap order saya (dengan perasaan yang membara). Haih....tak pernah saya buat macam tu kat kedai lain. Kemudian saya pun balik ke meja. Family saya yang lain sume dah ada makanan, kecuali Abah. Along dan Min makan nasi lemak tapi takde sambal ikan bilis.

Adoiiii...kedai mamak kalau time2 ni..mesti dah cukup semua. sambal nasi lemak pun takde? Ape cerita nye ni? Ikan bilis pun takde??

Jadi, ini menambahkan ketidaksukaan saya kepada kedai itu.

Air dah sampai. Saya pun minum air. Family yang lain sume dah nak abis makan. Air saya dah abis separuh. Lama menunggu. Roti canai Abah pun sampai. Mana aku punya..?????

Ni lagi satu. Buat roti canai pun lama. Haihhh...tak payah la nak buat dengan penuh kasih sayang sangat....pelanggan lapar....ishhhhhhh. Roti canai pun lama, kalau roti sardin?

Lepas Abah punya roti dah nak hampir habis dan air teh 'O' saya dah tinggal suku, barulah sampai roti planta saya. Saya pun makan dengan rasa tawar hati (sebab lambat sangat). Saya kecewa. Rasa roti itu tak seperti yang diharapkan. Tak manis pun!!

Dah la buat lambat. Rasa tak seperti diingini. Apa kedai ni...??????

Buat penat je menyokong kedai Melayu kalau layanan camni. Sebab tu ramai orang makan kat mamak.

Abah membuat conclusion: NI KALI TERAKHIR KITA MAKAN SINI.


Baguslah. Panas je rasa hati aku makan situ.

OK. Sekian.

2 comments:

  1. biase r babe..
    dats y la kdai mamak is always d best

    ReplyDelete
  2. of course! Dari segi melayan pelanggan la..

    ReplyDelete

Do you have something to say?