Thursday, March 18, 2010

Pengejut(pengacau) tak rasmi di waktu pagi

Semenjak dua menjak ni, saya susah nak tidur di malam hari. Bukannya tak nak tidur, tapi bila dah baring atas katil, dah tutup mata, dah sedia untuk bermimpi indah-indah (padahal saya sangat jarang bermimpi waktu tidur), saya tak dapat nak membuat diri ini tidur. Kenapakah? Tapi saya betul-betul mahu tidur. Apakah sebabnya? Saya pun tak tahu. Tahukah anda?

Walaupun susah nak tidur, tapi lama-lama lepas terkebil-kebil, pusing kiri kanan dalam pukul satu atau dua baru boleh tidur (saya suka nak masuk tidur paling lambat pukul 12). Kalau tidur pukul satu/dua berapa jam je saya tidur? dalam empat jam. Empat jam mana cukup! Nanti esok pagi mata macam panda susah nak bukak. (-_-)

Saya selalu set jam untuk bangun dalam pukul 6.30pagi. Kadang2 terlajak juga tidur sebab best sangat tidur. Yelah, susah nak tidur, sekali dapat tidur kita harus menikmatinya.

Dalam masa saya enak tidur tidak dibuai mimpi, ada satu makhluk yang cemburu saya tidur. Dah masuk dua hari, kalau saya terlajak tidur je, makhluk ni macam tahu2 je suruh saya bangun. Makhluk ini akan membuat bunyi-bunyian yang comel didengar di zoo tapi menjengkelkan untuk didengar bila anda sedang tidur. Dah la menjengkelkan, kuat. LAMA PULAK TU. Tahukah anda makhluk apa yang rajin sangat nak kejutkan saya di Subuh hari itu? Jawapannya: Burung yang selalu berterbangan dan melepak di hostel saya ni. Saya tak tahu burung tu jenis apa. Yang pasti burung tu memang berjaya mengejutkan saya dengan caranya yang menjengkelkan. Nak halau jauh pulak. (Nak halau? Baik hati burung tu kejut kau, kau nak halau? ish3)Dia duduk dekat penjuru atap dekat dengan tingkap bilik saya..agak dekat sebenarnya. Kenapa bilik saya terpilih?

Adakah saya tak perlu kunci jam lagi kalau macam ni?

p:s: Saya sedang dengar burung itu berbunyi2 sekarang. Tidaklah annoying mana bila didengar di petang hari.

No comments:

Post a Comment

Do you have something to say?