Wednesday, March 31, 2010

Saya menggigil bukan sebab saya kesejukan

Hari ini kelas pukul 11 pagi tapi naik bas pukul 9 pagi. Bas pukul 9 ialah bas terakhir waktu pagi, jadi walaupun kelas pukul 11 atau 12 kena juga naik bas itu. Tak kisah lah awal pun. Dah tak ada kenderaan lain yang boleh digunakan. Janji sampai kampus. Sebelum keluar, saya sempat minum Milo Fuze untuk mengisi perut yang kosong. Ingatkan nak bawak bekal biskut tapi dah habis stok pulak. Aihhh...

Sesampainya di kampus, saya terus pergi ke kooperasi untuk membeli-belah sakan sarapan pagi. Beli roti ikan bilis dengan nescafe. Baru teringat dah lama tak minum nescafe. Terasa nikmat meminumnya. Tapi rasa nescafe tu macam tak berapa nak menepati citarasa. Tak macam yang rumah punya. Macam ada sesuatu yang kurang.

AIHHH....KAMU NI...DAH BELI MINUM AJELAH, BANYAK KOMEN PULAk. ISH!

OK...minta maaf. Patutnya saya bersyukur dengan rezeki yang ada.

Alhamdulillah..

Roti tu tak habis pun makan. Saya tinggalkan suku untuk dimakan di kemudian hari. *Sebenarnya kawan saya Ros dah habis makan 2 roti, saya satu roti pun tak habis2 lagi. Jadi saya pun simpan la roti tu, sebab tak nak melambatkan aktiviti kami di pagi yang panas itu =_= *

Lepas habis kelas pada pukul 1230, terasa lapar yang amat. Perut "vibrate" tidak berhenti-henti. Ye, saya faham. Masa untuk mengisi perut. Tapi pukul 1 ada taklimat Bengkel 2 pula. Nak pergi kafe, jauh. (malas nak menapak) Saya tersangatlah lapar sampai tanpa disuruh, badan menggigil tiba-tiba. Bukan sebab sejuk. Tapi Sebab terlampau lapar. Nasib baik ada simpan roti sikit pagi tadi. Dapatlah alas perut. Kesian perut kelaparan. Extreme nya sampai menggigil.

p/s: Dah sampai masa untuk beli makan malam! Ada sesiapa nak join...???


No comments:

Post a Comment

Do you have something to say?