Wednesday, March 03, 2010

Semut gigit kaki saya! (>_<)

Sejak balik latihan silat khamis minggu lepas, kaki saya telah dilanda kegatalan yang hebat. Mula-mula ingatkan sekejap je kaki gatal , sebab di padang tempat kami berlatih itu ada semut, dan saya kena gigit. sakit. =(

Tapi, tanpa disedari, sampai ke hari latihan seterusnya (Isnin), kaki saya masih gatal lagi. Tidur asyik terganngu je sebab tangan sibuk nak garu kaki. Tambah-tambah, cuaca panas. Nyamuk pun nak join gigit kaki saya. Nak pakai selimut tutup kaki untuk elakkan kena gigit...panas pulak. TAK SELESANYA!!!!

Hari Isnin baru ni, saya kena serang dengan semut lagi. Kali ni, semut tu memang lebih ganas daripada yang hari Khamis. Dah la sekali naik ramai-ramai, sampai ke leher pulak tu! SAKITNYA!!!! Saya rasa macam nak lari je dari tempat tu. Tak tahan la kena gigit. Budak2 lelaki tak kena gigit pun. Relax je mereka training. Saya dan partners saya (ada 2 orang) tak tenteram. Asyik bergerak, dari sini, ke sana, ke mari. Semua tempat kami pergi ada semut. Janganlah kejar kami semut...sakitlah.. T_T

Selain garu, ada tak cara lain nak hilangkan kegatalan..? Ni saya jumpa kat laman petua nenek

Menghilangkan Kesan Gigitan Nyamuk (semut pun boleh tak...?)

Bagi menghilangkan kesan daripada gigitan nyamuk dan menghilangkan gatal-gatal pada kulit, campurkan garam dan air, jangan biarkan garam itu terlarut. Kemudian sental garam tadi di bahagian yang kena gigitan. Selepas itu, anda tidak akan terasa gatal-gatal lagi dan kesan gigitan juga hilang.


Nak kena cari garam ni. Ada sesiapa nak derma garam....???


4 comments:

  1. haha.. afiq.. afiq.. marah semut tu.. semut jahat!!!

    ReplyDelete
  2. bubuh minyak cap kapak je kat tpt gatal tuh

    ReplyDelete
  3. saya_arief: semut tu memang jahat..!! =_=
    jia: memang marah ni!!
    along:ooo..boleh ea..? nnt try

    ReplyDelete

Do you have something to say?