Wednesday, May 26, 2010

Saya suka duduk di rumah

Cuti semester memang saya nanti-nantikan. Sebenarnya saya nanti-nantikan setiap cuti, bukan cuti semester saja. Saya nanti-nantikan cuti hari minggu, cuti raya puasa, cuti raya haji, cuti hari merdeka dan semua cuti yang saya boleh cuti dan rehat-rehat di rumah. Waktu cuti juga saya akan dapat peluang untuk pulang ke bandar halaman (rumah saya di kawasan bandar jadi saya tukar kampung halaman kepada bandar halaman =b). Paling best!!!!!


ini gambar yang berkaitan cuti yang berjaya diambil dari Google. Malas nak cari lama-lama. Nak tidur dah ni.


Dah beberapa minggu saya di rumah dan menikmatinya. Setiap hari saya akan melakukan aktiviti-aktiviti yang hampir sama. Bosan? Tak langsung! Sebaliknya bila tengok jam je nanti akan cakap: "Eh, cepatnya dah pukul lima!" Rasa macam cepat je masa berlalu. Tak nak masa cepat berlalu... TT_TT


Ini rutin harian saya pada hari bekerja (Isnin-Jumaat)secara kasar dan secara anggaran. Kadang-kadang berubah juga ikut mood. haha:

6.30 pagi:
bangun pagi, solat. lepas solat turun bawah tengok ibu bapa dan adik-adik pergi kerja/sekolah.

07.00 - 09.00pagi:
(kalau mengantuk sangat, sambung tidur). Kalau tidak, mandi, sarapan. selalu untuk sarapan goreng makanan beku dalam peti sejuk seperti nugget/kentang/wedges/karipap. Kalau tidak rajin akan makan.....em...selalunya rajin. heheh.

09.00 - 11.30 pagi:
Bukak laptop untuk membuka facebook dan menjenguk Cafe World, Farmville dan angkat makanan dan tanaman yang boleh diangkat. Buka blog untuk baca blog kalau ada orang yang update. Tulis blog kalau ada idea....tapi nampaknya idea agak kering kontang setakat ini. =_=!

bukak YouTube untuk melihat video-video yang disukai. YouTube lebih melalaikan saya berbanding facebook. lebih-lebih lagi kalau bukak video tentang A'ST1. Memang susah nak berhenti. ish...ish...ish...

Lepas dah habis lalai dengan YouTube, mulakan kerja sebagai jurutaip. Abah bagi saya kerja ni. Ada gaji ok. Tugas saya ialah taip sebuah novel dari A. Samad Said bertajuk 'Sungai Mengalir Lesu'. Cerita pasal zaman perang Jepun. Yang tak pernah baca lagi buku ni boleh la baca. =)

11.30-12.30 t/hari:
perut dah mula lapar. Masak untuk makan tengah hari. memandangkan hanya ada diri sendiri maka hanya masak untuk diri sendiri. Dah banyak kali masak nasi goreng. Cepat, senang dan agak sedap.... =)

12.30-0200 petang:
Ingatkan nak rehatkan lappy kejap, tapi kadang-kadang sambung balik tengok YouTube. =/

02.00-0230 petang:
OK, betul-betul rehat. tutup lappy kejap lepas tu solat.

03.00 ptg:
sambung kerja. sambil tengok 3 dads 1 mom kali ketiga di 8tv. Sangat suka cerita ni. keluarkan lauk dari peti sejuk untuk masak makan malam.

0500ptg:
solat. mulakan tugas sebagai chef sambilan/trainee chef di dapur. Kalau Mak pulang lambat dan Along tak pulang cuti, maka sayalah ketua chef. haha. =b

0630 ptg:
makan malam.

0700-0800mlm:
mandi, solat, basuh pinggan.

0830 mlm:
sambung kerja sebagai jurutaip sambil bukak facebook untuk check cafe world & farmville (aktiviti wajib!!!).

10.00-1030mlm: solat. siap2 nak tidur. tidur.

Begitulah kisah hidup saya seharian. Sekian.



2 comments:

Do you have something to say?