Hai. Selamat pagi. Apa khabar? Saya mengantuk.
Satu insiden mengerikan berlaku awal pagi tadi membuatkan saya telah merumuskan sesuatu tentang diri ini. Amaran: Jangan terlalu mengharapkan sesuatu daripada saya kerana dalam sekelip mata saja saya boleh hampakan harapan anda. Jangan berharap dalam bahasa kiasan juga. Jangan.
Kenapa? Nah, buktinya.
Along suruh masak sambal tempe dan ikan bilis sedap-sedap punya.
Hasilnya: tiba-tiba goreng tempe hangus. Dan sambal juga hangus. Tak sedap.
***********
Abah pulang dari kerja, biasanya bukak pintu pagar automatik tu sebelah je. Tapi hari itu abah bawak kereta nampaknya macam nak suruh bukak dua-dua belah.
Hasilnya: pergi bukak dua-dua belah. Kereta abah tersepit. Pagar automatik terkeluar dari landasan. Hebat.
************
Yang ni baru jadi pagi tadi. Dalam mengantuk yang hebat, pergi buat kerja print yang masih tertangguh dari malam tadi guna laptop Along. Masa nak simpan lappy itu, Along telah mengungkapkan kata-kata ni: My Laptop is My Life. Saya rasa macam ada benda tak kena akan berlaku.
Hasilnya: Lappy tiba-tiba terlepas dari tangan. Ngeri. Terkesima.
************
Nampak itu? Nampak? Jadi, apa kesimpulan dari peristiwa ini?
1. Jangan mengharapkan sesuatu dari saya sangat. Otak saya kadang-kadang tak boleh terima walaupun benda kecik je yang diminta. Walaupun permintaan kecik, entah kenapa otak saya boleh rasa macam diberi tekanan pulak. =_=! Tapi ini bukan bermakna saya tak boleh diberi tekanan langsung. Kalau tak ada tekanan, tak maju jugak kan?
2. Jangan bagi saya pegang benda yang mudah pecah/mahal/kesayangan kalau saya mengantuk/ tak cukup tidur. Badan saya tak cukup tenaga. Nanti akan jadi perkara tak diingini. (moral hari ini)
3. Saya perlu tidur yang cukup.
4. Adakah ini sebabnya saya tak pernah dapat 4 flat?? *0*
p/s: Lappy Along berfungsi dengan elok tadi. Lega. Nak sambung tidur tapi masih terbayang-bayang kejadian tadi dalam fikiran. haih. Hm. Hujan sedap tidur.
p/s/s: Saya menyusun sepuluh jari meminta ampun dan maaf kepada semua yang pernah terlibat dalam episod Si Kambing Hitam. Saya tak berniat pun nak buat apa yang telah saya buat. Mintak maaf banyak-banyak!!!!!
my lappy is my life
ReplyDelete