Friday, August 06, 2010

Bangi, saya datang ni!

Akhirnya selepas lama menunggu, akhirnya dapat juga saya pulang ke Bangi di mana terletaknya rumah manis rumah saya. Dah lamaaaaaa tak balik. Dulu pernah merancang nak balik lebih awal tapi ada komitmen maka terpaksa ditunda ke hari semalam. Semalam pun sebenarnya tak rancang nak balik, tapi lepas diberitahu kelas pada petang dan esoknya(hari ini) dibatal, fikiran terus menuju ke rumah. Peluang keemasan tu nak balik!


Lepas berfikir-fikir sedalam-dalamnya saya ambil keputusan untuk balik pada petang khamis itu. *Kalaulah pensyarah bagitahu pembatalan kelas dari pagi, tentu saya dah balik pagi tu jugak* Oh, kenapa kelas batal? Sebab hujung minggu ni ada pesta konvo. Buat pertama kalinya saya tak pergi pesta konvo UTeM. Kalau tahun-tahun lepas saya mesti pergi sama ada jadi peserta pertandingan-pertandingan di pesta ataupun jadi AJK takpun sekadar jalan-jalan cuci mata. Jadi AJK konvo ialah perkara yang menstresskan bagi saya. Mungkin saya pilih tahun yang salah untuk jadi AJK. Tahun itu ada wajadiri, bengkel 1 tambah pulak dengan AJK konvo. Meriah betul. Jangan buat macam tu lagi. Kesian otak dan badan kamu =(


Terpesong dari tajuk. Mari kembali ke pangkal jalan. Semalam keluar rumah sewa pukul 3.30, sungguh bertuah dapat BasTuah dalam lima minit penantian di tempat bas. Bertuah hari itu. Sungguh berharap tiba di Melaka Central sebelum 4.30 supaya dapat beli tiket ke Seremban pukul 4.30. Berjaya tiba sebelum 4.30 tapi semasa tengah tunggu dalam barisan beli tiket, makcik transnasional tu pergi angkat kertas "Seremban 4.30" dan tukar kepada "Seremban 5.30". AHHHHHHHHH~~!!! 4.30 dah habis ke??? 5.30??? Lambatnya lagi!!! Y__Y



Lebih kurang jam 7, sampai di Terminal 2 Seremban.






Muka penat dalam teksi nak pergi KTM dari Terminal 2






Buat pertama kali naik KTM untuk sem ini. Ladies' couch you!




Tengok, semua wanita belaka kan di koc wanita ni?





Oi, ade lelaki! Tak tahu baca malu punya orang! Tu yang baju hitam seluar pendek tu.








Yours truly




Bangi, akhirnya! Dah gelap dah.




Sementara tunggu Mak datang ambil, makan keropok yang dibeli di MC. Kemudian datang dua makhluk membuat muka kesian mendambakan apa yang saya makan. Oleh sebab kesian dan baik hati, saya pun kongsi makanan saya dengan mereka.






Ini dua ekor makhluk itu. Ke mana saya pergi mereka ikut. =_=!




Sekian kisah perjalanan pulang ke Bangi saya.



p/s:Seronoknya berada di rumah! Macam-macam benda baru!


3 comments:

  1. Nice one!, Visit my latest, goin' to touch ur heart, hopefully ;D

    ReplyDelete
  2. I ever sneaked into lady's coach too.

    ReplyDelete
  3. suhaisweet: will visit soon. =)

    jfook: you've been into the ladies couch too?? XD

    ReplyDelete

Do you have something to say?