Thursday, August 26, 2010

Burung yang awal dapat cacing berkualiti

Isnin lepas saya ada kuiz Bahasa Jepun. Sensei pesan suruh hafal semua perkataan dalam kamus. Tak, bukan kamus tebal ni. Mau tergolek kalau suruh hafal semua perkataan dalam waktu singkat!


Kamus Bahasa Inggeris pun aku tak hafal satu buku! heh.
Terima kasih Ayu sebab bagi pinjam ni!




Kamus buatan sendiri ni je yang kena dihafal.
Banyak jugak nak kena hafal.




Tak cukup kat buku, pergi tampal kat polisterine, sandarkan kat dinding.
Bila tengah study, sambil-sambil tu boleh hafal2 perkataan jepun gak.




Tujuan saya tunjuk semua ni bukan nak berlagak nak tunjuk betapa gigihnya saya saya stady macam la orang lain tak gigih. Sebabnya perkataan2 jepun ni susah sikit nak melekat dalam kepala otak. Dah minggu ke berapa hiragana pun macam malu-malu lagi je nak melekat dalam otak. Katagana tak payah cakaplah. Bila dah ingat hiragana, lupa
katagana. Bila dah ingat katagana, lupa hiragana. Macam mana ni?



Tup tup, dah lepas kuiz jepun. Lega. Rasa berbaloi gak la kiranya usaha saya. Tak sangkut2 sangat baca hiragana masa jawab. Harap2 result ok.



Hari tu sensei banyak cerita pasal betapa orang2 jepun amat2 mementingkan masa. Mereka amat tepat pada masa. Rasa-rasa mesti sebab sensei kecewa tengok ada lagi budak-budak yang berani datang lewat ke kelasnya. Relax je berlenggang masuk kelas. Sensei kata kalau kat jepun ni memang tak boleh. Kira kalau office hour pukul 8, sebelum pukul 8 ko mesti dah ada kat office. Kalau kau datang lewat sikit, orang dah pandang ko macam lain. Lewat 30 minit sama je dengan lewat 5 minit. Tetap lewat. Ketua akan fikir 10 kali kalau nak naikkan pangkat kau. Kalau info ni salah, tolong betulkan ye. =)


Sensei cerita lagi. Kat Jepun ada bullet train. Yang laju tu. Bullet train ni pun tepat pada waktunya. Kalau dia cakap dia gerak pukul 3, pukul 3 la dia gerak. Menurut sensei, kalau ada orang yang terlambat nak naik dan masa tu pintu dah nak tutup dan dia tersepit kat tengah, dia akan ditarik keluar. Ditarik keluar, bukan ditarik masuk dalam train tu! Kiranya orang-orang jepun ni amat mementingkan orang-orang yang datang awal. First come first serve. Orang yang datang lambat tak akan dapat layanan yang sama macam orang yang datang awal. Bagus2. Tadi baru lepas check google, oklah. Bullet train ni pun kadan-kadang terlewat sikit. Cuba teka berapa lama dia lewat? ENAM SAAT je! Enam saat pun dikira delay. Kalau satu jam? Siapa tak mengamuk?


cepat naik, karang tersepit kat pintu susah!




OK. Bukan orang jepun je yang punctual. Orang negara-negara lain pun ada yang punctual. Abah dan Mak dari kecik dah ajar saya supaya menepati waktu. Sendiri mau ingatlah. Kalau sekolah masuk pukul 7.30, bertolak la awal sikit. 7.20 dah boleh keluar rumah. (rumah saya dekat dengan sekolah). Kalau kuliah pukul 8, sebelum pukul 8 dah ada kat kelas. Yang ni memang tak dinafikan la. Saya kalau kelas pukul 8, naik bas pukul 7. Memang awal. Dah itu je bas sebelum pukul 8 yang ado. Abah yang merupakan seorang pensyarah, berkata, kalau ada budak datang lambat kelasnya, beliau tak ada tunggu2 ni. Early birds get the worms, bak kata orang putih. Dah lambat, lambatlah. Kelas mula pukul 8, pukul 8 la kuliah mula. Pandai2lah siapa yang lambat tu nak hidup.
Kalau bas balik seremban pukul 3, sebelum pukul 2 dah tunggu bas omni nak pergi Melaka central. Sebelum pukul 3 dah gelisah tunggu depan tempat bas parking. Takut bas gerak awal ke. Tapi jarang bas datang on time. Dah biasalah.




Tapi...

Jadi seorang yang punctual kadang-kadang tak best jugak. Misalnya kita dah janji nak jumpa orang pukul 4. Pukul 3.55 kita dah terpacak kat tempat tu. Orang tu tak datang lagi. 5 minit, 10 minit, 15 minit berlalu. Lama tunggu. Tak nampak batang hidung lagi. Bila call, cakap, kejap, baru nak keluar. Cam ni la! Punyalah aku datang awal, kau relax datang lambat.



Saya ni jenis yang kalau ada nak jumpa orang, saya akan cuba datang sebelum waktunya. Lima minit sebelum ke. Sebab takut nanti orang tu marah pulak kalau dia tunggu saya lama. Tak nak orang tu pandang serong kat saya. Takut bazir masa dia jugak. Yelah, ada orang banyak kerja nak buat. Nak tunggu kau lama-lama bazir masa je.


Moto saya: Biar kita tunggu orang, jangan orang tunggu kita.


Hati orang kan nak kena jaga? Hati sendiri luka, calar balar, berdarah, robek, biarkan. Tak ada orang pun kisah. ='(





Hm. kadang-kadang saya ada jugak terlambat datang ke mana-mana. Biasanya mesti sebab yang tak disengajakan. Percayalah, kalau saya tengok jam dah lebih waktu yang patutnya dah jumpa orang tu, saya akan rasa bersalah sangat. Sebab saya dah buat dia tunggu saya. Mintak maaf! Saya akan cuba untuk tak ulang lagi. huhu.


p/s: esok balik kampung! Woohoo~~

No comments:

Post a Comment

Do you have something to say?