Thursday, August 19, 2010

Teruja

Beberapa hari yang lalu, saya membuat lintas langsung ke rumah manis rumah di Bangi. Telefon, dalam bahasa mudahnya. Tanya Mak perkembangan di rumah, tengah buat apa, tengah masak apa dan lain-lain. Kemudian, Mak bertanya:



Mak: Tak nak balik rumah ke? Buka puasa sama-sama?

Afiq: Naaaakkk!!!

Mak: Balik bila? 28 haribulan boleh balik..

Afiq: 28 haribulan? Minggu ni tak boleh balik ke?

Mak: Boleh..

Afiq: Nak balik minggu ni!!!! ^^




Minggu ni balik rumah!!! Esok saya akan berangkat pulang. Teruja rasanya mahu pulang ke tanah air =b Teruja mahu tunggu tiba hari Jumaat. Teruja nak berbuka dan bersahur di rumah. Teruja, teruja, teruja! Seronoknya!!!




p/s: Esok nak pinjam buku di perpustakaan. Buku ipv6 dan gentian fiber. Dah lama tak pinjam buku. =b
Dan kalkulator dan kembali normal. Yayyy....takut nak pergi klinik ea, kalkulator? Ke takut kena diganti dengan kalkulator baru?




p/s/s: Tadi ada kemalangan di persimpangan jalan keluar dari FTMK! Nasib baik kemalangan ringan je. Takde siapa-siapa cedera. Kereta yang terlibat ada la yang luka sikit. Tapi mesti mahal nak ketuk pun kan? Eii..dalam kampus pun ada kemalangan. Kemalangan ini terjadi masa waktu puncak pukul 5, masa semua orang nak balik. Masa kereta banyak. Nasihat kepada diri sendiri dan anda yang membaca; berhati-hati semasa memandu. Fikirlah orang tersayang..dan fikirlah tentang duit yang akan diguna untuk bayar kalau kereta kemek juga.. -_-!

No comments:

Post a Comment

Do you have something to say?