Saturday, November 20, 2010

Mari Berbahasa Melayu


Syarat-Syarat:
1. Semua soalan dijawab dengan Bahasa MELAYU SAHAJA!
2. Tag orang yang anda mahu tag.
3. Letak gambar "Mari berbahasa Melayu" jika perlu.



SOALAN: Apakah yang anda lakukan 30 minit yang lalu?
Basuh baju menggunakan mesin basuh manual


SOALAN: 2 jam yang lalu?
Di dalam bas, dalam perjalanan dari Seremban ke Melaka sambil mengingati detik-detik manis di rumah. 


Anda suka...
Berblog, bertuiter, mengadap komputer riba, makan, dengar lagu, tidur awal, duduk rumah.


Minggu ini...
Paling menyeronokkan sebab dapat cuti dan duduk di rumah bersama keluarga. Minggu ni juga makan sedap-sedap belaka tanpa henti kerana Mak sentiasa menyediakan sesuatu untuk dimakan. Syurga!


SOALAN: Tiga lagu yang anda boleh dengar berulang kali.

1. Dinamit dari A'ST1
2. Dambaan hati dari A'ST1
3. Persembahan dari A'ST1


SOALAN: 3 binatang yang anda tak suka.

1. lipan
2. semut
3. nyamuk


SOALAN: 5 fakta tentang anda.

1. Makan perlu lengkap sekurang-kurangnya tiga kali sehari
2. Tidur perlu cukup sekurang-kurangnya enam jam sehari...kalau lapan jam lagi bagus
3. Filem pertama yang ditonton di pawagam ialah Kungfu Panda
4. Telinga agak sensitif, sebab boleh dengar bunyi-bunyi halus. Sebab tu kalau ada bunyi-bunyi susah nak tidur kecuali kalau penat sangat.
5. Dah lebih seminggu tak buka mukabuku dan terbukti saya boleh hidup tanpanya!


Tahun depan mungkin...
Menyambung pengajian untuk semester seterusnya, membuat Latihan Industri...


Saya tak reti...
Nak angkat ikan atau terbalikkan ikan dalam kuali bila ikan-ikan meletup-letup dengan ganas. 


SOALAN: Lima laman yang selalu anda layari.
1. Tuiter
2. Blogger
3. Utusan Malaysia
4. Anda Tiub
5. Google


TAG KAWAN

No comments:

Post a Comment

Do you have something to say?