Tuesday, November 09, 2010

Semut yang dahaga

Pepatah mengatakan: Di mana ada gula, di situ ada semut.

Saya mengandaikan semut akan ada di tempat-tempat yang ada benda-benda manis. Contohnya macam _________________________________________(sila isi tempat kosong. 10 markah)



Kira tak pelik la kalau semut ada kat benda-benda manis kan sebab memang nature dia macam tu. Sebab semut buat macam tulah baru keluar pepatah tu, betul tak?


Tapi yang musykilnya... saya telah menjumpai segerombolan semut dalam botol air F&N perisa ais krim soda saya yang berisi air kosong. Air kosong yang rasanya kosong. Air kosong pun kau nak serbu ke, semut? Bukannya manis pun! Atau air kosong ialah air manis tapi kita tak tahu??!! 



Eyy, kan tak elok makan gula banyak-banyak, nanti dapat penyakit. Baik minum air kosong!



As a result, saya tiada stok air kosong untuk diminum sebab air tu dah dibuang untuk langkah-langkah keselamatan mengelakkan penyakit lupa. Orang kata kalau minum air ada semut nanti jadi pelupa. Ish...tak naklah. Dah lah nak exam ni, banyak nak ingat. Kalau bukan time exam pun tak nak minum juga.



p/s:Ish..semut ni, kalau dahaga pun, tak payahlah berenang sambil menyelam dan  minum air aku!  ='(

No comments:

Post a Comment

Do you have something to say?