Mood: Sedih. Kecewa.
Lagu:
Trap/No Min Woo/My Girlfriend is a Gumiho OST
Plan minggu lepas, minggu ni nak balik. Tapi disebabkan kekangan yang tidak dijangka-jangka, plan terpaksa dibatalkan. Apakah kekangan itu? Internet di rumah manis rumah rosak! Dah lebih kurang seminggu rosak! Apa kena mengena Internet dengan nak balik? Ada kena-mengena! Jumaat ni saya ada mid term exam online. Kalau balik, tak ada Internet macam mana nak buat mid term? Lepas tu, ada satu assignment ni pun nak kena submit online jugak. Submit online memang biasa, tapi kali ni sebab Internet rumah rosak, jadi jadi macam susah pulak nak hantar. Internet rumah!! Kenapa kau rosak masa-masa begini? Kenapa? Kenapa????? T_T
Jadi, walaupun saya sepatutnya dapat balik cuti awal sehari (Khamis cuti) tapi semua plan hancur lebur. Hancur. Kecewa. Sedih. Lapar. T_T
Nak tambah lagi kisah sedih. Heater untuk masak air tiba-tiba je rosak. Tak dapat minum milo macam biasa. Kenapa kau nak rosak? Kenapa semua benda nak rosak? Kenapaaaaa? T_T
Lepas tu bila sijil Cisco nak sampai rumah ni? Semua orang dah dapat. Saya je yang belum. Kenapa saya je kanak-kanak terpilih yang belum dapat? Saya dah lulus dah examnya. Kenapa tak sampai-sampai lagi sijilnya? Kenapaaaaaaaaaaaaaaaa???? T_T
Lagi satu bila T-shirt yang beli online nak sampai rumah? Teruja gila nak tunggu. First time beli barang online. Barang related to SHINee pulak tu. he he.
Kenapa cerita My Girlfriend is a Gumiho yang episod last-last macam lambat sangat nak habis? Penat la nak tunggu haha! Lagi dua episod nak habis. Ye, saya tahu saya tengok lambat. Saya dah tengok kat OneHD dah sebelum ni, tapi tengok tak habis, jadi nak kena tengok sampai habis.
Hm. Tu je kot luahan perasaan. Saya suka lagu ni. Lagu apa? Tak tekan play ke kat music player kat atas tu? Tekan sekarang. :)
No comments:
Post a Comment
Do you have something to say?