Tuesday, September 20, 2011

Entri yang tak berapa "nice"

OK. Jadi Boss besar tak kasi makan dalam pejabat. Tak kasi makan atas meja yang ada komputer. Baiklah. Tapi pantri mana? Saya tanya seorang staf kat situ, dia kata pantri ada dulu. Ada meja. Tapi Bos besar tak kasi makan kat situ juga. Bos besar ni kenapa? Tak kasi orang makan kah? Saya boleh terima lagi alasan tak kasi makan kat meja pejabat, sebab nanti kalau tertumpah air nanti rosak pulak komputer. (Staf tu kata bos besar takut tikus datang. Macamlah saya makan bersepah.) Ni kat pantri pun tak kasi makan. Habis tu nak makan kat mana? Kafe punyalah jauh. Nak suruh jalan jauh2 kat kafe pergi makan? Kalau orang bawak bekal macam saya ni? Nak kena angkut makanan pergi kafekah? 

Staf tu cerita, dia pernah kena sepatah dua kata dengan bos besar sebab makan dalam pejabat. Haritu bos bear besar masuk akuarium(office) saya masa saya tengah melantak dengan penuh selera. Selamba makan depan dia. (Maksudnya dia nampaklah makanan saya ada atas meja). Tapi dia tak kata apa2 pun pasal tu. Dan sampai hari ni, saya masih melantak makan dalam office. Tak sape pernah tegur. Takutkah? Atau tak kisah sebab saya budak praktikal je?

Tapi kalau saya tak makan kat tempat saya, saya nak makan kat mana? Ahhh tak suka la macam ni!! Dahlah kerja kurang! Tempat makan pun nak kena sekat. LI..cepatlah habis!! T__________T

nota: terima kasih kepada kak Asnah, staf bahagian Aplikasi sebab baik hati tumpangkan saya walaupun sebabkan punch card saya warna merah dah dua kali berturut2. Rekod bersih dah dikotorkan T_T Sebenarnya bukan salah kak Asnah, timer kat punch card tu yang cepat lima ke 10 minit entah. Entah apa2. Kok iye pun nak suruh orang cepat datang, tak payahlah nak cepatkan masa timer tu. Ini tak adil namanya! 

4 comments:

  1. e eh. bos apa ni? mesti perempuan kan? sebab tu cerewet sikit. apa-apa pun, cik comel tetap simpati dengan fixifiq. bila habis praktikal?

    ReplyDelete
  2. @Cik Comel bos lelaki! wuwuwu... terima kasih Cik Comel kerana sudi bersimpati dengan saya. :)
    Lambat lagi nak habis praktikal. lagi 100 hari. T_____________T

    ReplyDelete
  3. sian giler afiq...x njoy mcm kt praktikal...sila jeles :D

    ReplyDelete

Do you have something to say?