Thursday, October 27, 2011

Fiksyen yang buat air mata bergenangan

Saya suka baca fiksyen online. Saya rasa ramai yang suka baca fiksyen atau novel online kan? Tapi berapa ramai orang suka baca Fan Fiction? Saya paling suka baca Fan Fiction! Fan Fiction(FF) ialah fiksyen yang ditulis oleh peminat yang karakternya terdiri daripada artis/idol kegemaran mereka. FF kegemaran saya tentulah karakternya mesti ada SHINee. =D 

Saya nak bagi tahu satu rahsia. Saya juga ada tulis beberapa FF menggunakan nama samaran di dunia web. Sebenarnya ini bukanlah rahsia pun. Saya dah letak hasil karya saya di beberapa laman web seperti di SWM dan baru-baru ni di Asian Fan Fiction (AFF). Saya baru mendaftar jadi ahli AFF petang semalam. XD Siapa yang teringin nak baca FF yang saya tulis bolehlah cari di SWM dan AFF. Tapi AFF saya baru post dua. 

Dan saya baru mula baca beberapa FF di AFF petang semalam. (terima kasih Ain unnie sebab unnielah saya tergerak nak mendaftar)

Lepas baca beberapa FF, saya mendapati saya suka baca FF yang jalan cerita sedih dan sadis. Mengapa? Saya juga kurang pasti. Tapi saya suka tulis FF yang jalan ceritanya gembira dan riang. Sangat kontra. Mungkin bergantung kepada mood semasa menulis.

Dalam lebih kurang 10 FF yang saya baca semalam, ada satu FF yang buat saya sangat tertarik. Tajuknya Lie To Me, penulisnya saya lupa -__-" nanti saya update, watak utama ialah Onew. Genre: angst (sedih). Memang sedih. Sangat-sangat sedih. Saya dah baca beberapa FF sedih sebelum ni tapi tak pernah sesedih ni. Mungkin sebab karakter ialah Onew (my fav member) dan dalam ff ni memang hidup dia sangat sedih. Air mata berlinangan masa baca, tapi takde pun air mata yang membasahi pipi. Ya, saya ni jenis yang susah nak keluar air mata.Jadi, saya amat berharap dapat menangis baca FF ni. Serius sedih, sebab sampai sekarang saya masih terkesan dengan mood FF tu. Saya masih bersedih T__T Berapa kali perkataan "sedih" saya ulang? Faham perasaan saya sekarang? T__T


Saya rasa FF tu antara FF paling best saya pernah baca. Saya masih menunggu sambungannya. 

p/s: btw, saya sedang menghidapi Writer's Block. Idea nak tulis FF tersekat. Nak baca AFF kat office tak boleh sebab kena block. Heh. 


No comments:

Post a Comment

Do you have something to say?