Malam tadi lepas melayari internet guna laptop kesayangan, saya tak letak charger dia semula dalam beg. Ingatkan nak letak dalam beg pagi esoknya. Beg rasa ringan bila masuk pejabat. Mimpi ngeri jadi nyata. Charger tertinggal. Lupa letak dalam beg. *nangis*
Biasa saya sms Kak W untuk ingatkan dia supaya datang jemput saya depan rumah untuk pergi kerja. Saya pun mesej pukul 7 macam biasa. Tapi 'sms not sent' sampai dah berapa kali saya hantar. Sampai dah pukul 7.30, lepas gosok2 kad sim, baru dapat hantar. Dan Kak W balas: dia cuti harini. Sorry tak bagitau, terlupa. -Bagus. Masa tu dah pukul 7.35. Terus teringat Kak A yang saya pernah tumpang dulu, saya pun telefon dia, nasib baik dia belum pergi lagi.
Kak A suruh tunggu kat roundabout. Nak mintak adek hantar macam ambil masa je, jadi saya jalan kaki pergi sana. homaiiiiiiiiii agak jauh jugak sebenarnya, saya tak tahu ada jalan pintas. Dengan wedgesnya, saya jalan laju2 pergi destinasi. Kaki sakit gila rasa nak patah. T.T
-pengajaran: masukkan charger malam2
serius rasa nak menangis bila sampai office. mood terus tak stabil. T.T
No comments:
Post a Comment
Do you have something to say?