Tadi saya jalan-jalan kat blog beberapa orang. Dah lama tak jalan-jalan. Sambil jalan saya klik iklan dan tinggalkan komen kat entri yang dirasakan menarik untuk dikomen supaya blogger tu rasa gembira blognya dibaca siap ada komen lagi! Tengah jalan-jalan, saya terjumpa dua blog yang cerita pasal konsert Westlife yang berlangsung Jumaat malam kalau tak silap. Westlife ialah kumpulan lelaki yang terkenal dan panas dulu. Sekarang dah suam. Yelah, dah tak "boy" lagi, dah jadi "man". Err, tak ada kena mengena langsung.
Saya peminat susah mati Westlife dulu! Kalau ada video klip Westlife keluar kat TV2 (dulu TV2 selalu tunjuk video klip lepas habis rancangan sementara tunggu rancangan seterusnya), terus teruja dan tengok dengan penuh semangat. :D
Berbalik kepada tajuk, blogger tu ada tulis senarai lagu yang Westlife nyanyi masa konsert. Mereka nyanyi lagu-lagu meletup dulu-dulu, macam My Love dan lain-lain. Mereka juga nyanyi lagu orang lain! Saya paling terkejut bila baca ada lagu Bad Romance -Lady Gaga masuk dalam senarai. Tahulah kan lagu tu macam mana. Tak dapat bayangkan macam mana Shane, Mark, Kian dan Nicky nyanyi Bad Romance. T^T Mesti menarik. Kala ada fancam best jugak. Boleh tengok.
Bila tengok gambar-gambar Westlife masa konsert, ada empat orang je, mula-mula macam "eh, kenapa ada empat orang je?" Terlupa Brian dah keluar. T^T
p/s: Mi goreng along masak sedap.
No comments:
Post a Comment
Do you have something to say?