Sunday, November 13, 2011

Sambutan Hari Lahir Puan

Balik-balik kerja Jumaat lepas, nampak ada banner asing tergantung kat pintu bilik Along. Pergi dekat-dekat tengok ada gambar Puan besar punya kat atas. Lepas tu gambar Abah dan Mak dan pakcik-pakcik dan makcik-makcik kat bawahnya. Lepas tu gambar kami cucu-cucu (dan cicit) kat bawah sekali. Whoa! Apakah? Rupanya Mak buat banner untuk hari lahir Puan yang ke 74! WAH!

Ingatkan nak ambil gambar banner tu, tapi terlupa. :P

Semalam, kami balik kampung, nak sambut birthday Puan. Siap beli macam-macam untuk masak. Sebenarnya birthday Puan 16/11 tapi kami sambut awal atas sebab-sebab tertentu. Menu malam itu ialah; bihun goreng, ayam goreng, ayam masak sambal, aiskrim, kek coklat (mak buat), air oren tropicana twister dan lain-lain. Plan ingat nak makan tambah 4 kali, tapi sebab dah makan nasik, makan mihun tak tambah pun.. wuaaaaaa  T_T

Sebelum balik, Puan suruh selalu telefon Puan kalau free. Yelah, Puan kan sorang-sorang je kat rumah (kalau Paklong keluar). Sunyi je. Dahlah kucing seekor tu asyik merayap je. tsk tsk.

Pesta makan memang best! Menyesal tak tambah lol.

p/s: Puan ialah panggilan orang Negeri Sembilan untuk nenek di beberapa tempat.

2 comments:

  1. wah!...banner tu ade gantung kt mne je? :D

    ReplyDelete
  2. @ain ada gantung tepi dinding bilik Abah..kat ruang tamu..jemputlah tengok...hehe

    ReplyDelete

Do you have something to say?