Wednesday, November 02, 2011

[Tiada tajuk]


Sungguh gembira bila setiap tarikh dalam sebuah bulan di kalendar dah dipangkah. Kebebasan makin menghampiri tapi dugaan masih banyak perlu dihadapi. Serius dah penat. Bukan penat kerja. Kerja tak ada pun. Ya saya berani kata tu. Benda yang saya buat setiap hari bukannya boleh menambah pengetahuan. Hanya sekadar untuk rekod. Saya cemburu dengan kawan-kawan yang ada kerja banyak sebab saya tak ada diberi kerja. (Sebab tak merasa kerja banyak , jadi boleh kata macam ni. Kalau banyak kerja dapat confirm mengeluh) Saya penat fikir apa nak buat semasa di pejabat bila tak diberi kerja. Tensi tahu? Bukannya saya tak pernah pergi tanya sama ada saya ada kerja atau tidak. Pernah. masa awal-awal dulu, masa semangat sangat membara, hampir setiap hari saya mengganggu juruteknik tu mintak kerja. Dia sendiri yang kata, bahagian rangkaian ni memang takde kerja kalau rangkaian tak ada masalah. Saya pun tanya, "Habis tu encik buat apa masa tak ada kerja?" Dia jawab, "Tak ada apa-apa." Sebenarnya dia tengok drama/cerita kat PC. Komputer dia ada share folder movie, semua orang boleh access folder tu. Dia siap promote kat saya, suruh tengok kalau boring2 tak ada kerja. Saya mestilah suka kan, dapat tawaran tengok cerita! Dahlah siap ada drama Korea! 

Tadi saya tengok staf2 rangkaian sibuk semacam. Asyik ulang-alik keluar pejabat. Rimas tengok sebab saya tengah tengok Heartstring lepas fikir sejuta kali patut tengok ke tak. Kalau tak tengok mati kebosanan nanti. Bila dah balik baru tahu mereka ada buat kerja berkaitan network YANG SAYA PATUT BOLEH TURUT SERTA. Sejujurnya saya sedikit kecewa sebab tak ada siapa ajak saya untuk join diorang. Saya dah penat nak tanya kerja kat bos. Tanya setiap hari karang dikata annoying. Tunggu dia email kerja tak emel-emel. Tahu tak semangat kerja saya dah makin menurun? 

Dahlah kena perli cakap asyik tengok cerita Korea je. OMG. Ini baru kali ketiga saya tengok cerita dalam office ok! Kalau tak tengok cerita confirm dah mati akal! Habis tu dah tak de kerja, nak buat macam mana? Nak buat apa? Tenung je laptop tu ke? 

Saya dah penat renew sikap positif. Penat. Kadang-kadang saya terfikir apa tujuan saya datang pejabat tu setiap hari. Makan elaun buta je ke? T_T

Latihan Industri, cepatlah habis!!!!!!

No comments:

Post a Comment

Do you have something to say?