Wednesday, December 28, 2011

Dah nak habis~

Harini hari Rabu. Hari Jumaat ialah hari terakhir Latihan Industri/praktikal, sekaligus hari terakhir saya sebagai pelajar. T^T Sedih status sebagai pelajar dah hampir ke penghujungnya tapi gembira sebab praktikal dah nak habis. Sangat suka! Tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata! Lepas habis present dengan supervisor industri tadi (depan beberapa staf lain omg.. nasib baik ketidakstabilan degupan jantung dapat dikawal kalau tidak dah berdiri macam patung je kat depan), ada makan-makan. Yey! Part kegemaran: makan free. Haha. Presentation agak oklah. Present dalam English. Tak banyak soalan ditanya oleh staf2 lol. baguslah. XD Supervisor je banyak tanya XD.
Saya sangatlah mengantuk sekarang. Malam tadi tidur lewat print report dan siapkan slide. Nasib baik G temankan i yg berperangai gila2 tetiba bila dah sangat mengantuk dalam Roleplay. yup. Saya Roleplay sambil buat slide. haha. I mengantuk okay! dan mereka tolong saya supaya sentiasa buka mata sampai siap semua. thank you guys!

Menghitung hari~ weeeeeeee
Malam ni Scent of a woman. nak print report laju2 lepas tu tengok tv. haihh kenapalah saya kena present dua kali? *sigh*

my SHINee kalendar dah sampai Malaysia!!! Tak sabar nak tunggu dia sampai rumah!! weeeheee~~~

No comments:

Post a Comment

Do you have something to say?