Tadi teman sepejabat yang bukan Islam bertanya kepadaku selepas kami selesai makan tengah hari pada jam 1440.
"Afiq, tak pergi sembahyang ke?"
Memang niat nak solat semasa waktu makan tengah hari tapi sebab masa tu dah terlebih waktu rehat, aku putuskan untuk solat lepas masuk pejabat. Makan di Secret Recipe, mi dalam mangkuk besar. Dah memang sejak azali aku jenis makan lambat, maka terlambat sikit masuk.
"Sejam lagi I solat." Kataku, dan berfikir-fikir waktu yang sesuai untuk break 15 minit nanti.
"Aku tengok kat office tu, you dengan H je yang sembahyang. Yang lain aku tak pernah nampak sembahyang. " Kata R.
Aku tergamam sendiri. Memang aku sedar situasi itu. Pernah juga aku terfikir bila mereka curi waktu untuk solat dan mungkin aku tak sedar, tapi aku rasa apa yang dikatakan R itu benar. Adoi.
"Sembahyang bukan wajib ke?" Tanya R.
"Ya, lima waktu."
"Tak apa ke kalau diorang tak sembahyang?'
"Dosa." Ujarku, bingung kenapa situasi ini terjadi kepadaku. Jika mereka dilihat solat, pasti soalan ini tidak ditanya.
"Habis, diorang tak sembahyang?"
Aku tak tahu sama ada aku patut tegur ke tak. Anak orang. Bukannya rapat pun. Kalau keluarga sendiri bolehla aku tanya "dah solat ke belum?" Ni, teman sekerja yang aku tak mahu ada hubungan lebih-lebih lol. Ada pula yang lebih tua dari aku. Karang kena marah (macam tak biasa). Tersepit. Malu pun ada. Walaupun aku tak sempurna, banyak lagi kelemahan, tapi peluang 4 kali break yang ada aku gunakan untuk solat. Aku cuba menjaga solat. Malunya aku dengan R. Nak backup mereka, dah jelas memang salah, dan masa tu otakku jammed tak dapat fikir ayat nak backup. Haih...
Posted via Blogaway
No comments:
Post a Comment
Do you have something to say?