Monday, March 03, 2014

Monday rules

Buat tajuk begitu sebab nak bagi rhyme dengan "Monday blues". Aku cuti Isnin, jadi aku takde Monday Blues. Namun begitu, hari cutiku ini rasa sungguh terbazir kerana terpaksa menunggu giliran dengan lama di Maybank. Tujuan pergi Maybank nak daftar nombor telefon untuk TAC request untuk Maybank2u. Tujuan yang sungguh simple, rasanya hanya ambil masa kurang 5/10 minit. Tapi sebab hari Isnin, punyalah ramai manusia di Maybank tu. Sesampainya aku di situ, tengok aku dapat nombor 63, dan nombor waktu tu ialah 22.
Untuk mengelakkan stress yang tak sepatutnya, aku pun keluar dari Maybank dan lepak di Bangi Utama. Isi perut dulu. Kalau lapar, lepas tu kena tunggu lama, nanti bad mood. Sedap mi goreng mamak kat Bangi Utama tu.

Dah lama tak update melalui laptop. Ini buka laptop pun sebab nak apply kerja & bayar PTPTN melalui Maybank2u. Rupanya bayar PTPTN melalui Maybank2u lagi mahal 50sen dari CIMB. Heh. Lepas ni bayar guna CIMB lah.

Selamat malam.

No comments:

Post a Comment

Do you have something to say?