Dulu saya kurus sikit dari sekarang. Zaman sekolah memang kuruslah, tak perlu risau sangat pasal nak cari baju & seluar jalan. Tapi, sejak masuk asrama, badan terus naik bagai dipam-pam. Pipi gebu macam apam. Seluar dah susah nak zip. Baju seksi bila dipakai sebab nampak susuk badan. Heh. Era gemuk bermula sejak masuk matrik, yang saya rasa agak pelik sebab patutnya kita gemuk kat rumah sebab makan sedap hari-hari. Ini makanan hari2 bosan tapi gemuk juga. Apakah?
Kesedaran tentang penaikan berat badan disedari, tapi effort kurang untuk menanganinya. Melaka panai hoi. Nak joging? Hitam lah muka I yang sedia berminyak ni. Dahlah takde geng nak joging atau exercise. Semua lebih rela menonton lelaki Korea macam di laptop (aku pun sebenarnya). Sorang-sorang joging sunyilah. Haih baru perasan agaknya dari dulu memang dah ada tanda2 aku ni forever alone. Sobs.
Aku rasa aku ada cuba kawal makan lepas habis degree so berat turun sikit. Takdelah nampak daging berlebihan terover. Heh. Baju dulu yang xmuat dah boleh masuk & butang habis. Tapi masih tidak mencukupi.
Sabtu haritu aku cuba untuk memulakan aktiviti workout untuk tone badan. Bukan Setakat nak lose weight je tapi nak kata N, untuk tone muscles, badan, kasi badan kuat etc. Jadi aku buat squats, sit ups & push ups.
Berapa tahun entah muscles aku tak dibelai. Lepas workout, menangis muscles aku. Haha. Sakit tau. Especially lepas buat squats. Homaaaaii. Memang terduga kakiku juga betisku juga punggungku. Sakit semua lepas buat. T.T
Tapi puas buat sebab at least kita berusaha. N tak tunjuk rasa bangga pun bila aku bagitahu dia. Susah nak impressed ke apa. XD
No pain no gain. I can do it!
Posted via Blogaway
Good luck unnie! kita pun nk buat ah!
ReplyDelete@Hani Thank you Hani! Jom berusaha!
Delete