Showing posts with label F1. Show all posts
Showing posts with label F1. Show all posts

Sunday, May 09, 2010

Power Lunch With...



Selepas buat entry A World Date With Kim Bum, malam tu tiba-tiba saya teringat saya pernah masuk satu pertandingan yang hadiahnya dapat meluangkan masa bersama selebriti juga. Tapi bukan selebriti dari industri hiburan, sebaliknya dari industri sukan permotoran.


Dulu kan saya ni peminat Formula One(F1). Memang minat betul sampai kalau setiap kali ada berita pasal F1 kat suratkhabar mesti nak gunting dan simpan. Kalau saya tak dapat gunting, suruh kakak guntingkan. Hehehe. Lebih-lebih lagi berita tentang pemandu favourite---Kimi Raikkonen. Ada lagi kot suratkhabar yang dipotong tu kat bilik. Haha. Kalau pergi kedai buku macam di MPH kat Alamanda dulu selalu terus pergi seksyen majalah sukan, nak beli majalah F1 Racing Malaysia yang berharga RM10. Ni majalah F1 yang paling murah rasanya. Yang lain harganya macam RM20 ke atas. Selain tu, tak pernah missed tengok satu race pun. Jarang la missed. Kalau missed rasa macam sangat sedih...peminat no1 la katakan. =)

Oleh sebab terlalu minat dan obses (sampai begitu sekali ke...??) terhadap F1 dan Kimi Raikkonen, suatu hari terjumpa satu pertandingan POWER LUNCH WITH KIMI AND FELIPE. Terus teruja tengok dan terus nak join. Hadiahnya dapat makan tengah hari dengan Kimi dan Felipe dan ape lagi tak ingat. Peluang keemasan begini tak elok dilepaskan. Maka saya pun download borang penyertaan dari laman web dan isi apa2 yang patut dan hantar.

Saya sungguh berharap dapat menang pertandingan tu sebab nak sangat jumpa Kimi Raikkonen. Ok. Massa sekali la. Yang penting Kimi la. Saya tahu persaingan amat sengit. Saya perlu compete dengan peminat Ferrari, peminat Kimi, peminat Massa juga peminat F1. Gelisah je tunggu keputusan pertandingan, tunggu telefon bunyik untuk dengar orang tu cakap "You are the WINNER!!". Risau kalau saya tak layak nak masuk pertandingan tu atau tak. Macam-macam perasaan. Siap dah bayangkan macam mana lah kalau dapat jumpa mereka. Bestnya. Boleh tangkap gambar sama2, boleh bual2...boleh apa2 je. Seronoknya!

Sampai ke hari race, tak ada siapa2 dari organiser pertandingan tu yang telefon saya. Tahulah saya tak menang, orang lain menang. Agak kecewa, tapi tak apalah, saya dah cuba. Haha. Kalau ada pertandingan macam ni lagi boleh cuba lagi. Tapi macam dah tak ada je.

p/s: Kimi menang World Title tahun itu iaitu di tahun pertama bersama Ferrari.



Tuesday, February 16, 2010

Aku lepaskanmu jua akhirnya

Tajuk macam sedih...tapi takde la sedih mana kot post nye. Baru2 ni saya teringat perkara2 yang saya kumpul, tengok dan ikut sekarang saya dah tak kumpul, tengok dan ikut lagi. Apakah benda nya?

1. Semenjak tingkatan berapa ntah, saya ni peminat setia komik Detektif Conan. Tak pernah miss beli tau! Selain Conan, ada juga Ranma 1/2. Satu harga RM4.50(mahal tu...!) Oleh kerana minat, saya sanggup membelinya. Tapi bila Conan dah sampai volume 50 kot, saya terfikir, bileeeeeeeeee la Conan ni nak habis? Dah sampai 50 dah ni..? Bila saya masuk Matrik, saya buat keputusan, saya dah tak mahu beli Conan lagi(duit ku terbang dgn begitu byk, tak sanggup). Saya nak beli volume last nnt.Kalau dah kula gtau ya! heherindunya nak baca!!


2. Saya juga ialah pengumpul setia majalah F1 Racing. Ya...itu ialah majalah Formula One. Macam2 cerita pasal F1 ada. Saya memang peminat F1 yang hebat dulu. Sampai beli majalah RM10 tu! Pergh.. tapi memang berbaloi sebab dah minat kan.. Sama juga, semenjak bile tah, (matrik gak kot), saya fikir2, majalah ni mahal. Cukupla sampai setakat ini. Saya juga mula menjauhi F1 semenjak ke Matrik sebab susah nak tgk TV. F1 kan masa nya tak tentu...baik saya utamakan pelajaran dulu drpd tak cukup tido... Sekarang saya dah tak berapa tau apa yang terjadi dalam F1. Huhu...sedihnya..

Ni majalah yang saya selalu cari dulu.
Yang edisi ni saya tak pernah beli(tak minat LH)


my favourite: Kimi Raikkonen.
Sekarang dia dah g rally(merajuk ke..? Kimi...come back to F1!!)


Aksi2 mencemaskan...berapi!


3. TV. WUah....dulu rasa macam tak leh hidup tanpa TV. Sekarang dah OK (nak buat camne lagi..?) Semua cerita2 favourite terpaksa dikorbankan demi mengejar pelajaran. (cewahhh..).. Sekarang, saya sedang mengorbankan cerita yang baru saya tengok kat TV: Merlin. Ahhhh...dah lama tak tgk! Nak tgk Merlin!!!Merlin..I miss You!!!


Ye..begitulah alkisahnya. Terima Kasih kerana sudi membaca! =)