Showing posts with label Key. Show all posts
Showing posts with label Key. Show all posts

Wednesday, October 12, 2011

Wordless Wednesday #1



































kredit: kameraman/woman, pembuat gifs, tuan punya tumblr

Wednesday, August 03, 2011

Dear Key

Saya dengar awak demam. Kesiannya. Patutlah dalam gambar haritu awak pakai topeng muka.

gambar itu


Masa tu tak tahu awak demam ke tak. Tapi saya pelik tengok tiba-tiba awak nak pakai topeng kat lapangan terbang. Biasa mana pernah. Saya dah fikir mesti ada sebab kenapa awak buat macam tu kan?


*dialog takde kena mengena dengan situasi sebenar. Harap-harap takde kena mengena.*


Key, rehat banyak-banyak ok! Tidur dua hari pun tak pe. Eh tapi esok ada performance kat Jepun balik la pulak. Haiyoh. Mesti semua orang penat kan. Please take care! Semoga cepat baik!



Be healthy LIKE THIS!


Healthy and happy
oops tak nampak Jonghyun pulak
cutenya Taemin lambai hehe
tak tahu gaya apa Onew buat haha
waa Minho..are you asking for a hug? XD


OK nampak Jonghyun
Onew kenapa menyenget ke tepi lmao
Taeminnie STILL so cuteeeeee
Minho lambai excited kekeke
smiley Key 
=)




Wednesday, February 02, 2011

KRU dengan penampilan baru

Semalam saya baca surat khabar. Nampak cerita pasal KRU nak keluarkan lagu baru dengan muzik video baru. Apa-apa hal saya tengok gambarnya dulu sebab saya suka tengok  gambar dulu, baru baca apa ceritanya. Kelihatan Edry dan Yusry ber"guy-liner". Saya tak tahu Norman pakai guy-liner ke tak sebab dia pakai specs. Guy-liner tu celak, tapi untuk lelaki. Perkara pertama terlintas di fikiran ialah: Eh, dah macam Idol-idol Korea pulak gayanya ni!


nampak tak mereka pakai guyliner? meh saya besarkan hik hik



Huh.. guyliner..


Kemudian, saya pun baca artikel tu tulis pasal apa. KRU nak keluarkan single baru, tajuk lagunya Ganas. Oh! Jadi penampilan kena ganas juga. Dan katanya nak buat muzik video ala-ala K-Pop. Hah! Betullah tekaan saya masa tengok gambar!





KRU nak buat stail macam ni kot..


Macam menarik je nak tengok muzik video ni! Mari kita sama-sama nantikan kemunculannya!


Edry dan Yusry nampak macam vampire. ooopss!!




Sunday, December 12, 2010

Memanah seperti Pahlawan





 Ada tempat main panah-panah di Dataran Pahlawan. Saya tak pernah main panah-panah. Wayang yang nak ditonton lambat lagi mula jadi saya mengambil peluang untuk mencubanya.






Promosi..promosi....tak berbayar punya promosi kekeke...kami main yang RM20





Saya tak reti pakai benda yang perlu dipakai maka perlu dipakaikan. Tingginya akak tu..ke saya yang kecik sangat? T_T




Nampak macam pahlawan yang nak perang tak? Macam troy tu..hoho



Perlu bergambar kenangan dengan busur berat 




Busur ni sangat berat. menggigil tangan pegang. Dahla kena luruskan tangan bila pegang. 





anak-anak panah yang akan digunakan





the warriors saya dan Daia



control gigil hehehe




fokusnya...


Review memanah: Best! Satu pengalaman baru! Walaupun tak kena pada sasaran tapi perasaan melepaskan anak panah tu sungguh best! betul! Tak percaya pergilah cuba sendiri..



Lepas habis memanah dan menghabiskan masa tunggu pukul 1150, kami pun pergi pawagam. Filem yang ditonton ialah The Warriors Way. Ada baby comel dalam tu. Jang Dong Gun tak cakap bahasa Korea langsung. Dan lagu SHINee Obsession tak dapat nak dengar =(





makan tengah hari










Aktiviti memanah pada hari itu mengingatkan saya kepada perkara-perkara ni haha!
SNSD Hoot



my mum's fav. Kalau kat channel oneHD ada tulis subtitle kepada liriknya. Kau memanah, aku memanah..LOL..*rasanya  tak payahlah taruk subtitle untuk lagu..macam hindustan pulak..*




SHINee Key dancing to SNSD Hoot *ahhhh~~~!!*









Legolas..hehehe!