Showing posts with label aktiviti. Show all posts
Showing posts with label aktiviti. Show all posts

Sunday, April 22, 2012

Battleship. Sangat. Best. Sangat.

Seperti yang dinyatakan dalam tajuk di atas, Battleship sangat best. Sangat. Sebenarnya saya tak tahu apa-apa pun tentang filem ni, hanya pernah nampak poster besarnya di papan iklan tepi jalan raya dan kenal Rihanna dalam gambarnya serta di Twitter bila kawan-kawan bertweet tentangnya. Tak terfikir pun nak menonton, tapi lepas kakak saya ajak pergi tengok, saya pun ikutlah. Dah dua minggu tak keluar rumah! Akhirnya dapat keluar! \O/

(cr Google)

Filem ni dibuat oleh orang yang filem Transformers. Kapal alien tu boleh bertukar macam Transformers! AWESOMENESS! Tapi lagi AWESOME! Dahlah besar, lepas tu boleh bertukar-tukar macam Transformers. Lepas tu alien dia, baju askar dia macam ada besi-besi memang COOL TRANSFORMERS betul. Lepas kapal alien tu ada fungsi special yang COOL tapi menakutkan kalau terjadi dalam dunia sebenar.


(cr: Google)

Watak utama dalam filem ni. Lelaki ni sangat kacak wehhh. Mula-mula watak dia sangat selekeh tapi lawak. Rambut panjang sangat tak sesuai la dengan encik. Rambut pendek lagi kacak la encik. Sila berambut pendek lagi lepas ni. Tak pasti kenapa poster tu dalam bahasa Itali. Lepas Google baru tahu dia ni siapa. Tak pernah kenal pun sebelum ni. Tak popular rupanya. Tapi muka macam kenal. Mungkin jumpa dalam mimpi. uwekk XD


(cr: Google)

Saya tak sangka Rihanna ada bakat berlakon! Agak berkesan la juga dia jadi askar. Rasanya dia sorang je askar perempuan dalam cerita ni. BEST! OK lepas ni nak tengok Rihanna jadi wanita lemah lembut pula. :P


Filem ni sangat menarik! Lawak ada, saspens ada, adegan tembak-tembak dia sangat awesome, jalan cerita sangat menarik. Best la! Rugi kalau tak tengok! Saya bagi markah 9/10. ^_________^ 




Saya pergi bersama Along dan Min. Sila cari mereka dalam gambar di atas. Masa sedang menonton, ada sorang budak perempuan tu gelak sangat kuat masa ada adegan lawak. Orang lain pun gelak juga tapi takdelah gelak kuat macam dia. Kadang-kadang ada yang tak lawak sangat pun tapi dia gelak lebih-lebih. Adoi. .____. Tiket wayang disponsor. Terima kasih kepada yang sponsor. =)




Saya sponsor makan tengah hari. Pizza Hut. Saya order spaghetti meatball bolognaise. Dah tiga hari teringin nak makan spagheti bolognaise sebenarnya. Hasrat tercapai. YEAH! \O/

Sekian entri Girls Day Out. Nantikan entri seterusnya tentang apa yang buat tangan saya sakit. =)

p/s: Alamanda Putrajaya tak ada jual poskadkah? 




Sunday, February 05, 2012

Pavilion

Yehay! Akhirnya saya berjaya menjejak kaki ke Pavilion, Kuala Lumpur! Walaupun jarak antara KL dan Bangi hanya beberapa jengkal (baca +-40 minit kalau naik kereta sendiri), tapi setelah 22 tahun hidup, baru saya berjaya sampai ke Pavilion! OHOHOHOHO! Tahniah kepada diri sendiri! -tepuk tangan-

Kepada penduduk Bangi yang menggunakan khidmat kenderaan awam yang tak pernah pergi Pavilion, ini saya bagi petunjuk untuk ke sana. -senyum-

Mula-mula naik Komuter.
Bangi >>>> KL Sentral.

Kemudian, naik Monorel
KL Sentral >>>> Bukit Bintang.

Yang ambil komuter dari arah Seremban ke atas boleh guna panduan ni juga okey.

Selepas membeli belah apa yang diingini, kami (saya dan Nuha) terus ke medan selera untuk mengisi perut yang meronta-ronta minta diisi. Lepas pusing separuh medan selera, kami membuat keputusan makan di Teppayanki.

Mulanya memang susah nak buat keputusan nak makan apa, sebab tak pernah makan kat situ. Lepas fikir-fikir dan fikir dan fikir, saya pilih chicken breast masak apa entah yang siap dengan nasi dan sayur sekali.



Nasi dan sup sampai dulu. Pakai chopstick hokey. Sudu juga disediakan untuk hirup sup. Tapi lepas saya tak berjaya makan nasi guna chopstick, sudu sup digunakan untuk makan nasi. 


Ini lauknya. Ada dua sayur dengan satu lauk. Tukang masak dia masak kat depan pelanggan. Jadi boleh nampak kalau dia tertumpahkan garam kat dapur. -kisah benar- Taugeh tu sedap! Rasa nak makan kuey tiow bila nampak taugeh.


Di depan pavilion ada pameran United Buddy Bear. Ada banyak bear dari banyak negara, setiap negara ada design bear tersendiri.


Ini bear dari mana tak tahu.
OMG. Saya baru lepas Google ni:

United Buddy Bear Photo Contest
WIN prizes worth up to RM3,000!

Snap a photo with the international exhibition of United Buddy Bears and enter the contest with any spend centre-wide.

*Contest forms available at Concierge Desk, Level 3.

Venue: Centre-wide
Date: 31/12/2011 - 15/02/2012




Ada contest? Gahhhhhhhhhhh!!! Menyesal tak Google dulu sebelum datang! Kalau tak boleh ada peluang menang RM3000! -menangis bawah katil- Siapa nak pergi Pavi lagi? JOM? T___T




Gambar bukti dah datang Pavilion eheh. somebodypleasetakemethereNOWWW



I gotchuuuuu under my skin. Ze smell is quite nice. Ni ialah losyen tangan ok kawan-kawan. =)



p/s: Nuha bawak Key photobook, taem photobook, onewside dvd dan macam2 untuk kasi saya tengok. T__T Berat. Kesian my yeobo. T___T Thank youuuuuuuu! <3 Taemin photobook OMGAHHHHH sho cute -dies- Key photos gahhhhhhhhh -double die- Onewside DVD GAHHHHHH -spazzing forever- i miss Jonghyun and Minho. =(
p/p/s: Nasib baik ada pembalut hadiah lebih dari sem lepas.

Sunday, January 22, 2012

Melihat Dunia

Setelah tiga minggu terperap di rumah manis rumah, akhirnya hari ni saya keluar rumah! Horey! Perasaannya sangat seronok tidak terkata walaupun ada rasa nak tidur dalam kereta masa dalam perjalanan ke destinasi. Destinasi: Rumah Pak Ngah. Acara: Majlis pertunangan sepupu. 

Perkara yang paling dinanti-nanti di setiap majlis yang dituju ialah makanannya! Hoho! Sampai-sampai je rumah Pak Ngah, bau lauk nasi kandar terus menusuk hidung. Namun begitu, nasi kandar yang dimakan tak diambil gambar. Lapar punya pasal.


Kek lagi! Saya suka kek! Yang sebelah kiri tu kek Chocolate Banana yang dibuat oleh Chef Bonda, manakala yang sebelah kanan tu ialah Carrot Cake, yang tertulis Congratulations untuk yang bertunang. Saya sangat suka Carrot Cake! Terutama sekali yang frosting warna putih dia tu. Homaiii... sedapnya! Dahlah sepupu saya potongkan untuk saya dan saya dapat candy bentuk carrot kat atas dia. Sedap! ^_^



Yang ini hantaran dari pihak lelaki. Ada lima. Hantaran dari pihak perempuan (family kami)  saya tak tangkap gambar sebab... sebab saya tak tangkap. :P Ada kek yang berbentuk macam kain... Nampak sangat cantik dan sedap! Tapi tak termasuk dalam gambar la pulak. Maaf :P



Yang ini buah tangan dari pihak perempuan. Masa mula-mula dapat, saya tanya sepupu saya yang adik yang bertunang tu. "Apa benda ni?" Dia jawab, "Measuring tape." Measuring tape? O_O Bila saya belek-belek, ternampak ada tulisan kat atas tape tu. LOVE BEYOND MEASURE. AWWWWW =') So sweet.

Thursday, January 12, 2012

TV

Scent Of A Woman dah nak habis. Makin menghampiri penghujungnya, makin sedih -nangis-. Lee Dong Wook/Kang Ji Wook sangat handsome. Why?????? >< Why so handsome? Why????????? Malam ni kat OneHD akan tunjuk episod 14. Tinggal lagi 3 episod.

How I Met Your Mother pun agak best. wehee~ Sekarang baru faham kenapa ada orang addicted tengok cerita ni. :3

Selain tu, saya juga menonton Pure Pumpkin Flower. Fuh. Ni bukan drama 16 episod yang macam tipikal drama-drama Korea. Dah berpuluh-puluh episod dah. Rasanya macam dah nak habis.

Harini saya kena masak ikan sweet sour. Tak pernah buat. Akan rujuk Google. haha.

oh by the way, my SHINee Calendar dah sampai! Ingatkan akan sampai harini, rupanya pakcik posmen pos laju datang lambat sikit semalam, dalam jam 5 camtu. tehehe. Saya sangat suka!!!!! My first SHINee calendar! T^T

Sunday, September 25, 2011

SWM.Sunway Pyramid.Abduction

Selamat pagi! Dah sarapan? Hari ni saya sarapan sup cendawan jenama Campbell, pizza dan air teh tarik. Bahagia. haha!

Yay! Aktiviti tengok wayang dan makan2 bersama beberapa ahli SWM berjaya dilakukan semalam! *sorak* Setelah plan dan melayari internat untuk membajet masa dan duit untuk pergi ke Sunway Pyramid beberapa minggu sebelum ni, berkumpullah kami di sana dengan jayanya. 

Ini cara saya pergi ke Sunway Pyramid:

Naik Komuter sampai KL Sentral. Dari KL Sentral naik Bas Rapid KL ke Sunway Pyramid. 
Masa perjalanan lebih kurang 1 jam 40 minit ++. Jalan nak pergi Sunway Pyramid sangat jammed! Kereta sangat banyak! Lain kali kalau nak pergi mungkin akan naik Komuter dan turun di Stesen Subang Jaya kot. Jammed ialah tidak best. T___T


Ahli yang paling muda pada gathering kali ni - pinkpancakes aka Lin ialah orang pertama yang sampai. Rumah dia kat Subang. Dekat je dengan Sunway Pyramid tu. Masa dia mesej, saya masih di KL Sentral dengan nyssa_onew aka Nyssa tengah tunggu happy_shinee aka Nuha yang tiba2 ada meeting lah pulak. Beberapa minit kemudian, Mrs.Minho aka Steph pun sms. Steph dah sampai jugak. Steph pun duduk di Subang jugak. Jadi memang patut datang awal la kan. hehe. Steph dengan Lin datang dengan parent(s) masing2. Lepas tu Ainaa Ashura aka Ainaa pun dah sampai jugak.

Lepas Nuha sampai kat KL Sentral, kami MVPs pun bertolaklah pergi Sunway Pyramid naik Rapid KL. Pakcik bas tu rehat lamalah pulak. Dan jalan sangatlah jammed! Semua orang keluar jalan2 haritu agaknya. Kami sampai dalam 40 minit macam tu. Plan nak tengok wayang tu pukul 11.45, tapi sampai 11.55 pagi ohoiiiii.... nasib baik ada Abduction tu pukul 1.45. Mintak maaf sebab lambat kawan2! Sesuatu yang tidak dijanga terjadi, jadi terlewat. Kalau ikut plan asal, saya rasa memang boleh sampai ikut masa yang dijangka. 
-__-"

Sphinx yang dicari-cari. Mercu tanda Sunway Pyramid.
*jakun*


Saya pakai baju SWC Taemin warna kuning supaya senang nak di-detect. Maklumlah..nak jumpa pertama kali. Tapi saya pakai pullover pulak kat luar jadi tak berapa nak nampak la baju tu hahahha! Steph pakai baju SWC Minho warna oren. Masuk2 je dalam Sunway Pyramid tu, dari jauh dah nampak Steph dengan baju orennya yang sangat striking. 

Mrs.Minho, ainaa ashura, happy_shinee, fixifiq, nyssa_onew, pinkpancakes. 
Gambar diambil oleh adik pinkpancakes..the Justin Bieber? XD

Mak Steph dan ibubapa Lin dah nampak muka kami yang innocent, jadi lepas ni Steph dan Lin "are allowed to see us again!" Hoorayyyyy!!! 

First impression: 
Nyssa: Jumpa dalam komuter. Saya naik komuter dulu. bila sampai stesen dia, dia masuk2, terus nampak saya. hahaha! Hebat2. Mungkin dia kenal baju SWC Taemin. XD She is friendly and nice talking to her. =)

Steph: lah..kecik je Steph ni rupanya! Tapi dia tinggi sikit dari saya? And her Samsung Galaxy Tab is full of SHINee and Super Junior. Steph jadi pemandu pelancong kami. hoho.

Lin: Lin lagi kecik! Small and cute! haha! Suka baju dia. Cute. Banyak cakap. XD

Ainaa: agak pendiam dan suka gelak? Masa Steph tunjuk gambar Key kat Tab dia, Ainaa hilang kawalan LOL!! XD XD


Abduction agak best! Saspens ada, lawan2 ada, lawak ada. Sesuai la untuk ditonton oleh semua lapisan masyarakat. He has nice abs. Taylor Lautner i mean. Yes, there's a scene where he reveals his abs. Perlu ke? -_-" Peminat Taylor Lautner mesti suka kahkahkah.


Saya enjoy berjumpa dengan mereka ni. Selama ni hanya imagine je rupa dan karakter mereka masa chatting/tweet/facebook. Sekarang dah jumpa dan dah tau perangai masing2...walaupun macam malu2 kot. Mungkin sebab jumpa pertama kali? hohoho =D 
Next gathering...bring it on!

hm.. wakil MVP, Locket, Flamer dan Taemint ada, Blinger je takde. 

yay! Dah sampai Sunway Pyramid!! ^__^



gambar: fixifiq dan Steph's facebook

Thursday, September 15, 2011

Saya ada bakat melukis?

Semalam chatting dengan SWM-ers kat SWM (SHINee World Malaysia http://s11.zetaboards.com/SHINeeMalaysia/index/) pasal lukis SHINee members. Ada satu seksyen kat SWM tu, members boleh letak hasil karya masing-masing, tak kiralah, lukisan potret SHINee ke, grafik ke, apa2lah yang kreatif yang berkaitan. Saya ada jugak tengok hasil karya mereka, ada yang sangat berbakat! Ada yang potretnya memang betul2 sama macam kat gambar! Macam2 lah. Berbakat jugak SWM-ers ni kan =) . 

Tengok diorang ni post lukisan diorang, kadang-kadang rasa nak lukis jugak. Saya tak berapa mahir nak lukis potret sebenarnya, saya lebih kepada lukis anime hahahaha! NI semua Conan, Ranma 1/2 punya pasal. Jadi gaya lukisan saya semua dipengaruhi watak2 Conan/Ranma. Saya pernah cuba lukis Kimi Raikkonen, tak ingat jadi ke tak. Rasanya dia tak jadi muka Kimi, jadi muka orang lain. hahahaha T.T

Cakap je tapi takde bukti mana nak percaya saya pernah lukis kan? OKlah meh saya bagi bukti satu. Ni pun jumpa lepas menggeledah fail2 lama. Tengok tarikh kat lukisan ni, tahun 2002. Pergh. Punya klasik. Saya lukis tu masa umur 13 tahun! 9 tahun yang lalu! 

Sama tak?


Next project: Onew, Jonghyun, Key, Minho, Taemin =)

Wednesday, August 10, 2011

Tengok Harry Potter Finale Percuma

Saya ingin mengucapkan menuliskan terima kasih kepada Nuffnang dan Tanjung Golden Village (TGV) Cinema kerana memberikan 4 tiket wayang percuma kepada saya sempena hari lahir saya yang lalu. Sesungguhnya inilah kali pertama saya dapat tiket wayang percuma. Dapat empat pulak tu. Woohoo!

Tiket-tiket yang sangat preciousssss.


Harry Potter and The Deathly Hallows part 2 telah terpilih untuk ditonton. Dan lokasinya pula ialah TGV KLCC. Plan nak tengok yang pukul 11 punya tapi saya salah bajet masa jadi terpaksa tengok yang pukul 1 punya. Harry Potter memang awesome!!!! *orang yang duduk sebelah kanan saya boleh pulak tidur. Dia tak minat HP kot, teman gilrfriend semata-mata*


Ini juga merupakan kali pertama saya berjumpa dengan my madu, Nuha. Kami berkongsi suami iaitu Onew. hehehehe. Selama ni duduk chatting je dalam SWM/fb/msg. Haritu akhirnya kami berjumpa. Saya serius nervous nak jumpa beliau. Yelah, first time nak jumpa kawan yang kenal kat internet. Mak, Abah, kakak semua bagi banyak kata-kata nasihat lepas saya bagitahu saya nak jumpa kawan online. Saya faham dan saya terima nasihat mereka. Saya dah sedia nak menghadapi sebarang kemungkinan lol.

Masa dalam ktm, dah sibuk fikir apa nak buat masa jumpa si Nuha tu. Adakah patut malu-malu? Atau terus tak malu dan buat macam biasa? Atau awkward? Atau biar dia start dulu? Banyak nak fikir hahaha. Sesampai je di KL Sentral, Nuha suruh saya tunggu depan McD. Kuingatkan dia carik novel nak beli kat kedai buku, rupa-rupanya dia stalk saya depan toilet sebelah mcD. Tak Aci!!!

Nampaknya Nuha seperti malu untuk meng-approachku, maka terpaksalah saya yang memulakannya. No awkward, no malu-malu, saya terus suruh dia datang dekat saya cepat sebab saya nak cepat beli tiket LRT dan nak tengok HP. hahahaha. Dengan muka yang sungguh tebal walau tak pakai mekap. Entah mana datang sifat tak malu tu..entah. Tapi bagus jugak. Karang dua2 awkward lagi susah. XD


gembar depan sliding door komuter. Motif gambar. Tiada motif.




MVPs


Mana lagi 2 tiket free? Sedekah kat my kakak, sebab dia yang tolong ambilkan tiket ni. hehe. Thank you Along!

p/s: kalau dapat i-pad free utk birthday next year best gak kan? Galaxy S II ke.. perghh...

Sunday, August 07, 2011

Dah sampai Merlimau

Pada suatu Ahad yang permai, saya dan Ros bersiap-siap untuk keluar dari hostel  untuk keluar menuju ke destinasi yang asing bagi kami: Merlimau. Merlimau ialah sebuah nama tempat di Melaka. Mengapa nama tempat itu Merlimau, saya tidak tahu. Tapi rasanya macam ada orang bagitahu, di situ dulu ada kelas belajar silat. Silat tu nak kena mandi limau dulu sebelum belajar, agaknyalah. Mungkin kelas silat itu terkenal, maka tempat tu pun dinamakan Merlimau. Betul atau tidak cerita itu, tanyalah orang Merlimau. nyehehe. Kawan saya yang tinggal di Merlimau tu, namamya Liza. Pergilah serbu rumah dia dan tanya ok. (habislah kalau Liza tau ni mesti kena marah)

Jadi nak pergi ke rumah Liza tu, kami naik bas dari Bukit Beruang ke Melaka Sentral. Kemudian dari Melaka Sentral ke Merlimau. Kami naik bas Merlimau/Muar. Sekali harung. Dengar kata Muar dekat dengan Merlimau. Betul la tu. Siap boleh kongsi bas. Tambang pergi balik dalam RM10. OKlah. ^.^




Perjalanan ke Merlimau agak menarik. Ada satu tempat tu, sebelah kanan ada sawah padi. Sebelah kiri tak pasti ada sawah padi ke tak, sebab saya duduk belah kanan, jadi pandang kanan je haha! Memang lawa. Lepas tu, pakcik bas pulak pergi pasang radio Klasik Nasional. Segalanya di sini, menggamit kenangan~. Lagu semua old school. Lagu macam style lagu raya dulu2 tu. Feeling memang macam balik kampung. Best gila!

Matlamat nak ambil gambar sawah, tapi gambar apa ntah yang ditangkap


Di situ jugak, banyak betul papan tanda promosi Gerai Ikan Bakar. Berderet. Ros kata nak pergi Umbai lalu sinilah. Oh. Baru saya tahu. Jauh jugak nak pergi Umbai tu sebenarnya.

yeah. Nampak tu? Bilalah nak dapat makan  kat Umbai T.T lalu je dah



Selain Umbai, saya telah terkejut jumpa suatu papan tanda yang tak disangka-sangka ada di situ. Nak tangkap gambar, tak sempat sebab terkejut haha. Papan tanda apa?
Sekolah Henry Gurney.
Ya. Di situ ada Sekolah Henry Gurney, sekolah untuk budak-budak bermasalah disiplin dan pernah melakukan jenayah (kalau tak silap)
Dengar nama sekolah tu je dah takut. fuhh


Satu jam 30 minit kemudian, kami pun tiba di Merlimau. Pakcik bas turunkan kami depan deretan kedai. Liza datang jemput kami lepas sejam menunggu. hehe. Tak delah. 10 minit macam tu Liza datang jalan kaki nak jemput kami pergi rumah dia. Bestnya rumah dekat dengan kedai. Bila nak apa2 boleh jalan kaki je pergi. Tak payah susah2 start enjin kereta, reverse kereta, tukar gear 1, gear 2, gear tiga, huhu.


Sesampainya di rumah Liza, kami disambut dengan tangan terbuka oleh Mak Liza. Liza tinggal dengan mak ayah dia je. Tiga orang. Liza anak tunggal. Saya rasa mesti mereka suka menerima tetamu datang rumah supaya rumah meriah sikit. hehe.


Yang bestnya sampai2 je, Mak liza dah bagi arahan suruh relaks relaks. Siap suruh baring2 lagi. hehehe. Best!


Kami sampai tepat2 jam 12. Lunch time! Lauk mewah. *air mata bahagia* Bagi saya yang dah tiga minggu tak balik dan tak makan makanan home-cooked, ini ialah heaven. Bagi ros yang dah satu semester tak balik, ini mestilah paradise. hahahaha. 


Lauk-lauk yang dihidangkan adalah ikan goreng (seorang seekor), sambal udang (sangat banyak sambal dia. waaaa best!), sayur campur dan kari ayam (sangat sedap). Terliur pulak tulis ni time puasa. haha.


Lepas makan tambah dua kali, kami relaks2 depan TV. Rasa macam kat rumah sendiri. Dahlah angin banyak masuk. Mata syahdu je. Saya siap tidur kat situ mwahahha. Oh dan mak liza siap suruh kitorang tidur atas bantal sorang satu. terima kasih mak cik =')


Pukul 6, kami nak gerak balik dah. Sebelum tu, wajib ambil gambar depan rumah warisan Liza ni dulu. Rumah ni memang klasik tau! Rumah kayu! Siap ada tangga batu. Memang typical rumah Melaka.

saya.



saya dan Ros



Afiq, Liza, Ros


Terima kasih sebab sudi ajak kami pergi rumah ko Liza!
Sangat Best!!


Friday, July 15, 2011

Bye UTeM. Bye Melaka (FULL POST)

Entri ini ialah sambungan kepada Bye UTeM. Bye Melaka (TEASER).
Entri ini banyak gambar. Saya tahu orang lagi suka tengok gambar dari baca panjang2 kan? hehe.
Nak tulis pasal tiga tahun kat UTeM mesti panjang, jadi saya ambik beberapa gambar yang perlu sajalah okeh.. ini merangkumi tiga tahun di UTeM. Flashback!

berpantai-berbbq bersama Networking peeps. Ni masa tahun dua..



sorry geng2 kat belakang tu tak jelas gambar korang kekeke..



masih di pantai..



Ni tahun 2 jugak kot. Kat pondok wakaf FTMK~ woohoo~



Ini masa pertandingan UTeM Cisco Skill Based Competition. =)
Saya nampak kurang tembam di sini. wuuu



Ini kat Pusat Persatuan Pelajar bersama silat cekak hanafi mates. Masa Wajadiri Kedah.



Wajadiri Kedah. Aku rindu korang. Sobs.



Motif gambar ini ialah bergambar dengan MHHR. hehe. Ni kat Kedah dah. Tengok saya pakai baju silat! 



Ini masa birthday party Ija! 



Tunggu bas yang tak kunjung tiba. ahahaha...second last day di Melaka.



masih tunggu bas. 



Bergambar depan bangunan FTMK last day di UTeM




Jalan-jalan Melaka with housemates



with jiran sebelah bilik haha! Ayu



kat tempat tunggu bas di Kampus Industri. (tahun 1). Lollipop tu Cik Ida bagi. Tak ingat kenapa. ahaha..



Sesi latihan silat. =)



dengan bebudak silat kat tepi pantai. Omo! Saya pakai beg adidas tu! Waa rindu..



Wajadiri Sarawak. ^.^ Patutnya tak boleh bergambar kat sini tapi takde orang nampak so kitorang pun ambik peluang. ngeh ngeh ngeh


Wajadiri Sarawak. My first wajadiri.


Nak compilekan tiga tahun punya cerita dalam satu entri memang tak muat. Gambar2 ni pun sikit je ni. Masa nak pilih2 gambar ni teringat memori2 masa gambar tu diambil. Best. Lagu yang dimainkan masa pilih gambar pulak lagu syahdu eheh...lagilah mengimbau memori. Jadi nilah sedikit sebanyak memoriku kat UTeM.



Entri ini ditutup dengan gambar berlatar belakangkan Dewan Besar UTeM.

panas gila masa tu boleh pulak pergi pakai sweater ahahaha.. 



Sekian. 

Wednesday, July 13, 2011

Diari pemandu yang tak-berapa-baru #2

Sesi pagi.
Keluar parking rumah lebih elok dari petang semalam. Pusing2 tempat sama. Nampak ada kereta dan dua orang yang mencurigakan tepi roundabout. Memang mencurigakan. Tak tahu mereka buat apa kat situ.Pagi tadi Mak pesan suruh tukar2 timing drive...just in case. Terus aku curiga semua orang yang aku tengok kat jalan. Masa nak parking kat depan rumah, mati enjin banyak kali. Buat malu aje tapi ada aku kisah? Yang penting aku dapat parking baik punya tepi divider. Yang bangga sikit sebab jarak dengan divider tepi tu tak jauh sangat. haha!


Sesi petang.
Punya liat nak keluar pergi drive. Lepas tengok Running Man main kejar2 dengan DBSK, aku tidur kejap keke. Lepas bangun, pergi drive. Sebab aku tak terror lagi nak adjust stereng masa nak reverse untuk keluar dari parking, tayar depan kereta bergesel tepi divider hahahaha. Padan muka. Ingat style la dapat parking perfect jarak dengan divider sikit, lepas tu nak keluarkan kereta sangkut. Aku pun buatlah aksi kereta pergi depan, pergi belakang banyak kali. Kali ni nak keluarkan kereta tak berapa smooth macam pagi tadi huhu. Tulah kau, bangga lagi. Kan dah kena. Enjin pun mati beberapa kali masa tuh. Fuh. Punyalah. Berpeluh nak keluarkan kereta. Ni baru parking depan rumah. Belum parking tempat lain lagi. T.T


Cuba lagi.

Wednesday, June 15, 2011

Menjamu selera di Seoul Garden

Ada tak sesiapa yang tengok drama2 Korea kat sini yang akan rasa terliur bila tengok adegan makan dalam drama Korea? Beria-ia diorang hirup sup siap ada bunyik slurpppp, lepas tu makan daging panggang, masa panggang tu macam best je nampaknya. Makan kimchi pun nampak macam sedap je. Semualah nampak sedap. Cara mereka makan dengan penuh semangat membuatkan saya teringin nak rasa sedap sangat ke makanan tu sampai memang nampak menikmati betul masa makan.

Jadi pada suatu hari, sampailah saya ke salah sebuah Restoren Makanan Korea di Mahkota Parade, Melaka. Dah lama teringin nak pergi, semenjak tengok cerita2 Korea ni kan. Teruja habis! Kami pelanggan pertama yang masuk kat restoren tu hari tu, lebih kurang jam 12 tengah hari. Pelanggan pertama tuh! Nampak betapa terujanya kami! 

Dari Kiri; Ros, Afiq, Liza.
Ni bukti kami dah sampai dan makan kat sini.
Woohoo!


Sesampainya kat situ, kami masuk dalam, pergi kaunter, pilih sup. Dilema nak pilih sup apa. Susah sangat nak buat pilihan, saya cadangkan kami ambil sup Kimchi. Alasannya, sebab bila lagi nak try kimchi kan.. dah alang-alang datang restoren Korea. 

Ni lah dia Sup kimchi.


Dah tau meja kat mana, kami pun letak beg, dan ambik pinggan nak ambik makanan. Banyak pilihan. Ayam, daging, seafood, sayur, semua ada. Rambang mata. Tapi sebab nak rasa semua, ambil sikit2 dulu.

Ini makanan first round. Kalau tak silap saya, saya ambik ayam kari ke apa tah.

Mula2 blr je nak panggang semua ni katne sebab kat dalam cerita2 Korea kan pemanggang dia bentuk flat. Lepas tanya pekerja situ barulah tahu nak panggang kat mana. haha.


Panggang di tepi sup tu okey.
Masa tengah panggang2 ni, saya teringat scene Hello Baby. Onew tukang panggang daging masa mereka pergi vacation. wohhoo.. ko ni setiap masa ada aje connectionnya dengan SHINee kan.


Ni rupa lepas panggang. keke.. Sorry tak nampak menggiurkan. Tapi rasanya memang terbaik!!
Sedap!



terrer tak saya pakai chopstick? hehehe.
Time ni meja dah mula penuh. Awal2 malu2 lagi. newbie la kata. Ni dah lebih berapa jam duk sini dah naik level jadi intermediate. 


Tengok, tak jatuh! XD



Ni round ke berapa ntah. Nak try panggang Jagung. Moral: Jangan panggang jagung lama2. Nanti dia jadi terlalu garing. Tak berapa sedap. kekekeke

Mereka pergi ambik makanan, saya selca kejap. :P



Dah nak habis makan. Meja dah kosong~ Kamsahamnida kepada encik yg tolong tangkapkan gambar. 



eh, tak habis lagi! Ni dessert. Aiskrim! yummy yummy!


Banyaknya mangkuk.. siapalah yang makan banyak2 ni ha....

4 jam makan tanpa henti. Kami sangat kenyang dan puas hati! Sangat berbaloi datang makan sini! Harga pun kira berpatutanlah jugak. Student price RM20++ per person. Makan unlimited.
Sangat kenyang!!!
Alhamdulillah...
Akhirnya dah tau dah camne makanan orang Korea. ^.^

um..confession: Saya tak berapa suka kimchi..