Showing posts with label SWM. Show all posts
Showing posts with label SWM. Show all posts

Sunday, February 26, 2012

SWM Gathering 25/02/2012

Pada 25 Februari lepas, SHINee World Malaysia (SWM) telah mengadakan gathering kali ke-2 di Korea Plaza.

Panduan ke Korea Plaza:

Dari KL Sentral > Monorel > Stesen Raja Chulan.


Dalam jam 1 petang, rombongan cik Kiah (saya pergi besama 6 orang shawol yang lain, masing-masing pakai baju yang ada warna SHINee :3 ) pun tiba di Korea Plaza yang terletak di Menara Hap Seng di tingkat satu. Masuk-masuk je pintu masuk Menara Hap Seng tu, nampaklah Korea Plaza. :D


Acara belum mula masa kami tiba, maka saya pun tengok-tengoklah dalam Korea Plaza tu dulu.


Ni antara barang-barang yang dipamerkan.


Masa pendaftaran, dapat lolipop. :D


Lolipop saya. Sampai sekarang saya belum makan lagi. D:


Ainaa datang dari jauh.. Seremban. Eh.. macam first time jumpa. :P

Fizzy~~~~ saya terlepas nak beli badge Hello Baby SHINee dia yang saaaaaaaaaaaangat comel sebab lepas ada staf nampak Fiz tengah jahit badge tu, dia pergi kecoh2 kat semua orang, lepas tu belum apa-apa dah habis. T____________T Contact lense Fiz warna ungu!!! :3

First time jumpa Lia. HOHOHO. Lia datang lepas kami datang. Nuha dan Ainaa pergi jemput dia. Masa tu saya tengah borak-borak dengan Fiz. Lepas tu saya tengok Nuha dengan Ainaa berbual-bual dengan Lia yang masa tu saya tak kenal lagi. Sebenarnya macam pernah nampak muka Lia kat facebook, tapi bila nampak depan-depana, saya macam... siapakah dia tu? Mesra betul dengan Ainaa dengan Nuha. Penat fikir, lepas dah macam 10 minit fikir baru tahu tu Lia. T__________T Lia WHY YOU NO TEGUR ME. MAKES ME CONFUSED ONLY. XD

patung pakai hanbok. Ada hanbok digantung kat satu tempat, orang cakap boleh pakai. Tapi saya tak pakai pun. Malu. :P

Ada aktiviti buat placard. Saya sudah lama tak buat benda-benda kreatif. Ini ialah placard saya. Habis tangan, baju, seluar kena glitter. Terima kasih kepada yang bagi pinjam gunting, gam, glitter. ^__^



le placardsssssssssssss. Banyak SWM yang lagi kreatif dari saya (obviously). Cari mana saya punya.



le cake!! Icing sangat manis. :P


Ada dua permainan yang kami main lepas kami dibahagi kepada lima kumpulan secara rawak. Saya dalam kumpulan Key. Game pertama teka lagu tapi ahli kumpulan hanya boleh nyanyi guna lirik "nya". contohnya: lagu hello, nyanyi sebagai nyanya, nyanya! . XD Masalahnya saya tak berapa tahu lagu selain lagu SHINee. Saya kena bagi hint untuk lagu Nine Muses. -le faint- Dan salah satu lagu yang saya frust sebab tak ingat ialah B.A.P. Warrior. Saya tahu sikit-sikit lagu tu, sebab pernah dengar sekali. Sekali je. Part digiding, tapi terlupa rentak dia. T_________T
Game kedua masih teka lagu, tapi dengan cara menari tarian lagu tu. Lagilah saya tak tahu. -le faint- Ada satu lagu yang saya pernah tengok video klip dia banyak kali: SNSD: The Boys, tapi saya lupa macam mana step dia. T________T
Tapi memang bestlah games dia. Semua orang gelak2. Group lain semua dapat lagu yang senang2. Tak Aci! psh. :P

Briefing


Group Minho

Group Key!


Best. Best. Best. =) Tapi tak dapat tengok Epsilon buat persembahan (kalau adalah) sebab tak cukup masa. T____T

Sunday, December 18, 2011

Terlepas Tom Cruise tapi saya OK

Kali kedua menjejak kaki ke bumi Subang ialah pada Sabtu lalu. Semalam. Tapi kali ni kami ke Subang Parade. Saya lebih suka pergi ke Subang Parade kerana hanya perlu naik tren dan tak perlu nak tukar2 kenderaan lain seperti bas yang melecehkan.

Route to Subang Parade:

Dari Stesen Komuter Bangi > KL Sentral > Subang Jaya.

Tiket terus beli yang ke stesen Subang Jaya. Tiket "pergi balik" terus. Mudah, cepat dan berkesan.

Plannya ialah sampai kat stesen komuter masing-masing (saya dan Nyssa) pada jam 8.30 pagi. Tapi Nyssa kata dia akan lambat sikit maka saya naik dulu tren yang lalu. Saya agak bernasib baik sebab tak payah tunggu lama untuk tren sampai. Dan tak berapa ramai orang sangat dalam tren masa tu. Dan dapat duduk bila orang yang duduk depan saya berdiri keluar kat satu stesen. Yeay! ^___^ Masa balik pun dapat duduk. Yeay!

Dah sampai sentral, saya pun tunggu Nyssa. Henpon yang diguna sebagai MP3 lupa nak cas pada malam sebelumnya. Akibatnya, lagu Always Love dan Seesaw (SHINee) dapat dengar dalam 10 kali je. D: Sebenarnya nak pergi tandas juga sementara tunggu Nyssa tu sebab tiba-tiba macam sakit perut tapi tak jumpa tandas. meh.


Perjalanan ke Stesen Subang takdelah lama sangat rasanya. Mungkin sebab jarak antara satu stesen ke stesen lain agak rapat. \(^_^)/

Kali ni kami yang pertama sampai di destinasi! Yahoo! Sementara tunggu Steph dan Lin, kami pusing2 dalam Subang Parade tu. Tak besar sangat saiznya, bak kata Lin, Sunway Pyramid 7 kali ganda lebih besar. Setuju. Sementara tengah mesej-mesej Steph sambil bersidai kat tempat bersidai, tiba2 datang seorang salesgirl yang sebaya dengan Nyssa (dia bagitahu umur dia lol) promote suruh kami register untuk satu kad. Mula-mula saya ingatkan dia ialah Steph, tapi bila perasan muka lain, saya amat terkejut. :O Jantung rasa nak terkeluar sebab ingatkan Steph tapi bukan. ><

Beriyalah promoter/salesgirl tu promote suruh kami buat kad yang dia promosikan.. saya tak berminat pun tapi setelah dipujuk banyak kali dan muka promoter tu pun comel lol! Saya dan nyssa pun buatlah kad tu. Masa tu Steph dah sampai, saya tak nak Steph tunggu kami lama, jadi kami pun buat kad tu untuk bagi promoter tu berhenti cakap supaya kami boleh pergi. haha. We are so nice. :P


Lepas dah dapat kad, kami pun pergi cari Steph. Saya sibuk pandang depan, tak perasan Steph ada kat tepi lmao. Steph! I love your shirt! SHO CUTE! hehe.

Lepas jumpa, kami jalan2 kejap sementara tunggu Lin. Kami pergi kedai barang cenderamata, Steph nak beli hadiah untuk kawan dia. Lepas beberapa minit, Lin sampai. Dia pakai heels/wedges. Jadi dia nampak lagi tinggi dari saya. SOBS. XD

Lepas hugs and laugh and tease (sebab Lin nangis tehehehe) kami pergi Pizza Hut untuk nom! Punyalah susah nak pilih menu. Saya cadangkan pilih yang set untuk empat orang yang ada 2 pizza/ 1 pizza n 2 menu lain (nampak sangat saya lapar) , tapi nasib baik tak pilih yang tu! Kami makan yang pizza 7 cheese tuh. Itu pun punya susah nak habiskan ;___;
Dan seperti biasa, macam kat rumah, saya jadi tukang habiskan makanan. -_____-" Lepas makan rasa macam nak merangkak je. Kaki tak mampu nak menampung badan yang berat. XD

SUP CENDAWAN! LOLOLOL! Me and Steph. Our inside joke. We eat Ain Unnie LMAO.. #ignorethissentence.


Oleh kerana menghadapi kesukaran untuk menghabiskan makanan sebelum jam 1230, kami terlepas Mission Impossible. *nangis* TOM CRUISE!!!! T____T Jadi, untuk mnghabiskan masa, kami pusing2 satu Subang Parade tu. Lepas dah habis pusing Subang Parade, kami pusing2 Empire pulak. Tak ingat nama penuh Empire tu, tapi dia shopping mall berhampiran Subang Parade. Tempat kerja Steph dulu (Rakuzen) kat situ. nyehehe. Now I know. :P Oh dan ada jumpa Santa Claus. Tehehe. Terkejut saya. XD

Lepas dah penat pusing2, kami tangkap2 gambar dan cakap2 dan spazz sikit2 dan etc etc dan tiba masa untuk balik.. Cepatnya masa berlalu...

Beberapa gambar. credit: Steph.


Saya lagi penting dari pokok krismas.


Yes Lin, you are taller than me. ><


Lin ada tulis pasal ni jugak, silalah baca her point of view pulak ok!! Klik sini ---->>  http://lovellina.com/


p/s: My other half in my RP world deactivate facebook dia. T____T Waeeeeee...




Sunday, September 25, 2011

SWM.Sunway Pyramid.Abduction

Selamat pagi! Dah sarapan? Hari ni saya sarapan sup cendawan jenama Campbell, pizza dan air teh tarik. Bahagia. haha!

Yay! Aktiviti tengok wayang dan makan2 bersama beberapa ahli SWM berjaya dilakukan semalam! *sorak* Setelah plan dan melayari internat untuk membajet masa dan duit untuk pergi ke Sunway Pyramid beberapa minggu sebelum ni, berkumpullah kami di sana dengan jayanya. 

Ini cara saya pergi ke Sunway Pyramid:

Naik Komuter sampai KL Sentral. Dari KL Sentral naik Bas Rapid KL ke Sunway Pyramid. 
Masa perjalanan lebih kurang 1 jam 40 minit ++. Jalan nak pergi Sunway Pyramid sangat jammed! Kereta sangat banyak! Lain kali kalau nak pergi mungkin akan naik Komuter dan turun di Stesen Subang Jaya kot. Jammed ialah tidak best. T___T


Ahli yang paling muda pada gathering kali ni - pinkpancakes aka Lin ialah orang pertama yang sampai. Rumah dia kat Subang. Dekat je dengan Sunway Pyramid tu. Masa dia mesej, saya masih di KL Sentral dengan nyssa_onew aka Nyssa tengah tunggu happy_shinee aka Nuha yang tiba2 ada meeting lah pulak. Beberapa minit kemudian, Mrs.Minho aka Steph pun sms. Steph dah sampai jugak. Steph pun duduk di Subang jugak. Jadi memang patut datang awal la kan. hehe. Steph dengan Lin datang dengan parent(s) masing2. Lepas tu Ainaa Ashura aka Ainaa pun dah sampai jugak.

Lepas Nuha sampai kat KL Sentral, kami MVPs pun bertolaklah pergi Sunway Pyramid naik Rapid KL. Pakcik bas tu rehat lamalah pulak. Dan jalan sangatlah jammed! Semua orang keluar jalan2 haritu agaknya. Kami sampai dalam 40 minit macam tu. Plan nak tengok wayang tu pukul 11.45, tapi sampai 11.55 pagi ohoiiiii.... nasib baik ada Abduction tu pukul 1.45. Mintak maaf sebab lambat kawan2! Sesuatu yang tidak dijanga terjadi, jadi terlewat. Kalau ikut plan asal, saya rasa memang boleh sampai ikut masa yang dijangka. 
-__-"

Sphinx yang dicari-cari. Mercu tanda Sunway Pyramid.
*jakun*


Saya pakai baju SWC Taemin warna kuning supaya senang nak di-detect. Maklumlah..nak jumpa pertama kali. Tapi saya pakai pullover pulak kat luar jadi tak berapa nak nampak la baju tu hahahha! Steph pakai baju SWC Minho warna oren. Masuk2 je dalam Sunway Pyramid tu, dari jauh dah nampak Steph dengan baju orennya yang sangat striking. 

Mrs.Minho, ainaa ashura, happy_shinee, fixifiq, nyssa_onew, pinkpancakes. 
Gambar diambil oleh adik pinkpancakes..the Justin Bieber? XD

Mak Steph dan ibubapa Lin dah nampak muka kami yang innocent, jadi lepas ni Steph dan Lin "are allowed to see us again!" Hoorayyyyy!!! 

First impression: 
Nyssa: Jumpa dalam komuter. Saya naik komuter dulu. bila sampai stesen dia, dia masuk2, terus nampak saya. hahaha! Hebat2. Mungkin dia kenal baju SWC Taemin. XD She is friendly and nice talking to her. =)

Steph: lah..kecik je Steph ni rupanya! Tapi dia tinggi sikit dari saya? And her Samsung Galaxy Tab is full of SHINee and Super Junior. Steph jadi pemandu pelancong kami. hoho.

Lin: Lin lagi kecik! Small and cute! haha! Suka baju dia. Cute. Banyak cakap. XD

Ainaa: agak pendiam dan suka gelak? Masa Steph tunjuk gambar Key kat Tab dia, Ainaa hilang kawalan LOL!! XD XD


Abduction agak best! Saspens ada, lawan2 ada, lawak ada. Sesuai la untuk ditonton oleh semua lapisan masyarakat. He has nice abs. Taylor Lautner i mean. Yes, there's a scene where he reveals his abs. Perlu ke? -_-" Peminat Taylor Lautner mesti suka kahkahkah.


Saya enjoy berjumpa dengan mereka ni. Selama ni hanya imagine je rupa dan karakter mereka masa chatting/tweet/facebook. Sekarang dah jumpa dan dah tau perangai masing2...walaupun macam malu2 kot. Mungkin sebab jumpa pertama kali? hohoho =D 
Next gathering...bring it on!

hm.. wakil MVP, Locket, Flamer dan Taemint ada, Blinger je takde. 

yay! Dah sampai Sunway Pyramid!! ^__^



gambar: fixifiq dan Steph's facebook