Showing posts with label TV. Show all posts
Showing posts with label TV. Show all posts

Wednesday, January 18, 2012

The Bachelor

I wonder how the people who takes part in the reality show The Bachelor really feels. I mean, from my understanding, that show is like a show to find your true love. 10 girls battle to fight for love from one man. The girls have to do whatever it takes to win that guy's heart. There's also intimacy involved, kissing and stuff. The girls only kiss one guy, while the guy kisses with 10 girls. The girls get cheesy with one guy, while the guy has to get cheesy with 10 girls. The guy must have a lot of ideas in his head, or he uses the same cheesy lines/acts lol. I pity the guy, because all the girls treat him very well, and he gets to choose only one to be the winner/ to get married. I also pity the girls because from what I watched, some of them really falls in love with that guy and if they lost, they have to forget that feeling? Some girls even got mad when she is not chosen to the next round, she was furious. Maybe because she really loves that guy but the guy doesn't feel the same way. Pity. 

That bachelor is handsome and young. He is a British. The first British who takes part in that show. Where are all the other Americans? Are there no eligible bachelors in the US anymore? -joke- But i don't find them attractive that much anymore lol. I'm more to Asian guys now. coughOnewcough. Hm. I miss Onew. How are you yeobo?


yea, i know, i always rant about TV shows lately. That's what I do everyday! Tonight! The second last episode of Scent Of A Woman omg! I can't wait! But i don't want it to end! ><

Wednesday, September 28, 2011

Rancangan apa menarik di TV?

Rancangan TV yang menarik minat untuk ditonton:

1. Big Time Rush. Sabtu-Ahad 9.30p.m. Nickelodeon.
Terima kasih kepada lagu Boyfriend mereka yang awesome, saya discover rancangan ini. I prefer a reality show like SHINee's Hello Baby yang tunjuk their real life..tapi ini mereka berlakon ikut skrip. Jadi saya tak tahu perangai sebenar mereka. Tak tahulah kalau diorang berlakon jadi diri sendiri atau apa..tapi takpelah..realiti ke tak realiti, nak tengok rancangan ni setiap minggu! James agak kacak..rambut dia cantik..tapi saya lagi suka Onew masa dia rambut panjang nyehehe.sorry James.. takpe... kita masih ada banyak masa untuk berkenalan. Suara dia pun agak sedap tapi suara Onew lagi sedap hehehehe.. well... saya dah cuba dengar live version performance BTR.. dan saya agak kecewa sebab diorang tak nyanyi macam dalam Single radio. T__T Dan saya rasa mereka perlu individuality masa nyanyi..sebab suara lebih kurang je saya dengar. BTR.. fighting! 


2. Protect the Boss. Isnin-Selasa 9.10p.m. OneHD
Iklan dia best. Lagu OST dia pun best. Saya bukan peminat JaeJoong tapi saya rasa cerita ni macam best sebab iklan dia best. OK? Tapi saya tidur dalam pukul 10.. cerita ni habis pukul 1020..lambat T__T tapi nak tengok. macam mana?

3. Warrior Baek Dong Soo (tak ingat bila Rabu-Khamis kot) 9.10p.m. OneHD
Dah pernah tengok satu episod, BEST! Saya suka cerita yang epik2 macam ni..ada lawan2..rambut panjang..baju tradisional etc. +cute guys hehehe

4. The Cave of Golden Roses. Ahad. 10.00p.m. TV9
Cerita paling best pernah tengok! Masa tadika kot tengok cerita ni! Memang olskool! Tapi kenapa hari Ahad? Kenapa pukul 10? Kenapa tak Sabtu? wuuuuuuuuu. Fantaghiro sangat cool! 

5. House of Anubis. Nickelodeon
Tak pernah tengok lagi cerita ni tapi iklan dia macam best. macam misteri2 cerita dia

6. Running Man 6.25pm. OneHD. Tak ingat hari
Memang rancangan kegemaran. Nak gelak golek2 masa nilah. Tapi jarang dapat tengok sebab tak dapat remote control.


Banyak rancangan nak ditengok, tapi tak ada masa atau badan perlu rehat. sobsssssssssss

nota kaki: Tahniah kepada adik saya Adam yang baru konvo semalam =D





Tuesday, July 26, 2011

Budak umur 9 tahun yang tabah

Semalam aku menonton Star King di channel OneHD. Pukul 6.30 p.m. Sebenarnya aku tak tahu pun ada Star King masa tu, aku tengah berfacebook+bertwitter+berSWM etc etc. Kat office tak boleh bukak facebook so aku pun facebook la mana tau ada orang komen gambar aku ke komen status aku ke apa2 ke. Kemudian masa aku scroll down kat Wall facebook tu, aku nampak OneTV Asia post sesuatu, dan suatu perkataan menarik minat aku kat post tu. SHINee. Heheh. OneTV Asia post kata ada SHINee, etc etc (tak ingat yang lain haha) ada kat StarKing pukul 6.25 petang tu. Aku tengok jam masa tu dah 6.30 alamak dah terlepas 5 minit! Mana tau ada Onew ke..Ada Taemin ke? Ada Minho ke ada Key ke ada Jjong ke? Aku pun terus bergegas bukak TV. Aku pun scan artis2 yang duduk kat kerusi artis2 tu. Scan Onew. Takde. Oh. Ada Key. Yeayy. ^.^


Yang awal2 tu tunjuk ada budak tu terror mengingat/menghafal. Dia boleh hafal nombor pi. Pi. yg 3.14 lalala tu. Aku pun tak ingat nombornya. Dia boleh hafal sampai berapa ribu nombor entah. Lepas tu boleh cakap nombor tu ikut susunan dengan betul. *ternganga kagum* Gila hebat! Siap kalau tanya.. nombor kat baris M, lajur G (hafal ikut kotak) pun dia boleh bagitahu nombor berapa kat koordinat tu dengan betul. Tercabar aku. Nak hafal pi yang tulis kat kalkulator tu pun aku tak lepas. Ni dia boleh tahu lokasi2 nombor2 tu kat mana pulak. *tabik spring*

Lepas budak tu ada tunjuk pasal budak kecik umur 9 yang jadi promoter untuk kedai kuih beras milik mak dia. Yeah dah masuk tajuk. hehe. Meriah gila budak tu dok promot. Petah berkata2. Siap nyanyi2, joget2, beraksi lincah atas pentas macam Super Junior buat performance. Padahal promot kuih beras je pun. Memang sangat beria la budak ni. Aku pelik tengok kenapa dia beria sangat. Siap bagi kuih beras dia untuk artis2 rasa. Ho Dong (MC) tak dapat satu. Dia tanya kenapa dia tak dapat. Budak tu kata, kalau awak makan macam mana awak nak bercakap? Awak kan MC (dalam bahasa sopan la.. aku terjemahkan dalam bahasa yang aku faham je :p )

Hodong ahjusshi pun temuramah budak tu,
Hodong: Siapa yang lantik awak jadi promoter ni?
Budak: saya yang lantik diri sendiri.
Hodong : awak dapat gaji berapa jadi promoter?
Budak: Tak dapat gaji pun. Saya buat ni supaya ramai orang datang kedai Mak saya. Saya tak nak Mak saya tutup kedai ni.

Dia yang dari awal happy go lucky tiba2 menangis. Aku terkejut. Omo! Budak...jangan nangis wuuu..

Hodong: Mak awak kerja dari pukul berapa?
Budak: Dari 7 pagi sampai 7 malam. Pagi-pagi Mak kena buat kuih beras lepas tu ada kena masukkan tangan dalam air sejuk etc etc *menangis lagi*
Hodong: Awak pergi sekolah, macam mana awak tolong mak awak?
Budak: Saya tolong malam2. Buang minyak dari mesin, buang sampah dari mesin etc etc.

Budak tu menangis on off on off. Terharu aku tengok. Rasa macam nak nangis jugak tengok dia. Aku rasa mesti budak tu sedih tengok Mak dia kena kerja keras nak operate kilang buat kuih beras tu. Mesti dia rasa macam "Omma..biar saya yang buat tu semua, Omma duduk je la depan TV tengok drama, biar saya settlekan semua ni"

Wah.budak umur 9 pun dah berfikiran matang macam tu. Hebat budak ni. Matang dari usia. Aku..pagi2 pun mak aku kejut. Apa2 kerja semua nak bersuruh. Heh. Bila nak berubah.