Showing posts with label k-pop. Show all posts
Showing posts with label k-pop. Show all posts

Saturday, October 08, 2011

Zzz to this, in a good way

Recently i have been blogging about the drama I'm watching currently which is Heartstring. Dah tengok sampai episod empat dan sekarang berada di episod lima dan saya suka! 

Kalau tengok k-drama pasti kita akan dengar OST-OST dia yang AWESOME kan di belakang adegan2 sedih, suka, duka, dan lain-lain. OST drama ni best juga! Salah satu lagu yang telah menarik minat saya untuk dengar mode "replay" ialah lagu ni : 그리워서 -guriwaseo- (sp?) Artis ialah CN BLUE, saya rasa Yonghwa nyanyi the whole song. Homaiiii lagu ni sungguh membuai jiwa, kalau dia nyanyi kat persembahan, saya rasa nak lambai2 tangan dan goyang badan ke kiri ke kanan ikut melodi. T^T Kalau dengar masa mengantuk boleh tidur ni, memang serius sedap je dengar. Walaupun hanya faham 0.01% je makna lagu ni tapi melodi dan suara penyanyi dia dah cukup buat saya gembira. 

Kepada CN BLUE especially Yonghwa atau siapa2 yang nyanyi lagu ni; 

TERIMA KASIH SEBAB NYANYI LAGU NI DENGAN SANGAT SEDAP! =')

Jemput dengar, duduk sambil peluk bantal atau baring sambil tarik selimut.



p/s: lagu ni telah teman saya masa basuh pinggan. =)


Tuesday, August 02, 2011

K-pop Flashmob Malaysia

Wew, meremang bulu roma tengok video Dreamstage Korea Global Flashmob Malaysia. Especially bila tengok ramai-ramai dance Lucifer dan Ring Ding Dong. waaaaaa kalau saya join sekali haritu mesti best. Tapi minggu tu balik kampung. Dan kalau saya join pun macam jadi pemerhati je. Isnin-Jumaat busy latihan Industri, bila nak praktis semua dance2 tu? 


Anyway, saya merasa gembira tengok mereka excited dance semua lagu. Bukan senang, saya tahu. Nak dance SHINee -Hello pun berzaman baru dapat semua steps. Tapi Hello tak masuk list la pulak.


Kalau ada lagi next time, best jugak kan kalau dapat join sekali hehe. Saya terbaca, ada orang macam bagi cadangan nak buat SMTOWN flashmob. NAK!!!!! Hehe.


K la, here's the video. Click to view on youtube!



You guys daebak!!
SHINee World Malaysia daebak!

Monday, July 25, 2011

Beast-ing

Sambil-sambil mencari coding untuk sistem yang aku tak tau kenapa tak jadi-jadi ni..kat office akuarium yang tak diberi makanan ni (bak kata seorang staf database yang aku jumpa haha)..aku bukak la lagu untuk didengar. Haritu dah download album terbaru Beast.. ye, aku download je.. kalau ada duit dan kalau aku jumpa kat kedai2 muzik nanti aku beli la albumnya lepas aku dah habis kumpul album SHINee. hehe. Sedap-sedap jugak lagu2 Beast ni kan? OK. Aku tak nak jadi B2uty. Sebab Beast dah 2 kali datang Malaysia, terbaru semalam. Kalau aku jadi B2uty nanti aku menangis2 sibuk membebel "kenapalah aku tak jadi B2uty awal2..tengok Beast dah dua kali datang aku buat tak heran je."

btw..aku mengesan suara macam Jonghyun dan Taemin dalam certain lagu Beast ni hahaha.

Tuesday, June 07, 2011

0330-Secret Garden-Fiction

haha. Ye. Saya baru dengar 0330 harini. Secret Garden pun baru tengok harini. Fiction dah dengar dah sebelum harini. Sebenarnya saya tak minat nak dengar 0330 ni mula-mulanya, sebab saya tak berapa minat U-KISS. Saya pernah dengar lagu2 U-KISS yang lama...not my taste. So terus abaikan je kumpulan ni. kesian. sorry. Lepas tu kawan saya merekomenkan saya untuk dengar lagu 0330 ni. Saya ingatkan lagu dia sepesen dengan lagu2 yg saya tak minat tu, rupa2nya lain betul. Sedaplah jugak bagi telinga mendengar. ^.^

Secret Garden pulak, saya pernah tengok kat SBS/OneHD. Tengok tengah2. tak faham jalan cerita. So tadi, saya tengoklah episod satu. Best2. Dahlah ada Hyun Bin..suka suka suka. Tapi karakternya masih ala-ala watak dia dalam cerita My Lovely Samsoon. Pernah tak dia berlakon jadi watak gila2? hurm... tak sabar nak tengok episod 2~

Fiction pun sebenarnya saya tak de pun nak dengar secara sendirian berhad..ceh ayat. Entah, tak tau la nape rasa mcm malas nak dengar lagu band lain. haha. Boleh pulak. Saya dengar ritu masa tengok Music Core (sbb Onew and Minho jadi MC). Hm. best jugak lagu ni.

Kata minat k-pop, k-drama tapi ketinggalan zaman. apalah.. hahahaha

OKlah. sekian k-drama/k-pop update untuk harini.

Nak tengok Baby-face beauty, Lie To me, running man lalalalala~