Showing posts with label kecewa. Show all posts
Showing posts with label kecewa. Show all posts

Wednesday, August 18, 2010

Makanan cafe world sedap!

Dah lama tak memasak di cafe world dan tiba-tiba baru-baru ni cafe world kembali beroperasi, inilah jadinya.


Masakan tak menepati citarasa dan citarupa. Cet. Rosak bahasa. Baiklah, saya betulkan ayat. Masakan tak menepati citarasa dan rupa. Ya. Ini baru betul.



Sebenarnya tak ada kena mengena dengan cafe world pun. Sendiri yang masak tak sedap nak salahkan cafe world. Boleh tak kalau nak salahkan ikan sardin dalam sos cili cap XXX? Baik, tak nak beli ikan sardin perisa itu lagi. Itu kali pertama dan terakhir.



Atau adakah skill memasak saya dah terhakis? Dah lah skill memang dah nipis pun, kalau terhakis lagilah nipis. Tidaaaaaaaaaaaaaaak!*menjerit sambil memandang ke arah langit nan menghitam* TT__TT



p/s: Makanan yg dimasak dan dijual di Cafe World semua sedap-sedap, jemput datang!! XD

Saturday, August 14, 2010

Sesudah hujan

Sedih.



MP3 yang menjadi peneman di kala sunyi telah menunjukkan tanda-tanda pelik. Bila dimasukkan bateri, label "Access" nya akan berwarna merah. Tak pernah terjadi sebelum ni. Ni mesti sebab beg baru beli berharga RM19++ tu tak melindungi barang-barang dalamnya dengan baik di kala hujan lebat mencurah jatuh ke ladang gandum bumi UTem hari itu. Bukan setakat MP3 je rosak, hampir semua perkakas dalam beg tu basah dek air hujan. Telefon bimbit yang berada dalam bekasnya pun turut basah sekali. Termasuk barang-barang dalam dompet. Semualah kiranya. Nasib baik telefon masih bernyawa. Tapi MP3 tu kesayangan saya juga! Waaa..... TT__TT



Beg ni tak menjalankan tugasnya dengan baik. Aku kecewa denganmu wahai beg. Rindu nak pakai beg Adidas hijau yang setia itu. Tapi dah koyak ='(



MP3! Bolehkah keajaiban berlaku! Jangan buat macam ni padaku! Tolongg...wuwuwu...

Friday, August 13, 2010

Shower free di waktu hujan

PAGI:


Lepas kelas Fiber Optik(FO) tamat pada jam 10.30 pagi, pergi tunggu bas depan makmal Fakulti Kejuruteraan Pembuatan (FKP). Makmal FO dekat dengan tempat bas tu, maka itulah pilihan kami nak tunggu bas yang dalam jadual akan datang jam 11.30 pagi. Maka penantian bermula. Bila dah 11.30 bas berduyun-duyun datang. Bila bas TTU2/3 (lokasi rumah sewa saya) menghampiri, saya pun bangun nak pergi ke arah bas. Tengok-tengok penuh. Penuh sampai ke pintu. Tunggu lagi bas seterusnya. Penuh juga. Bas lagi satu
pun penuh. Hampa betul. Bilanya dapat balik ni?


Akhirnya bila bas keempat tiba, barulah dapat naik. Tu pun bas jam 12.30 punya. Bayangkan berapa jam masa dibazirkan dihabiskan. Kesabaran memang teruji betul. Biarlah tak dapat duduk dalam bas pun, janji dapat naik walaupun berdiri tepi pintu.


****************


PETANG:


Kelas Network Admin habis awal. Pukul 4 dah habis. Sejam je. Maka kami pun teruja nak tunggu bas jam 4.30. Tunggu punya tunggu punya tunggu dah pukul 5.30. Musykil. Mana bas 4.30? Bukan sepatutnya ada ke bas 4.30? Dalam masa itu hujan lebat turun mencurah-curah diiringi kilat dan petir sambar menyambar. Gelap je suasana. Tak pernah hujan lebat macam tu lagi sebelum ni semester ni di kampus. Bila dah 5.30 baru bas berderet-deret sampai. Apa lagi, berkerumun la semua kat depan pintu bas tu. Free free je dapat shower semulajadi. Lencun habis. *yang naik bas tu pun bukan nak naik cepat sikit...huhu* Bila dah sampai TTU3, pakai payung pun sekadar lindungi kepala je. Basah tahap extreme! Fuh!



********************



Menu berbuka hari ini



Takpe, setiap yang terjadi ada hikmahnya. Masa tunggu bas di kafe tadi, ada pekerja kafe bagi mi goreng untuk buka puasa. Terima kasih cik! =)





Thursday, August 12, 2010

Menyesal tidak berguna

Kuiz kedua dan terakhir subjek Project Management hanya tinggal igauan. Dr Faizal dengan nada cerianya menafikan permintaan kami untuk jawab kuiz itu. Katanya sengaja dibuat kuiz semasa ramai pelajar tak datang pada hari itu. Terpaksa redha. Pasrah. Sedih juga. Macam tu je markah terbang percuma. Padahal bukan niatku untuk tidak hadir ke kelas. Khabar angin menyebabkan ini terjadi. Sejak tu, rasa teragak-agak pula nak percaya berita-berita tentang kelas batal ni. Tanya betul-betul dulu baru percaya. Dah nasib nak jadi begini. *nangis macam Nobita*



If only I could turn back time......



p/s:Mari berusaha untuk test pula minggu depan!


Tuesday, August 03, 2010

Kenapa saya begini?

Apa dah jadi?


Nama matapelajaran tak ingat..*sebab panjang dan mengelirukan*

Assignment tak buat-buat...

Projek Bengkel di awang-awangan lagi...

Nota kuliah tak buat lagi...

Nota kuliah tak baca lagi....*dah tak buat of course la tak baca lagi*

Testo Bahasa Jepun menyedihkan.

Nak ingat hiragana pun terkial-kial, lagi pulak nak hafal katakana pulak.




Sila bangun dari mimpi ye, Afiq.

Walaupun anda amat-amat-amat jarang bermimpi.

Sila Fokus.

Perangai begini tak elok.

Bukan niatku nak berperangai begini pun ='(




Sekian terima kasih.




p/s: nak tulis pasal wajadiri di Kedah, tapi tengah tunggu gambar dari photographer2. Photographer2, nak gambar!

Thursday, July 08, 2010

Kim Hyun Joong tinggalkan DSP Ent

SS501 masih di hatiku



Kim Hyun Joong ialah 1/5 daripada ahli kumpulan SS501. (Yang tak tahu sebut, cara nak sebutnya ialah Double S Five O One). Lepas kontraknya dengan DSP Ent berakhir, dia tak perbaharui, tapi dia pergi agensi lain. Sekarang dia bawah agensi Key East.


Habis sekarang SS501 tinggal empat orang saja ke? Empat orang lebih baik daripada tak ada apa-apa kan? Jangan cakap nak bubar sudah. Jangan!


Kenapa kumpulan K-pop yang saya minat jadi begini? Dulu A'ST1, sekarang SS501. Bawah agensi yang sama DSP Ent pula tu. Kenapaaaaaaaaaa?


Mood dukacita, jom tengok video klip lama mereka. Lagu Find. Suara Young Saeng sangat sedap. ='(





Suara Hyun Joong, Hyung Joon, Kyu Jong dan Jung Min pun sedap juga. =)

Monday, June 21, 2010

Luahan hati semasa mendownload software

Hai semua. Sekarang pukul 11.49 malam dan saya masih mengadap laptop. Belum tidur lagi. Biasanya waktu-waktu begini saya dah di atas katil dan menikmati tidur di katil sedap, empuk, selesa, best.

Kenapa saya tak tidur lagi? Saya nak marah software yang saya tengah download ni. Punyalah berzaman nak dimuat turun. Dari pukul 10 tadi sampai sekarang tak habis-habis. Kejap 1 hour 20 mins remaining, kejap 1 hour 40 mins (tiba-tiba bertambah pulak), kejap 20 minit, kejap 30 minit. Haihhh.. Berapa minit lagi yang tinggal sebenarnya?

Tak, saya bukan tengah muat turun cerita atau lagu. Tengah muat turun software untuk print file. File yang nak di print tu pun satu, nak kena guna xps viewer bagai untuk dibukak. Aihh...leceh betul la.

Untuk menghilangkan kebosanan, saya pun carik stesen radio untuk didengar online. Saya sedang dengar stesen KBS World Radio sekarang ni. Dengar stesen radio Korea he he. DJ dia cakap English, jangan risau.

Sekarang tinggal 15 mins lagi. 15 minit tu bersamaan dengan 2 jam rasanya.

p/s: entri ini bermood mengantuk dan bosan. Mintak maaf.

Tuesday, June 15, 2010

Aduan pengguna, sila ambil berat

Siti Noor Afiq Idris,
2, Jln BM6/13B,
Seksyen 6, Bdr Bukit Mahkota,
Bangi,
43000 Selangor.
_________________________________________________________________________

Chief,
Kajang city hall.
15th June 2010.

Sir,

Cleanliness of Bdr Bukit Mahkota

Our housing area is not that clean these days.

2. The garbage haven't been picked up for many days. We noticed that the garbage lorry did come a few days back but for no reason, they skipped our house and our neighbors' houses around us. Why did they skipped our house? Some of my neighbors organized a wedding last weekend, can you imagine the amount of garbage in their house? Oh, and the smell too. Sometimes out of the blue, a very smelly smell filled our noses. It is very disturbing. Until this letter is written, the garbage are still unpicked.


3. Besides that, look at the grass around our houses. No, not the one inside our house compound. The grass beside the road. The public grass. The grass not planted by us. They are longer than they are supposed to be, right? My parents said the grass has never got this long before. It was always neat. Last week, because our eyes sore looking at the bushy grass, we had to clean it ourselves, which is actually the job of well, you know who. I don't know why they didn't do their jobs. We don't have the grass-cutting machine, we had to do it manually. Using knife, we didn't have the right tool =_=! It was very tiring! Plus, we had to work under the blazing sun. Thankfully I had my MP3 with me, so I can reduce the tension within me.


3. I hope actions will be taken quickly because this environment is not good to be seen or smelled. Please ask the garbage lorry to pick up garbage as soon as possible. I can not stand the smell anymore. And please send someone to cut the grass too. I hope no snake can take advantage to hide in there before you come. I don't want to report a snake later. =_=!

Thank you for reading.


Yours sincerely,
Afiq


Monday, May 31, 2010

Terima Kasih Internet!

Saya suka dengar lagu. Earfon telefon bimbit dah mereng. Hanya boleh dengar "loudspeaker". Takkan setiap masa nak dengar "loudspeaker" je kan. Mesti ambil kira telinga orang sekeliling juga.


Ada alternatif. Saya ada MP3 Player yang berjenama Sony. Dah lama dah MP3 Player ni. Nama dia Network Walkman NW-E70. Tengok dia punya nama pun dah tahu model lama. Saya guna semenjak tingkatan empat kalau tak silap. Memang best ada MP3 Player. Boleh masukkan lagu-lagu kesukaan lepas tu boleh dengar seberapa banyak kali yang dimahukan guna earfon tanpa kacau orang. Tapi kadang-kadang orang boleh dengar jugak sebab bunyi dari earfon tu boleh lepas keluar. Saya kurang mengerti kenapa. Jadi hanya boleh pasang volume slow. =_=

Macam nilah rupa MP3 Player saya. Sebijik macam ni. Tapi ini bukan saya punya.


Lepas dah beli bateri AAA baru, saya pun tekan punat di tepi MP3 player tu untuk dengar lagu dalamnya yang saya masukkan setahun lalu agaknya. Dah boring pulak dengar lagu-lagu lama. Nak masukkan lagu-lagu baru!

Ini punatnya ye, kawan-kawan...yang ada lambang play dan stop



Kalau nak masukkan lagu dalam MP3 Player ni, nak kena install SonicStage dulu. Kena install guna CD yang disediakan. Bila saya belek-belek CD tu, tengok-tengok, hanya boleh guna komputer yang OS nye paling advanced pun Windows XP Professional. Macam mana ni? Lappy saya Windows Vista!!!




Tapi, belum cuba belum tahu, ye dak? Saya pun dengan semangat waja pergi install juga. Hasilnya, tak berjaya, seperti yang dijangkakan. Sedih. Kalau macam ni, lagu-lagu lama dalam MP3 Player tu akan kekal dalam situ selama-lamanya ke? Tidaaaaaaaaaaaaaaaaaakk!

No ialah versi Inggeris bagi tidak. =b



Baru-baru ni, tiba-tiba terlintas idea di fikiran. Selama ni, punyalah banyak software yang saya download kat Internet secara percuma. Mesti ada software untuk install MP3 ni jugak kan? Ahh..kenapa saya tidak terfikir ini dari mula lagi??


Jadi, saya pun cari installer untuk SonicStage yang compatible untuk Vista dan berjaya menjumpainya! OH YEAH! Kemudian saya pun install. Lepas tu cuba masukkan lagu baru dan buang lagu lama. Ye, habis madu sepah dibuang. Cubaan berjaya dengan sukses!


Jadi sekarang, saya boleh menikmati lagu-lagu baru dalam MP3 Player saya. TERIMA KASIH INTERNET!

Tuesday, April 13, 2010

Exam No Fear

Ya, musim peperiksaan akhir tahun sudah bermula. Pagi tadi secara rasminya telah bermula peperiksaan saya yang pertama bagi subjek Pemikiran Kritis dan Kreatif. Malam sebelumnya punyalah merancang nak tidur awal supaya bangun pagi esoknya tak mengantuk. Tetapi sayang seribu kali sayang malangnya setelah lama menutup mata dan memaksa diri ini tidur pada jam 1130, cuaca malam yang panas membara dan nyamuk yang tiba-tiba datang tanpa diundang mengganggu perancanganku untuk mendapat tidur yang cantik (beauty sleep). Angin bayu malam langsung tak ada. Nak harapkan kipas yang ligat berpusing , nama je full speed, tapi kertas gula-gula pun tak terbang kena kipas ni punya angin. Kalau kat rumah punya kipas, kalau buka speed "1" rasa sikit je, nyaman je. Kalau bukak speed "2", laju dia mengalahkan kipas hostel punya yang full speed! Kalau nak bukak yang full speed punya apatah lagi! Terbang dah kot. Tapi tak pernah cuba pun. Hee...

Peperiksaan seterusnya ialah pada Sabtu. Kenapa Sabtu? Bukankah Sabtu ialah cuti umum? Ini saya tak berapa faham. Tak cukup ke lima hari waktu bekerja nak buat peperiksaan? Tapi kan, bagus jugak buat periksa hari Sabtu. Ada jugak masa lebih untuk mengulangkaji. Kalau tak skor jugak tak tau nak cakap apa dah.

Hm...Waktu exam ni, duduk hostel je. Tak keluar rumah pun. Kalau keluar pun, beli makanan. Itu je. Kalau bukan beli makanan, pergi isi air dalam botol kat bawah. Keinginan untuk menulis di blog ada, tapi tak ada bahan yang menarik. Jadi, saya sedang mencari-cari material yang berwarna-warni untuk ditulis dalam blog ini.


Berakit-rakit ke hulu,
Berenang-renang ke tepian;
Bersakit-sakit dahulu,
Bersenang-senang kemudian!

Selamat menghadapi peperiksaan kepada semua!

p/s: Isi macam hampir tiada kena mengena dengan tajuk