Showing posts with label informasi. Show all posts
Showing posts with label informasi. Show all posts

Thursday, August 04, 2011

Butter Golden Churn haram

Semalam tengok berita kat TV lepas berbuka. Biasanya saya takdelah berminat sangat nak tengok berita, melainkan kalau ada perkara yang ada mengena dengan saya atau ada perkara yang saya minat. Tapi malam tadi ternampak satu brand mentega yang pernah saya tengok Mak saya guna untuk buat kek dipapar di kaca TV. 

mentega ini. Golden Churn, biasa diguna untuk buat kek kukus yang sedap, bak kata Mak.


Kenapa butter ni masuk berita? 
Rupanya nak war-warkan butter ni ada unsur babi dalam isi kandungannya! Dan maka dengan itu, butter ni disahkan HARAM!
Mak saya in-denial masa mula-mula dapat tahu. Mak cakap beliau guna butter ini untuk buat kek kukus since  FOREVER! Maksudnya, dah lama Mak saya guna butter ni, sebelum saya lahir lagi (agaknya lah)


Lantas saya berkejar pergi dapur dengan Mak dan bukak peti ais, nak tengok ada simpanan butter ni ke tak. Tak ada. yang ada buttercup. Fuh.. 

Memang kesian la siapa-siapa yang dah beli butter ni banyak-banyak, especially kedai kek dan suri-rumah yang nak buat kuih raya tahun ni. Terpaksalah tukar guna butter lain. Barang-barang yang pernah digunakan bersama butter ni pulak nak kena samak. 

Oh my, aku dah termakan makanan unsur babi tanpa aku sedari T.T 

Yang musykilnya, kenapa semalam baru announce jumpa unsur babi dalam margerin tu? Mak saya dah guna margerin tu dah lama. Dulu tak ada orang check ke apa yang ada dalam margerin tu? 

Tiba-tiba rasa ragu-ragu nak makan kek yang beli kat kedai T.T

Monday, June 13, 2011

Stesen baru Komuter: Sungai Gadut

Minggu lepas saya balik bercuti hujung minggu di rumah ^.^ Naik komuter, seperti biasa, lepas berjalan selama sepuluh minit dari Terminal Satu ke Stesen Komuter Seremban. Lepas beli tiket, saya pergi tempat menunggu. Dekat skrin untuk tunjuk jam berapa tren sampai ada tulis Sungai Gadut pukul xx.xx pm. Saya merasa sedikit terkejut dan confused. Sungai Gadut? Kat mana tu? Tak pernah dengar pun. Biasanya destinasi yang dipaparkan ialah Rawang atau Ipoh atau tempat2 intercity. Sungai Gadut memang tak pernah dengar selama lebih kurang tiga tahun saya naik tren kat situ.

Saya pun jalan2 di sepanjang tempat tunggu tren dan ternampak ada banner promosi Stesen Sungai Gadut. Oh.. stesen baru rupa-rupanya. Macam Stesen Ipoh hari tu la. Mula2 saya confused jugak, nak kena naik tren Sungai Gadut ke kalau dia sampai? Dia one way ke dengan Rawang. Jawapannya tak. Dia lalu lepas Seremban. Untuk balik Bangi, saya naik tren Rawang. ^.^

Tadi nak balik Melaka, tunggu tren, saya naik tren Sungai Gadut, setelah diberi confirmation oleh pekerja stesen Bangi, dia cakap, "Awak nak pergi Seremban ye? Nanti naik tren Sungai Gadut ok. Itu tempat baru, ramai orang tak nak naik sebab ingat dia tak lalu Seremban. Dia lalu Seremban." << Lebih kurang catu la dia cakap.

So, sekarang last destination bukan Seremban lah ye? Sungai Gadut pula?

p/s: Geram je. Turun komuter di Seremban dalam pukul 9.15. penat pergi jalan laju2 sampai kaki sakit nak pergi kejar Bas Trans pukul 9.30 a.m. Habis pulak. Yang ada 10.30 a.m. Buat penat je jalan laju2. hukhuk. Dahlah kena melangut sejam tunggu bas. Terbaiklah. Nasib baik mp3 ada teman.
>,<

Friday, November 05, 2010

Ruangan komen yang boleh reply

Saya suka tempat komen baru saya sebab ada button reply. Ada banyak function lain lagi tapi yang paling saya suka ialah button reply tu. Kalau nak balas komen orang senang la, cuma tekan button reply nanti bawah komen orang tu akan keluar reply kita. Tak payah susah-susah nak taip nama orang tu kalau nak balas.



Tengok, best tak? Siap boleh "like" bagai. Untuk pengomen yang takde akaun Disqus boleh letak gambar default tapi masa saya nak buat ada problem jadi hanya ada gambar admin je la setakat ni. Pengomen nanti saya letak gambar default. Kalau anda tak suka gambar default yang saya letak silala buat akaun Disqus ni juga ye.

Siapa bakal jadi pengomen pertama yang guna sistem komen baru saya? Hehehe...Komen, jangan tak komen! Setiap komen sure akan direply punyalah! XD

Wednesday, October 20, 2010

20.10.2010

Perasankah anda tarikh hari ini kalau digabungkan jadi 20102010? Memandangkan saya dah beritahu, maka pasti anda dah perasan. Pasti ramai yang telah memasang niat untuk melakukan sesuatu yang istimewa pada tarikh 10.10.10 tapi ada yang tak berjaya maka ditunda ke tarikh 20.10.2010. 20.10.2010 pula jatuh pada hari Rabu, jadi sesiapa yang nak buat majlis perkahwinan, pertunangan, peminangan..boleh je, tapi hari Rabu hari bekerja la pulak. Ada ke orang buat majlis hari bekerja? Kalau nak buat jugak majlis pun boleh, mungkin pada waktu malam. Yang bukan penduduk Melaka boleh duduk lama-lama kat majlis tu sebab esok Melaka cuti. Yahoo! Maksudnya kalau esok cuti, malam ni boleh berfoya-foya tapi bukanlah pagi baru balik, tapi tak perlulah tergesa-gesa sangat macam esok kerja sebab esok cuti. Boleh rileks-rileks sikit la kiranya. Tak faham saya tulis apa ni pun tak apa sebab saya merasakan saya sedang merepek sebab semalam gembira dapat makan kerepek pisang.


Apa lagi yang menarik pada hari ini? Oh. Yang ini tak menarik. Melaka jerebu semenjak dua menjak ni. Pandangan berhabuk je. Tekak rasa kering je. Mata pun sakit je. Tapi tadi dah hujan lebat jadi harap-harap cuaca pulih seperti sediakala. Hujan lebat masa saya dalam lab. Kalau hujan masa saya tengah nak tidur kan best. Lena aje. *Macamlah setiap hari tak lena tidur*


Yayy..tuan rumah sewa nak belanja KFC hohoho! Best, best!*tiba-tiba*



Oh. Mak saya kata pada jam 20:10 tadi ada perasmian Melaka Maju 2010. Wahh, perasmian pada jam 20:10 pada tarikh 20.10.2010.. hebat, hebat. TV saya rosak jadi tak dapat nak tengok kalau ada disiarkan di TV pun. Cerekarama pun dah berminggu-minggu tak tengok. Cerita TV3 pukul 6.30 dan 9 malam pun dah lama diabaikan. Rindu nak tengok TV. TV, kenapa kau rosak? ='(



Esok cuti maka nak keluar beli tiket. yay.


Saturday, August 07, 2010

Blog baru Tomo

Pengumuman kepada Eunice sekalian!


Tomo dah ada blog baru! Oh yeahhhhh~~!! Yayyyyyy! Akhirnya! Dah lama tunggu! :'''')






Blog beliau yang lama dah ditamatkan perkhidmatan lebih tiga minggu yang lalu.


Blog baru akan beroperasi tak lama lagi.


Blog baru Tomo boleh didapati di sini: http://ameblo.jp/tomoki-fujiwara *lebih afdal buka guna Chrome sebab dia boleh translate satu page, senang baca kalau tak faham Jepun =) *


Sekarang Tomoki Azuma akan dikenali sebagai Tomoki Fujiwara.


Nama komersial Tomo sejak masuk syarikat Stardust.


Kenapa perlu tukar nama ye? Pada pendapat saya nama asal Tomo pun dah sedap. Agak musykil di situ.


Tapi takpelah. Biarlah Tomo tukar nama apa pun. Beliau tetap Tomoki Azuma kepada saya. =)


Rindu nak blog!




Tak sabar nak tunggu Tomo update blognya. Rindu nak baca. =')



p/s: Dalam proses mengingat katakana. Tomo, bolehkah anda tolong saya? XD

Thursday, July 08, 2010

Kim Hyun Joong tinggalkan DSP Ent

SS501 masih di hatiku



Kim Hyun Joong ialah 1/5 daripada ahli kumpulan SS501. (Yang tak tahu sebut, cara nak sebutnya ialah Double S Five O One). Lepas kontraknya dengan DSP Ent berakhir, dia tak perbaharui, tapi dia pergi agensi lain. Sekarang dia bawah agensi Key East.


Habis sekarang SS501 tinggal empat orang saja ke? Empat orang lebih baik daripada tak ada apa-apa kan? Jangan cakap nak bubar sudah. Jangan!


Kenapa kumpulan K-pop yang saya minat jadi begini? Dulu A'ST1, sekarang SS501. Bawah agensi yang sama DSP Ent pula tu. Kenapaaaaaaaaaa?


Mood dukacita, jom tengok video klip lama mereka. Lagu Find. Suara Young Saeng sangat sedap. ='(





Suara Hyun Joong, Hyung Joon, Kyu Jong dan Jung Min pun sedap juga. =)

Thursday, June 24, 2010

Entri Meraikan Pengunjung ke-1000!!! =D


Pengunjung ke-1000 saya ialah...............


http://naufalnnureen.blogspot.com!!!!



TAHNIAH KERANA MENJADI PENGUNJUNG KE-1000!!!! Yayyyyyy~~~

Sila tepuk tangan ye kawan-kawan...! ^^

Nak tengok bukti beliau ialah pengunjung ke-1000 boleh la tengok kat sini. Siap promosi blog saya lagi hikhik...terima kasih ye. =)


Jadi, mari ramai-ramai pergi serbu blog beliau ye. Kat mana?




Yeah.... sehingga bertemu lagi di entri seterusnya. Tata!!





Thursday, May 27, 2010

Pembuatan Jeans di Kilang

Semalam saya tonton Discovery Channel, program 'How Do They Do It?'. Tertarik nak tonton kerana ditunjukkan proses pembuatan seluar Jeans di kilang membuat seluar Jeans.


Ini bukan Jeans saya.


Saya tak tengok dari mula, maka saya tak tahu secara mendalam sangatlah macam mana mereka buat. Tapi dapat jugalah belajar sesuatu yang baru tentang Jeans. Selama ni setakat pakai je, tapi tak tahu Jeans tu macam mana dibuat. Sekarang dah tahu sikit-sikit.

Kalau anda semua perasan, tengok kat seluar Jeans anda, ye, kalau anda pakai sekarang, sila tengok, seluar tu tak sepenuhnya berwarna biru kan? Kalau warna hitam, tak sepenuhnya hitam kan? Rupa-rupanya seluar jeans dibuat dengan menyelang-nyelikan tiga benang biru dengan satu benang putih. Baru saya tahu!!


Lepas seluar tu dah siap jadi bentuk seluar (mesin digunakan untuk ukur dan buat pattern jeans. lepas tu dipotong dan dijahit), seluar-seluar tu dibasuh dengan batu dari gunung berapi tak silapnya. Supaya jadi lebih keras????? Semestinya guna mesin, berani nak guna tangan????

Pekerja menjahit jeans.


Kemudian, pengeluar jeans di kilang tu ada cakap, sekarang trend ramai orang yang suka guna jeans yang nampak lusuh dan lama. Untuk menampakkan dan menambahkan unsur kelusuhan pada seluar tu, seluar tu digosok dengan kasar supaya nampak macam lama. Hasilnya memang nampak macam seluar yang terpakai tapi hakikatnya itu seluar baru.

Untuk menghasilkan kesan garis-garis bergaris pada seluar, laser digunakan.Seluar yang nampak sedikit lusuh lepas dah digosok dengan kasar serta ada garis-garis yang style di bahagian atasnya.


Sekian laporan dari saya.
p/s: Bilalah nak beli seluar jeans baru...?? heheh.

Tuesday, May 18, 2010

Belajar Bahasa Korea bahagian 2

Semalam secara rasmi bermula kelas bahasa Korea saya. Kelas ini bertempat di meja makan, atas katil dan atas kerusi sofa. Guru-guru yang bertanggungjawab mengajar saya ialah laman-laman web yang ada ajar bahasa korea, blog-blog yang ajar bahasa Korea, lagu-lagu bahasa korea dan lirik-lirik yang dimuat turun serta drama-drama Korea.

Setakat ini, saya sedang belajar karakter-karakter dalam penulisan bahasa Korea. Saya sedang cuba mengenalpasti huruf-huruf konsonan dan vokalnya. Sangat menarik! Sekarang saya sudah meningkatkan pemahaman tentang karakter-karakter dalam bahasa Korea.

Susunan sesuatu suku kata adalah dalam bentuk kotak. Gabungkan maksima tiga karakter (kalau saya salah tolong betulkan) untuk bentuk satu suku kata.

Contoh:


adalah suku kata yang terdiri daripada karakter-karakter berikut:

ㄷ (d/t)
ㅓ (eo)
ㄴ (n)


susunannya mesti konsonan-vokal-konsonan

Jadi untuk menyebut perkataan di atas: deon


Yay!! Macam mana, menarik tak??? Menarik kan?? Seronok belajar benda baru. Hehehe. *teruja* OK. Nak sambung pembelajaran.

Eh. Kena vacuum rumah dulu. >_<

p/s: Saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan =)




Saturday, April 10, 2010

Saya menonton Discovery Channel malam tadi *tahniah!*


Tahniah sekali lagi kepada saya sebab menonton saluran yang memang penuh dengan informasi dan pengetahuan berguna ini! Bagus, walaupun saluran Discovery Channel(DC) dan geng-geng dia( National Geographic, Animal Planet, History Channel dll) merupakan saluran-saluran pilihan terakhir yang akan dipilih kalau dah tak ada program menarik untuk ditonton di saluran-saluran seperti AXN, HBO, Starmovies, Cinemax, Astro Ria dll. *Tahniah banyak kali sebab saluran ini memang sangat jarang dibuka* Ya, saya memang lebih suka menonton saluran yang menyiarkan hiburan berbanding pengetahuan. Ish...ish..ish...bila nak berubah ni..?

Dah kata jarang tonton saluran ini kenapa malam semalam boleh terbuka hati untuk menekan butang 551(nombor saluran itu)?? Sebabnya ialah program DC pada waktu itu telah menarik minat saya untuk menonton. *WOW!!!*Program itu cerita tentang otak manusia. Human Brain. Macam ada kena mengena dengan subjek Pemikiran Kritis dan Kreatif yang final examnya minggu depan. Macam menarik je. Jadi saya pun tak tukar siaran lain. =)

Program tu berdasarkan kisah benar apa otak akan buat di waktu-waktu kritikal.

Jadi sekarang Mari kita masuk ke segmen...

TAHUKAH ANDA?????
1. Kisah benar pertama ialah ada seorang lelaki ni pergi berlayar dengan kapal. Lepas tu kapal dia karam. Nasib baik ada pelampung back up. Bekalan makanan dah tak ada. Dia pun tangkap ikan. Macam biasalah, kebanyakan orang kalau makan ikan kita makan isi dia je kan. Tapi isi je tak cukup untuk membuatkan lelaki ini untuk terus hidup sebab isi ikan ada protein je, takde vitamin dan nutrien lain yang badan perlukan. Kalau dia tak cukup nutrien, nanti boleh mati. Kemudian, badan dah makin lemah selepas beberapa hari. Otak lelaki itu pun mula bekerja dengan cara lain di mana dia dah tak nak isi ikan lagi. Otak perlukan nutrien lain. Jadi otak lelaki itu pun suruh lelaki itu makan selain isi untuk dapatkan nutrien yang diperlukan. Otak tu suruh lelaki tu makan mata ikan, hati ikan dan organ-organ dalaman yang lain yang ada vitamin dan nutrien lain. Mula-mula memang tak sedap tapi lepas dah berbulan-bulan lelaki tu dapat bertahan dengan makan itu je sebab tiba-tiba otak dia dah set "Eh sedap pulak mata ikan ni!". Lelaki itu selamat lepas 70 lebih hari di laut. Fuh!
Sedap ke rasa mataku??



2. Kisah benar kedua ialah seorang lelaki nak pergi panjat gunung. Dia plan nak pergi sehari je. Tiba-tiba masa tengah jalan, dia terjatuh dalam satu lubang yang dalam. Tak dapat nak keluar. Perut pun lapar. Makanan tak ada sebab dia ingat nak pergi sehari je. dalam gua mana ada makanan ye tak? Apa je yang boleh buat dalam gua? Lelaki itu hanya mampu duduk je menanti bantuan tiba tanpa makanan. Lalu otak lelaki ini menjalankan tugasnya. Dia memperlahankan aktiviti dalam badan lelaki itu. Turunkan kadar metabolisme dan pembinaan sel baru. Kira macam buat hibernasi la macam beruang kutub. Macam puasa. Hebat woh otak kita! Lelaki itu dapat bertahan selama 3 bulan tanpa makan sebab otak dia tolong dia. Masa dah sampai 3 bulan tu semua nutrien dalam badan lelaki tu dah habis, otak dah nak buat proses makan diri sendiri dah sebagai langkah terakhir. Otak nak guna protein dalam tulang untuk bagi tenaga kepada otak. Nasib baik lepas 3 bulan ada orang datang dan jumpa lelaki tu.

saya suka berhibernasi sebab boleh tidur lama-lama!



3. Seorang lelaki ni nak pergi ke suatu tempat yang jauh dengan belon udara panas. Nak catat rekod katanya. Belon udara panas ni nak kena selalu kawal supaya arah tak lari. Oleh sebab itu, lelaki ni kena sentiasa berjaga. Tak boleh tidur. 2 hari pertama dia masih OK. lepas 2 hari, dia mula berhalusinasi sebab tak tidur lama dah. Hari berikutnya dia mula bercakap sendirian macam orang gila. Selama mana pun kota berjaga badan kita perlu rehat supaya otak kita dapat melakukan aktiviti "penyelenggaraan" dalam badan kita. Nak buat maintenance. Kalau tak tidur macam mana? Otak kita paling aktif masa kita tidur. Lelaki ni dah makin tak betul sebab badan dia dah lama tak ada maintenance jadi otak terpaksa buat aksi drastik dengan memengsankan lelaki ni supaya maintenance dapat dilakukan dan supaya lelaki ni dapat jadi normal semula. Dapat tidur sekejap pun jadilah.

Bestnya dapat berada di udara!



Banyak lagi sebenarnya informasi menarik tapi dah tak larat nak tulis. hehehe.

Moral of the story, otak merupakan organ yang sangat penting dalam badan kita. Otak akan melakukan apa saja untuk pastikan kita dapat survive. Sayangilah otak kita sebab otak sangat sayang kat kita hehehe.

SAYANGILAH OTAK KITA!
OTAK SIHAT, BADAN SIHAT!

Sunday, April 04, 2010

Saya nak jadi hacker yang beretika!



Pernah dengar perkataan hacker sebelum ni? Kalau pernah dengar bagus. Tak pernah dengar? Penggodam pernah dengar? Penggodam == Hacker. Itu je yang saya dapat bantu. Membantu ke? Nak tahu lebih lanjut tanya Mr. Google. Tak pun korang pergilah cari filem The Matrix. Neo tu hacker. Tapi saya sebenarnya dah tak ingat sangat jalan cerita The Matrix tu. =_= Tunggu Astro tayang balik cerita tu la.

OK, baiklah munkin say
a boleh terangkan sikit-sikit tentang hacker ni. Saya pun baru belajar je benda ni. Pertama kali saya dengar perkataan hacker ini ialah semasa menonton filem The Matrix. Best woh cerita tu. Dahlah Keanu Reeves tu handsome. =) . Masa tu sekadar tengok je. Tak faham apa-apa pun fasal hacker, hacking, hack ni. Lebih-lebih lagi masa tu memang rabun IT hehehe. Rabun, bukan buta. Adalah tahu sikit-sikit fasal komputer. Masa tu yang penting kena tahu nak tekan button mana untuk main game. Hehe.

Sekarang ni semenjak jadi pe
lajar Sains Komputer, pengetahuan tentang komputer dah semakin bertambah. Nak-nak jurusan Rangkaian Komputer pulak tu,berkaitan tentang Internet, rangkaian dan lain-lain (nak cakap satu-satu ada yang tak faham nanti =b).

Semalam pelajar-pelajar yang ambil subjek Internet Technology diwajibakan menghadiri Seminar Internet Technology. Ada empat penceramah yang berceramah. Penceramah pertama bercerita tentang "The Art of Ethical Hacking". Ya, Seni dalam Penggodam beretika. Eh betul ke aku translate nih? Aihh... Seni untuk Penggodam Beretika. Macam pelik je bunyinya.
Hm. Takpelah. Kita sambung. Daripada ceramah beliau yang sangat menarik dan tertarik, saya dapat tahu bahawa sebenarnya semasa di awal kewujudannya, aktiviti hacking ini bukanlah benda yang tak elok dilakukan. Dolu-dolu hackers ni menge-hack untuk share resource dan buat benda-benda berfaedah je dengan kawan-kawan mereka. Tak ada niat pun di hati mereka nak curi maklumat orang lain ke dan buat benda-benda tak senonoh. Hackers ni baik sebenarnya. Kemudian pada suatu hari, imej baik hackers berubah apabila Hollywood buat filem tentang hackers (bukan The Matrix). Dalam filem ini hackers digambarkan sebagai orang jahat sebab menggunakan kemahiran hacking yang mereka ada untuk buat perkara-perkara tak elok. Semenjak tu semua orang pandang serong dengan hackers disebabkan filem tu dah beri tanggapan buruk terhadap hackers sekalian. Kecewa saya mendengar cerita yang penceramah tu sampaikan. Kesian kat hacker-hacker yang tak ada niat jahat. Huhu...

Antara perkara-perkara yang hackers boleh buat ialah
phishing (buat satu laman web yang menyerupai laman web sebenar untuk curi maklumat pengguna). Kalau Data Theft pulak hacker tu boleh jadi man in the middle yang boleh intercept username and password. Lepas tu ada pulak software key-stroke logging yang boleh baca satu-satu apa yang pengguna komputer taip di komputer, macam username and password. Bahayanya!! Banyak lagi sebenarnya jenis-jenis serangan hackers ni tapi nanti kalau saya tulis semua nanti ada orang yang takut nak guna komputer. Tak pelah. Saya masih mahu anda menggunakan teknologi ini. =)
Apa yang pasti, antara perkara yang paling berharga bagi anda di dunia cyber ini ialah USERNAME dan PASSWORD. Kalau ada orang tahu dua benda ni dan masuk ke akaun anda, terutama akaun bank, habislah mata anda nanti bertukar warna.

TIPS USERNAME & PASSWORD

-Jangan beritahu USERNAME dan PASSWORD anda kepada sesiapa pun. Sekarang ni bukan semua orang boleh percaya. Kucing anda tu pun, muka je innocent dan comel. (tak de kena mengena)

-Buat USERNAME & PASSWORD yang susah orang nak teka. Contohnya: USERNAME: U$3rName, PASSWORD: uSErN4m3

-Kalau nak password yang nak menyusahkan hidup hacker untuk teka, buat password yang ada huruf besar, huruf kecil, nombor, simbol dan lebih daripada 8 karakter. Contoh: Ta45KD%$A4at88?23. Lebih panjang dan complicated lebih elok. HUH. Selamat menghafalnya.


-Saya tahu ada orang yang susah nak ingat USERNAME & PASSWORD mereka. Nak-nak password yang lengkap ada semua. Tapi janganlah sampai nak LETAK USERNAME & PASSWORD MERATA-RATA DAN DI TEMPAT AWAM YANG ORANG BOLEH TENGOK. Ada pulak pergi tulis ka kertas pastu pergi tampal kat peti sejuk. Adoi. Tak payah jadi hacker pun boleh masuk akaun kau. Sila simpan USERNAME & PASSWORD anda di tempat yang selamat.


-Tukar password selalu. Ni saya ada sedikit confession. Agak susah untuk diimplementasi dalam hidup saya. Saya dah ada terlalu banyak USERNAME & PASSWORD dalam otak saya. Dah la lain-lain untuk akaun lain-lain. Kalau selalu tukar nanti tak ingat. huh. Sila jangan contohi saya.

OK. Panjang pulak entry hari ni. Nak kena buat report untuk Seminar semalam pulak ni. OK, Selamat menjaga USERNAME & PASSWORD anda!!!

Thursday, April 01, 2010

Tidur dan kelebihannya

Pukul berapa anda selalu tidur di waktu malam? Awalkah? Atau lewat? Kalau anda tanya saya, secara normal, saya tidur paling awal dalam pukul 11. Awal ke? Ada orang yang tidur lagi awal dari ini la. Pukul 10 dah tidur. Mungkin disebabkan terlalu penat atau orang itu tak ada assignments, projek dan kerja untuk disiapkan. Kalau saya ada kerja nak dibuat, paling lambat tidur dalam pukul 2 atau 3. Pernah juga pukul 5 atau 6 baru tidur. Walaupun dah pagi tapi tidur mesti didapatkan! TIDUR ITU EMAS! Ceh, pepatah baru. Tapi betul apa. Tadi buat kajian sikit tentang kelebihan tidur. Google it la kan. Jom tengok!

ni sumber dari Berita Harian

Tidur kurang dari enam jam setiap malam menggandakan risiko menghidap masalah kesihatan yang dikaitkan dengan penyakit jantung. Penyakit jantung??? Bahayanya! Takutnya! Tak nak!!

Kekurangan tidur didapati meningkatkan risiko sindrom metabolik, set gejala termasuk paras kolesterol tinggi, peningkatan tekanan darah, ukuran pinggang yang besar dan masalah mengawal paras gula dalam darah. Ukuran pinggang yang besar...paling penting harus dijauhi. HAHA. Yang lain pun harus dielakkan juga.

Sindrom itu dianggap sebagai amaran awal diabetes dan sakit jantung serta boleh ditangani dengan mengamalkan gaya hidup sihat dan pengambilan ubat.
Bersenamlah anda sebelum anda disenamkan

Minggu ini (tak tahulah minggu bila ni), saintis melaporkan kadar kematian akibat sakit jantung di kalangan wanita muda berkemungkinan meningkat selepas menjunam mendadak selama beberapa dekad.
Doktor berkata, generasi wanita meletakkan kesihatan mereka dalam risiko dengan berterusan merokok, makan berlebihan dan tidak melakukan senaman. (hah, baca tu!)


Sakit jantung membunuh 105,000 orang di Britain setiap tahun dan 2.6 juta orang diketahui hidup dengan mengalami keadaan itu. Penyelidik Fakulti Perubatan Universiti Pittsburgh mendapati tempoh tidur turut ada kaitan dengan sakit jantung.

Dalam satu kajian lain pula, penyelidik di Fakulti Perubatan Warwick di Coventry didapati kekurangan tidur meningkatkan kemungkinan menjadi obes.
Kedua-dua kajian disiarkan dalam jurnal Sleep. Masalah kurang tidur memberi kesan kepada keseimbangan hormon yang mengawal selera dan berasa kenyang selepas makan.

Kesimpulannya rakan-rakan sekalian, tidurlah. Kalau korang tak nak jadi obes dan ada penyakit-penyakit yang mengerikan seperti di atas, tidurlah lebih sikit. Lebih afdal dalam 6/7/8 jam sehari.

JOM TIDUR!!!! Mana tahu, nanti ada prince charming yang handsome yang kejutkan korang......

haha.
Sia
pkan kerja dulu baru tidur okeh...zzz

Thursday, March 25, 2010

Bila Sakit Kepala Melanda Diri...dan cara mengharunginya


Kesakitan kepala itu tiba petang semalam semasa sedang tunggu bas di perhentian bas dalam kampus untuk pulang ke hostel. Tanpa disangka-sangka, sakit kepala itu berlarutan ke malam hari, di mana saya sepatutnya mengulangkaji untuk lab test esok harinya.

Saya yakin anda semua pasti pernah mengalami sakit kepala bukan..? Apa yang anda lakukan bila anda sakit kepala? Apa pula yang saya lakukan? Mari kita lihat jika apa yang saya lakukan dapat diaplikasikan dalam hidup anda juga.....bila anda sakit kepala..dan bila anda terlupa beli panadol.

1. Memicit-micit dan mengurut-urut kepala dengan tangan. Sangat nikmat rasanya. Lagi nikmat kalau ada orang yang tolong picitkan.

2. Berbaring dan bergolek-golek di atas katil umpama ikan yang baru lepas kena tangkap dan diletak dalam besen. Sambil picit-picit kepala lagi. Nak mengerang-ngerang pun boleh.

3. Mandi. Basahkan kepala. Picit-picit lagi kepala.

4. Sambung sesi mengerang di atas katil sambil picit-picit kepala.

5. Oh. lupa. Sapu minyak cap kapak di dahi sambil urut-urut.

6. Tengok program "Spontan" yang baru ambil dari kawan dengan harapan bila dah gelak macam orang gila nanti sakit kepala hilang. Sekejap je keberkesanannya. Sakit kepala balik lepas habis tengok.

7. Memandangkan esok ada lab test gagahi jua untuk baca buku sambil tangan tak lepas urut-urut kepala. Melihatkan kepada perkataan-perkataan AI yang agak "complicated" menambahkan sakit kepala.

8. Tak jadi baca buku. Kembali ke katil untuk melayan sakit.

9. Dah tak dapat tahan lagi. Pergi tanya kawan2 siapa ada panadol actifast. Orang yang ke-5 akhirnya ada panadol walaupun bukan actifast.

10. Makan panadol. Lega sikit. sakit beransur-ansur hilang.

11. Tidur.

Saya kena sakit kepala sebab cuaca sangat panas hari itu. Tak tahan. Malam itu memang sungguh menyeksakan. Kena sakit kepala pada masa yang kritikal untuk baca buku untuk lab test. Ditambah pula dengan tiba2 blackout. Apa lagi...Panas la. Gelap pun nak baca buku macam mana? Hebat betul dugaan.

Moral of the story: Sediakan payung sebelum hujan aka sediakan panadol sebelum sakit kepala.