Showing posts with label pilihan. Show all posts
Showing posts with label pilihan. Show all posts

Monday, June 27, 2011

Lagu-lagu pilihan

Dia rekomen peminat untuk dengar lagu-lagu ni:
  • Michael Bolton, How Am I Supposed to Live Without You
  • Donny Hathaway, A Song For You

Lagu Jepun yang dia suka:
  • Utada Hikaru, First Love

Lagu English yang dia pernah nyanyi (antaranya) :
  • James Ingram, Forever More
  • Bee Gees, How Deep Is Your Love
  • Richard Marx, Now and Forever

Persamaan lagu-lagu ni semua? Semua membuai jiwa. Semua lagu-lagu best (tapi lagu Donny Hathaway tu saya tak berapa minat sorry jagiya). Bila dengar lagu2 ni buat saya teringat dia. =) Onew, satu hari saya nak dengar u nyanyi lagu Michael Bolton tu please. Romantiknya lagu tu. Lirik dia sedih.. how am i supposed to live without you.. huhu... kalau Onew nyanyi penuh feeling dengan suara dia yang chocolate voice tu mesti awesome sangat! Onew nanti nyanyi ok ok ok! ;)



Saturday, May 28, 2011

Era Angry Birds

Pernah dengar nama Angry Birds? Apa perkara pertama yang terlintas di fikiran anda kalau dengar perkataan Angry Birds? Burung yang marah? Lebih kuranglah. Angry Birds ialah sebuah permainan yang asalnya boleh main kat gadget2 Apple je macam Ipad. Sekarang OS lain pun dah boleh main Angry Birds. Apa best sangat Angry Birds ni ha? Apa konsep game ni sebenarnya? Buat burung tu marah ke?



OK. kalau anda klik icon game Angry Birds tu ni perkara pertama yang anda akan nampak. Burung warna merah ni watak burung marah yang first sekali. Tengok semua burung-burung berkerut belaka. Marahla tu.



Ni watak-watak aAngry Birds yang ada. Merah, Biru, Kuning, Putih, Hitam. Yang hijau tu saya belum pernah jumpa lagi. (level satu pun tak habis lagi..so.. T.T ) Serius! Semua berkerut belaka! hahahahah! p/s: Saya tak suka burung warna biru. Lemah betul walaupun boleh ganda tiga. XD



Ini binatang-binatang yang nak kena lastik. Annoying okay kalau dia tak mati! Kalau kita dah lastik tapi tak kena dan dia tak mati nanti dia senyum dengan penuh annoying rasa nak masuk dalam game tu pergi lastik sendiri okayyyy grrr... 



Nilah lastik yang diguna untuk melastik binatang hijau annoying tersebut. Tarik lastik tu secukup rasa, then lepaskan sampai kena target.



Ni salah satu target. Kena bunuh benda hijau tu. Kadang2 tak kena sasaran, kena tembok/kayu/papan, burung tu leh sakit..nanti dia jatuh tanpa beri effect kepada benda hijau tu. Nanti benda hijau tu buat senyuman annoying dia.



Ni lagi satu contoh. Pandai2 la cari cara camne nak kasi si hijau tu mati ok. Macam susah je ni. Saya tak sampai lagi level ni.

Sekarang ni saya tengah stuck kat level 1, bhg 3, nombor berapa tah. 15 kot. Satu level ada banyak anak2 pulak tu. perghh mencabar betul. si hijau tu pulak semua kebal belaka. Geram. Setiap kalai main, saya akan bertukar jadi Angry Afiq. hahahahaha~ (serius)






Famous tau Angry Birds ni. Hari tu p jalan2 kat Mahkota Parade, saya nampak banyak patung2 Angry Birds kat kedai. Beg, aksesori telefon, keychain kot..dan macam2 lagi. Wahhh...hebat kau Angry Birds! Si hijau tu pun ada gak! hahahaha... kagum kejap. Susah nak percaya. hikhik..tak tau bila nak sambung main sebab asyik tak mati je lastik si hijau tu. *geram*

Selamat ber"Angry Birds!!"

pic:Google

Monday, January 17, 2011

Cendol Dengkil

Saya suka makan cendol. Lebih-lebih lagi kalau cendol tu ada taruk jagung dan kacang merah besar tu (tak tahu nama spesifik). Kalau ada jagung la paling best. Baru-baru ni Abah bawak kami makan cendol di Dengkil. Dengar je perkataan cendol terus teruja. Dah lama tak makan cendol. *kalau Abah baca ni mesti saya kena perli punya hahahahaha*


Komen semasa makan cendol: Sedapnya..nyum nyum slurrrpppp..mmmm....nyummm

Komen lepas habis makan cendol: Aik, dah habis dah? Ala....












Nilah cendol yang sedap tu..
Tak tahu macam mana nak tangkap
 gambar supaya nampak menggiurkan. XD










































Isi dalam cendol yang mmmmmmm....






















Ni pulak rojak yang Mak order. Rasa kuahnya boleh diperbaiki lagi. Teruskan usaha anda. Habis jugak.


































Tengok, kejap je dah licin! Nak lagi  tiga semangkuk boleh??


































OK, nilah tempatnya. Ada banner Cendol Dengkil kat situ. Apa lagi, cepat serbu!!!

Monday, January 10, 2011

Yummy Cheese Tarts *gambar*

Mak saya buat cheese tart ni masa cuti semester saya yang sekejap tu. 





Sedap sangat. 





Amat sedap.  





Terbaik!






Min Ho, nak jugak ke? hihihi..




Resepi tidak disertakan.

Monday, December 13, 2010

Ayam BBQ segera yang sedap

Biasanya saya selalu beli ayam salut tepung jenama Ayamas. Memang biasa beli tulah. Asal nak beli ayam je mesti ayam tu. Tak pernah fikir nak beli ayam jenama lain. Sehinggalah suatu hari kawan saya yang bernama Daia dengan terujanya mencadangkan ayam jenama lain pulak. Jenama 5 bintang. Siap ada perisa lagi. Perisa BBQ! Macam orang mengantuk disorongkan kereta sorong bantal perasaannya bila dengar Daia cerita tentang hebatnya rasa ayam tu. 



Sebenarnya kalau dah setiap kali asyik makan ayam sama je boring jugak. Jadi dah ada ayam yang lain sikit dari biasa boleh cuba kan... lebih-lebih lagi bila ada orang kata sedap. Meyakinkan pulak tu cara kawanku itu promot! Memang macam sedap je bunyiknya. hehe. Jadi, saya pun mengambil keputusan untuk cuba. Harganya lagi murah dari ayam yang biasa saya beli..lagilah saya suka! ho ho ho!


ayam jenama 5 bintang -5 star- Perisa BBQ yang marvelous! 
*gambar-Google*




Kalau goreng baunya sedap habis! Menusuk hidung semua orang berhampiran. Semua orang tergoda. Rasanya pun memang sedap. Serius! Tapi saiznya kecik sikit la. Dengan nafsu terkawal saya makan 2 ketul sekali makan. Kalau nafsu tak terkawal tak tahulah berapa ketul boleh baham haha!



Cepat pergi rasa sekarang!

Sunday, November 14, 2010

Rumah Manis Rumah

Breakfast di Melaka Central pagi tadi makan roti sardin dengan air susu kotak. Bolehlah buat isi perut. Mula-mula ingat nak makan burger baru McD tapi fikir-fikir balik baik beli roti sardin tu je. Murah sikit. Wahh..lebih prefer roti murah dari McD! Nafsu makan pagi-pagi tak kuat sangat kot. 

Sampai-sampai rumah je perut lapar sangat. Perut macam tahu-tahu je dah sampai rumah di mana terletaknya makanan sedap-sedap. Masa tu dah pukul 12 lebih. Masa untuk makan tengah hari. Hohoho! Jumpa Mak, Mak pulak cakap ni:

"Barang-barang nak masak dah siap. Tinggal tunggu nak masak je!"Kata Mak. Oh..Mak! Anakmu baru pulang, baru melangkah dua, tiga langkah masuk rumahku syurgaku Mak berkata demikian? T_T


Lepas salam-salam Mak dan Abah, saya naik atas tukar baju sambil mental bersedia untuk masak. Lepas tu masuk ruang makan. Tengok makanan tengah hari dah siap. Aik? Mak ni saja nak bergurau senda dengan Angah ke? =_=!

Gambar makanan tengah hari takde sebab nafsu makan lebih banyak dari nafsu ambil gambar. Ni gambar makan malam..


 masak asam ikan kembung. SEDAP SANGAT. AMAT.




Sayur kacang+kentang+santan+tahu. AMAT SEDAP JUGA.






Semua sedap saya tambah nasi tiga kali. Ke empat kali eh? Inilah masanya untuk makan banyak. Oh YEAHHH~~

Thursday, November 11, 2010

Who wants to be a villionaire?

Untuk mengurangkan stress di otak, lepas tengok trailer Disney's Rapunzel yang sungguh tempting untuk ditonton, dan lepas merayau-rayau lama dalam laman web Disney Channel, tiba-tiba ternampak ruangan Games. Hoho. Dah lama tak main game kat website Disney. Best-best jugak game2 dia. Setelah berkurun berfikir-fikir, game yang terpilih petang ini ialah...........!


Who wants to be a VILLIONAIRE... tajuk game memang LOL.


Host pada petang ini ialah Evil Stepmother..huh! Kenal tak siapa ni? Ini Mak Tiri Snow White yang merasakan dirinya paling cantik di dunia.



Apa-apa hal, kena baca cara nak main dulu. Tengok! Ada talian hayat! 


Dah nak mula..nervous...nervous! Harap2 ilmu tentang snow white cukup di dada..Dah lama tak study buku Snow White ni.


Soalan pertama. Senang je...tau tak jawapannya? Tak tau? Aihhh...


Adakah jawapan anda muktamad? *teringat jalaludin hasan..hohoho*


Soalan susah smpai nak mati? XD




Soalan ni susah. Tak dapat jawab, jadi guna talian hayat. Ask audience, tapi tak nampak mana audience punya jawapan. Bila dah post kat sini baru perasan jawapan kat mana.Tengok kiri tengok kanan takde pun audience bagi jawapan. Dah lah nak kejar masa. Tiga-tiga talian hayat habis guna kat sini. TT_TT


Tapi I survived..hehe. tengok! Soalan terakhir!




I AM A VILLIONAIRE!!! Woohooo!!!!!!!


Nampak macam best tak? Best kan? Nak main jugak? Ha..mainlah..bukak laman web ni okeyy http://home.disney.com.my/games/


Monday, November 08, 2010

Something's on my throat!


So that's why my sore throat takes a long time to be cleared! 

http://www.veryfunnycartoons.com/

Monday, September 06, 2010

Aneka Juadah Berbuka

Di Mana? Puri Pujangga, UKM, Bangi.
Bila? 5 Sept 2010.
Pukul berapa? Waktu berbuka.
Dengan siapa? kakakku Along dan adekku Adam.




~Sebelum berbuka~



Melangkah masuk dalam Puri Pujangga, inilah pemandangannya.


Bukti saya makan kat sini haha!



Pemandangan dari meja kami ;)





~Berbuka fasa 1~


Roti bom dengan kuah kari yang enak!



Laici tanpa buahnya



Tiga jenis kuih-muih; yang tahu nama hanya cekodok pisang. Yang belakang dia tu pisang celup gula kot dan sebelahnya memang tak tahu apa.



Pergh... cendol ini memang terbaikkkk! Sedap...mmmm...



Aneka makanan bergoreng. Char Kuey Tiow memang sedap habisssss!! Yang lagi dua...menyesal ambik haha! Tapi tetap habis okayyy.






~Selingan~

OK. Mari perkenalkan ahli-ahli meja makan...


Peace! Ini saya.



Yang baju biru: Adam, yang baju coklat; Along. Muka sabar tunggu berbuka wee~






~sambung berbuka fasa 1~


Inilah pemandangannya kalau anda di tempat saya. =)



Sup sayur yang disangka sup cendawan. Along ambik. Lagi sedap sup cendawan. harharhar..


Ni kuih-muih Adam ambik. Tengoklah sendiri apa yang ado.



Air asam boi milik Along





~Berbuka fasa 2~


Nasi dua sudu dengan lauk pauk dua tiga ketul serba satu.



pemanis mulut: puding dan koktel. memang manis.




Kesimpulan: Berbuka di situ memang best. Banyak makanan. Sedap. Walaupun ada jugak beberapa yang tak berapa sedap. Tukang masaknya pun puasa kan...tapi tak bermakna makanan yang sedap tu dimasak oleh tukang masak yang tak puasa. Tak kisahlah!
Keseluruhannya best. BEST.
Terima kasih Abah!


oh. Hari ni berbuka di rumah. Ketua chef: Mak, pembantu chef: saya. Menunya bubur lambuk makan dengan kicap n ikan bilis (TT_TT bestnye), air sirap bandung, nasi lauk ikan dowry goreng, tempe goreng masam manis, masak lemak lada api udang + rebung. Terbaik. ;)

Saturday, July 17, 2010

Hero Dengan Kuasa Hebat

Cakap pasal hero, tiba-tiba teringat dulu suka tengok anime-anime dan program-program Jepun kat TV yang ceritanya berkisarkan lawan-lawan. Hero tugasnya ialah menyelamatkan dunia dari kejahatan atau kuasa kegelapan. Best, best. Hero dia mesti ada kuasa-kuasa hebat. Boleh keluar api dari tangan ke, boleh terbang ke, boleh tukar baju tiba-tiba, dan macam-macam yang manusia biasa tak boleh buat. Bak kata Pakcik spiderman; With Great Power, Comes Great Responsibility.


Lepas balik sekolah agama, mesti tengok ni:

Dengan kuasa bulan, akan menghukummu!

Part paling unik ialah part dia tukar baju tu hikhik. Boleh pulak masa tengah genting nak lawan musuh kena tukar uniform dulu. Kalau tak tukar uniform tak ada kuasa agaknya. Kuasa-kuasa diorang semua best-best. Ada api, air, kilat em....yang Sailormoon tu kuasa bulan? Bulan boleh buat apa ye?





Gensomaden Saiyuki sangat cool

Cerita ni sangat best. Ye, mereka semua ada kuasa-kuasa hebat. Jangan main-main dengan Goku nanti dia jadi monyet ganas.





Kad pun ada yang jahat yang nak kena tangkap tau...

Baju-baju sakura semua comel-comel dan unik...haha. Sakura tak ada kuasa pun, tapi dia guna kuasa-kuasa dari kad-kad yang dia dah tangkap.






Mana satu atok ultraman, nenek ultraman, ayah ultraman, abang ultraman?







Masked Rider.

Bergaya. Lebih-lebih lagi bila dia naik motor dia dengan stail. Betul kan, dia naik motor?







Go go power rangers!
Ok, ni bukan dari Jepun



Ingat lagi, kawan power rangers; Alpha?




Crook power rangers boleh membesar jadi raksasa. Jadi mereka nak kena bergabung tenaga jadi robot besar ni. Dengan power-power rangers semua nak kena masuk dalam robot ni. Tak boleh dikawal guna remote control.





Ini antara program-program hero kesukaan. Ada banyak lagi sebenarnya. Tak larat nak sambung taip. haha. Badanku masih terasa lemah kesan malam semalam =_=!