Friday, February 19, 2010

AHAD...sila datang dengan gaya siput bergerak takpun penyu

HAHA! Saya tak jadi pulang ke hostel pada esok! SANGAT GEMBIRA!!!!!


Kenapa tak jadi? Sebabnya dihuraikan seperti di bawah.

Saya sedang berada di dapur untuk mengerjakan(baca memasak) sayur campur untuk makan malam. Mula menyediakan bahan2 untuk lauk itu lebih kurang dalam jam 530 petang, lepas tu basuh semua, potong2 dan masukkan dalam kuali untuk digoreng kira2 dalam jam 6 petang. Fuh, setengah jam diambil untuk menyediakan barang2. Potong sayur terkedek2 satu sayur macam 10 minit. Huh. (durasi kelembapan saya memasak tiada kena mengena dengan sebab saya pulang Ahad. Ini ialah intro sahaja)

IKLAN: Abah baru sahaja memberikan kipas untuk laptop yang baru beli kepadaku! Hohoho~Baru2 ni macam tergerak hati nak beli..tapi memandangkan Abah dah bagi jadi selamatlah duitku! TERIMA KASIH ABAH! Terfikir tiba2....Adakah ini termasuk dalam pelaburan pelajaran..?


Kembali ke tajuk, masa saya tengah mengacau sayur dalam kuali, Abah yang baru pulang dari kerja masuk ke dapur lalu memanggil namaku. Ingatkan Abah nak tanya apa-aktivitiku-di-rumah-pada-hari-ini berdasarkan nada suaranya tapi soalan yang keluar adalah:

"Kalau balik Melaka Ahad pagi boleh??"

Tanpa berfikir panjang, saya terus menjawab, "BOLEH!!!!!!!!!!"


Sangat sangat boleh saya sungguh gembira Abah bertanya soalan itu!


Jadi saya akan hanya kembali ke Melaka Bandar Bersejarah, Melaka Bandar Warisan Dunia pada hari Ahad. Yay! Pengumuman kepada hari Ahad sekali lagi, sila datang dengan gaya siput bergerak takpun penyu. Sekian terima kasih.

Oh ya..dialog Abah di atas adalah sinonim dengan apa yang diucapkan oleh beliau. Saya tak ingat sebijik2 apa yang diucapkan. Sekian

3 comments:

  1. pasti abah mau anta sambil g shopink d melaka...hahaah

    Khaizarien @ atie Blog

    ReplyDelete
  2. pkcik, sile la htr si afiq ni balik hostel seawal yg mungkin
    hoho

    ReplyDelete
  3. atie: haha...tidak mungkin
    fajar: KO JELES!!!

    ReplyDelete

Do you have something to say?