Thursday, February 25, 2010

Duit duit! Saya sayang duit!

Kebelakangan ni, rasa macam banyak pulak nak pakai duit. Minggu depan nak kena bayar deposit rumah sewa RM300, lepas tu baju uniform silat RM85.

Mulai sem 5, pelajar2 UTeM (termasuk saya) nak kena duduk kat luar, boleh nak mintak duduk hostel tapi keutamaan diberikan kepada pelajar2 tahun 1 dan 2. Kalau nak mintak pun, tak pasti akan dapat ke tidak. Jadi, sebagai langkah keselamatan, kenalah cari rumah untuk disewa(awal-awal). Yelah, takut nanti bila naik sem je hostel tak dapat, rumah tak sewa, nak duduk mana pulak nanti.

Baju uniform silat...ohh...bilalah saya nak merasa pakai sendiri punya baju. Masa wajadiri haritu, pinjam baju senior. Punyalah besar, macam baju kurung! Macam skirt pun ada. Ingatkan saiz 'M' baju uniform tu sama macam saiz 'M' T-shirt yang biasa saya beli. Rupa2nya sangkaan saya meleset. Macam saiz 'L' je besarnya. Jadi, keinginan untuk beli baju yang ikut saiz badanku pun timbul iaitu saiz 'S'. Rasa meluap2 untuk pakai uniform silat pun makin membara sebab dah dua sem saya tamat. Dua sem ini jugalah saya datang latihan silat pakai baju biasa macam ahli2 lain. Tak nampak macam dah tamat je. Tak best la macam tu kan...(rasa nak tunjuk gambar diriku pakai baju uniform silat yang panjang itu tapi tak jadi sebab menampakkan ke"rendah"an diriku)

Cakap pasal uniform ni, teringat pulak dekat labcoat Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi(FTMK) yang dah EMPAT SEM tak dapat2 lagi. Budak2 junior tahun 1 pun dah dapat dah labcoat mereka. Ni budak yang dah tunggu DUA TAHUN tak dapat lagi...? Saya mintak mereka (AJK FTMK) betulkan nama saya sikit je dekat labcoat tu. Itupun tak boleh buat ke..? Siapa suruh salah eja nama orang. Saya dah tulis betul2 kat kertas tu: Siti Noor Afiq. Yang mereka pergi jahit:Siti Nur Afiq. Walaupun orang cakap "sama je pun....salah sikit je..." tapi itu bukan nama saya! Saya tidak suka orang salah eja nama saya!

Dah banyak kali pergi jumpa AJK FTMK (sampai dah bertukar organisasi)..sampai sekarang tak dapat2 lagi. Apa ni...? RM60 tu duit jugak! Boleh beli makanan untuk seminggu! Tak puas hati betul. "Buat kerja tak semenggah" bak kata Abahku. Huu....tolonglah bagi labcoatku cepat. Rasa malas nak ambil pun ada sebab lambat sangat. Tapi memandangkan RM60 telah dibayar, saya masih setia menanti.


p:s: Malam tadi pergi latihan silat. Partnerku telah meninggalkan kesan kesakitan di tangan kananku..haha...dah lama tak turun training. Peluh dengan hebat. Jumpa trainers yang dah lama tak jumpa. Dan jumpa senior yang bolehla dah lama tak jumpa. Excited pulak. hahaha

2 comments:

Do you have something to say?