Tuesday, February 23, 2010

Pakcik bas buat drift!

Kelmarin tak dapat tidur lena sebab ada orang di kejiranan main mercun, sangat kuat bunyinya dan mengganggu otakku untuk set minda supaya tidur. Dah la main lama, sakit telinga, jiwa dan ragaku mendengarnya. Tak faham kenapa ada orang yang tak faham waktu malam orang nak tidur, tak payah la bising2.Tak tahulah pukul berapa dapat tidur, yang pasti, pagi esoknya bangun-bangun je kepala sakit sebab tak cukup tidur. Ni yang tak suka ni. Menderita nak tahan sakit kepala masa duduk dalam kelas dengar lecture. Adoihh....sangat tidak best perasaan itu. Nasib baik Liza dan Ayuni ada bawak ubat yang dapat tolong tahan sakit. Masa tu fikir katil je.. dan tak sabar nak balik untuk baring-baring atas katil. Masa gap antara kelas, sempat pergi beli panadol actifast kat KOOP. Adalah kurang sikit lepas tu. Tapi tak lama pun kesan ubat tu. Petang datang balik sakit kepala...wuahhh... Tak suka!!

Cara saya kalau sakit kepala ialah makan panadol actifast, tidur 2 jam insyaAllah elok lepas tu. Tapi memandangkan sakit kepala tiba waktu kelas, jadi tak dapat nak diaplikasikan. Menderita!!

Ok..tu cerita semalam. Pagi tadi pergi kelas naik bas macam biasa. Pakcik bas ialah ialah pakcik yang suka dengar lagu dangdut, oleh itu dia digelar "pakcik dangdut". Masa bas tengah lalu roundabout MITC, tiba2 pakcik dangdut telah melakukan aksi "drift". heheh. Takde lah. Pakcik dangdut telah membrek dengan amat hebat dan mengejut. Kami semua telah melantun ke depan nasib baik kasutku ada tapak getah yang kuat untuk menahan diri dari jatuh tergolek. (Kasut mahal tu...ngeh3....mahal dan berkualiti..TERIMA KASIH ABAH!)

Anyway, Kenapa pakcik tiba2 je nak buat begitu? Rupa2nya telah berlaku kemalangan. Pakcik dangdut telah melanggar sebuah kereta. Kemik teruk bahagian kanan kereta itu. Pada pandanganku, yang bersalah ialah kereta itu, melihatkan kepada posisi bas waktu itu dan kesan kemik kereta itu. Saya rasa kereta itu telah makan jalan bas dengan gelojoh, pakcik bas nak masuk simpang, tak muat dan tak sempat nak elak kereta itu. jadi, muncung bas pun cium la kereta itu. Tapi tak tahulah kan kisah sebenar macam mana. Saya hanya meneka sahaja. Masa kejadian berlaku, saya sedang berangan dan mengelamun..hahaha..


Jadi, nasihat saya, janganlah berangan dengan hebat sangat masa jadi penumpang dalam bas. Karang tak sempat nak menggunakan kelebihan yang ada pada kasut anda untuk menahan badan daripada jatuh. Nasib baik saya sempat bangun dari lamunan. >_<

Selain itu, berhati2 lah semasa memandu. Jangan makan jalan orang. Makan jalan sendiri sudah. Tak elok tamak. Orang tamak selalu rugi hehe. Oh...nasib baik tak jadi apa2 kemalangan tadi. Tak ada kemalangan jiwa pun. Muncung bas adalah pecah sikit sebab cium kereta tu. Kami semua selamat, just terkejut je.

p/s: saya nak melayari internet di hostel!
p/s/s: Apa pakcik dangdut nak jawab ye kepada dekan pasal kemalangan itu??

5 comments:

  1. Agak-agak pakcik tuhh terlebih dangdut kut..hehe..updated blogger terhebat

    ReplyDelete
  2. skrg musim panas kot..sbb tu slalu skt kepala.. :)

    ReplyDelete
  3. jai:hahahaha... x_X
    equiriz: betul gak...memang panas skrg ni.mlm2 pun panas =)

    ReplyDelete
  4. naseb ada ksot yg tapak nya kuliti tinggi..
    kalau tak mau dh guling2 kt dlm bas tu kn..
    huhuhu..
    sabo je la..

    ReplyDelete
  5. betul3!!! Pakcik tu pun bukan nak warning dulu kalo nak drift pun haha

    ReplyDelete

Do you have something to say?