Wednesday, February 17, 2010

Explorace Review

Ya, saya masuk Explorace!!! Anda tengok tak kat TV? Muka saya masuk TV haritu..tengok tak..? (Ada ke lagi tayang Explorace kat TV3???? ntahla saya dah lama tak tengok TV=b)

Saya masuk Explorace yang bukan TV3 punya, tapi anjuran Kolej Kediaman UTeM Murni/D'Apartment. (Kalau saya masuk yang TV3 punya mesti muka saya dah dikenali satu Malaysia sebab masuk TV...haha...as if! Perasan je lebih). Walaupun hanya kolej kediaman yang anjurkan, tapi cabarannya hebat jugalah (saya pasti TV3 punya lebih hebat). Dah lama dah sebenarnya event di berlangsung, bulan lepas kot, tapi memandangkan saya baru berjaya mendapatkan gambar2nya, jadi saya baru boleh bercerita tentangnya pada hari ini. (alasan...!Sebenarnya boleh cerita minggu2 lepas, tapi hm...oleh kerana hostelku internetnya guna hotspot. jadi saya terpaksa berjimat cermat).

Team explorace saya terdiri daripada saya, Ija dan Kak Ira. Ija sebenarnya ialah team-mate yang di"rekrut" last minit oleh kerana ada konflik yang berlaku last2 minit. Puas jugalah kami mencari "pemai
n gantian". Nasib baik Ija sudi jadi sebahagian daripada team ini, sebab kalau tak tak cukup member, tak dpt join =(



Ada 10 obstacles yang kami kena harungi(kalau tak silapnya la). Clue2 yang diberikan semuanya dalam bentuk pantun.(lepas saya dah balik hostel baru saya tahu housemate saya, Diana yang tulis pantun tu..ceh D
iana! Menyesal aku tak nyebok2 kat bilik ko masa ko tgh tulis pantun =b)

Ni antara obstacles yang kami kena tempuhi, harungi, lalui dengan penuh ketabahan, kesabaran, kepayahan dan macam2:

1. Cabaran pertama, kena tiup belon sampai pecah. Ija yang buat ni. Punyalah tebal belon tu, dah cucuk2 dengan kuku pun tak mau meletop...haihh..

2. Makan epal yang digantung kat tiang kat taman permainan tanpa guna tangan. Mencabar betul. Ni saya volunteer untuk buat. Punya susah. Epal tu asik lari2 je. Mesti buruk giler muke time nih. Kemudian,
kak ira pun datang membantu. Kami makan berdua. Sebelum ada adegan yang "uweks"(adakah anda tau apa..?), saya buat keputusan untuk suruh kak ira makan kat belakang saya.

3. kat Petronas, kami kena makan tomato + lada hijau besar. Makan tomato okayyy lagi tapi lada....! Punyalah selama ni saya mengelakkan diri daripada makan lada itu. Pedas tau tak...? Nasib baik tak
pedas sangat yang macam kat rumah. Kalau tak keluar api kot dari mulut.huu

4. Cabaran paling mencabar ialah pendakian Bukit Beruang yang tidak d
isangka2 ada dalam Explorace ni. Mula2 ingatkan pit stop tu kat kaki bukit Beruang je, tapi mestilah "kusangka panas sampai ke petang, rupa2 nya hujan di tangah hari"....ada kena mengena tak...? Si penjaga pit stop di kaki bukit tu dengan muka "innocent"nya suh kitorang naik atas dulu. Walaweh!!!! Kami dah berlari+berjalan+berjoging sebanyak +-5km (kot) keliling kawasan Taman Bukit Beruang tu dan kaki pun dah penat+sakit dan sekarang kena panjat bukit pulak...? Biar betul..? Ya Allah....hanya Engkau sajalah yang tahu betapa tersiksanya aku memanjat bukit itu yang curamnya boleh tahan jugalah. Rasa nak give up pun ada. Nasib baik team mates ku supportive (Kak Ira paling semangat). Pendakian itu sungguh lama kurasakan.

Ni gambar2 courtesy of photographer explorace, and Tq to Fiqa dan Ija.

Depan Tokong Cina. Tengah tunggu mamat depan itu bagi chopstick

Mengapakah Ija membuat muka begitu..?

inilah tugasannya, kena bawak kacang guna chopstik ke tempat dituju...gigil juga tanganku


ni muka lepas turun bukit beruang dan lepas kena nyanyi lagu patriotik. Masih Boleh tersenyum. Yeah!! (tudungku dah terpeleot)

Kena balut Kak Ira jadi mumia..guna tisu yang sungguh senang terkoyak..haihhh..tisu..tak boleh tolong kitorang sikit ke..? (Ija tarik ada gaya macam buat teh tarik)

Masih membalut Kak Ira. Kenapa gambarku asik gambar belakang je..? huhuhuu


semua peserta dengan mock cheque masing2 lepas penyampaian hadiah..nampak tak saya dgn kak ira kat depan tu..? Ija tak de, kena pergi SUKSIS..


Adakah anda tertanya2 team saya dapat nombor berapa? Adakah? Okay la saya bagitau..



Team saya.........





Saya, kak ira dan Ija....



setelah mengharungi hari yang hebat.....




MENJUARAI EXPLORACE ITU!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Sila tepuk..ya..terima kasih2...



Tak sangka betul..kami menang..! Wah..Macam mimpi je sebab saingan amat sengit antara 2 kumpulan yang mendahului. Akhirnya memihak kepada kami. Sangat GEMBIRA!!


Walaubagaimanapun...walaupun mock cheque berharga RM200 tu dah lama dah dalam simpanan IJa(Ija turn aku pulak tidur dgn cheque tu!!!!)....duitnya belum lagi diterima. Bila nak bagi? Dah lama tunggu. Ramai orang dah meminta untuk dibelanja( aiskrim 20 sen atau gula2 boleh la ea..?)


Seronok join aktiviti2 camni. Harap2 byk lagi aktiviti camni kolej buat. leh saya join. takde la boring sangat duk je waktu cuti. =)

2 comments:

Do you have something to say?