Thursday, February 18, 2010

Mari masak memasak!!

Cuti raya Cina dah habis..jadi hari ini...
Abah kerja..
Mak kerja..
Along kerja...
Adam kerja..
Min sekolah...


Saya tinggal sendirian di rumah, menikmati cuti semester yang "disayangi". heh.

Jawabnya bila dah tinggal sorang-sorang kat rumah, makan pun sendirian berhad la..
Awal pagi tadi dalam pukul 8...dah plan baik punya..
Keluarkan daging dari peti sejuk..taruk air bagi daging nyahbeku...
Teringin nak makan daging masak sambal...hmmm...sedapnya..

Bila jam menunjukkan pukul 11, saya pun siap2 nak masak sambal
daging yang diidam-idamkan.
Saya pun buka lah penutup tupperware daging itu untuk mengambil da
ging untuk dipotong-potong jadi dadu atau keping-kepingan.
Alangkah hampa dan terkejutnya saya apabila menyedari daging itu "bukan daging". Sebenarnya saya telah mengeluarkan tupperware berisi tulang untuk dibuat sup tulang atau stew atau apa2...tapi bukan daging untuk dibuat sambal. Huahhh~~!! KECEWANYA!!!


Setelah berfikir-fikir, tak sempat nak keluarkan lauk lain dari peti ais sebab perut dah lapar, lalu saya pun buat keputusan untuk memasak nasi goreng sahaja. Nasi goreng yang mudah, cepat tapi lazat tak tahu
lagi.

Jom masak-masak! (Dah lama tak masak nasi goreng ntah sedap ke tak..huhu)



Mula-mula kita tumbuk-tumbuk ikan bilis dengan bawang putih kasi hancur sikit


Kacau...jangan bagi hangus!




Masukkan sambal sepedas mana anda mahu



Kacauuuuuu lagi..biar semua dapat warna..jangan lupa letak garam





DAH SIAP!!!!
Inilah makanan tengah hari saya. Lebih afdal dimakan bersama air teh ais limau di sisi.

Ice lemon tea tu letak ais lebih. Panasnya cuaca..minum air sejuk sedap sikit. Hehe..




Yum....dah boleh makan!

2 comments:

Do you have something to say?