Saturday, February 27, 2010

Saya pergi kampus hari Sabtu!!

Hari ini saya menghabiskan separuh hari di kampus tercinta. Wah!! Tercinta, sebab sampai hari Sabtu pun sanggup datang kampus menggadaikan hari cuti yang seronok untuk rehat-rehat, baring-baring atas katil, study (mesti sebut study....study jangan dilupakan..).

Ada apa di kampus sibuk-sibuk nak datang hari Sabtu? Saya merupakan salah seorang peserta UTeM Cisco Skill Based Competition. Pertandingan untuk menguji sejauh mana pengetahuan anda tentang dunia rangkaian komputer atau dalam Englishnya " computer networking". Ini kali pertama saya menyertai pertandingan ini. Saya akui, saya tidaklah hebat mana jawab kuiz-kuiz Cisco Certified Networking Academy(CCNA) dan configuration router pun masih nak kena rujuk buku. Tujuan saya menyertai pertandingan ini ialah untuk mendapatkan pengalaman, nak memeriahkan suasana dan melihat sejauh mana hebatnya diriku dalam CCNA. Fuhhh~~

Sesi pertama kena jawab ujian teori 35 soalan. Soalan-soalannya kira boleh dijawab la berbanding dengan soalan-soalan CCNA. CCNA susah woo~~. Saya paling suka jawab soalan ip address walaupun mempunyai sejarah sangat tidak menyukai soalan ip address dulu. Tak pernah nak ingat macam mana nak buat subnet la..apa la(ni dulu okayyy). Sekarang saya suka tengok soalan ip address sebab dah agak faham. Pelajar-pelajar network tak boleh tak suka ip address. Balik-balik nanti jumpa balik. Kena kawan baik dengan ip address..heheee. Untuk kemudahan di masa depan...


Lepas keputusan senarai nama peserta Top30yang dapat masuk "configure router" ditampal di papan kenyataan, saya sungguh tidak menyangka nama saya antara top30 itu. Saya ingat saya sekadar dapat "packet tracer" je. Saya sungguh berharap dapat masuk kategori "packet tracer". Saya tahu saya tak hebat pun nak configure router betul-betul punya. Tak jangka langsung pun dapat masuk "configure router". Macam takut pun ada. *Oh bagi yang blur apa yang saya cakap ni, sesi configure router tu ialah kita kena configure router yang sebenar. packet tracer tu pulak simulator untuk configure network devices (termasuk router, switch dll). kita belajar istilah2 network sikit hari ni =)*

Kami semua dibahagikan secara rawak kepada kumpulan dengan 3 orang satu kumpulan. Kumpulan saya: Hazwani & Yusuf. Senior yang lebih hebat dariku. Dapat soalan, kami bahagi-bahagi tugas. Saya terus menawarkan diri untuk buat ip address. Wani buat cabling, Yusuf buat configuration. Lepas dah siap buat ip, saya pergi tolong Wani buat cabling. Dah lama tak buat straight-through cable. Nak ketip wayar jadi sama panjang pun berzaman nak siapkan. Haihhh....Masa tamat. Tak siap. Tak pelah...dah berusaha.


Walaupun tak dapat hadiah apa2 pun untuk dibawa pulang, tapi pengalaman menyertai UCSBC ini memang menyeronokkan. Dapat belajar benda baru, dapat "refresh" perkara2 yang dah lama tak di"refresh"...dapat makan free..hehehehe..Tak sia2 datang kampus hari Sabtu. Tak apalah tak dapat baju free pun...yang penting dapat pengalaman yang sungguh berharga. UCSBC BEST!!!



p:s: Teruja untuk masuk UCSBC yang tahun depan punya..hehe.

2 comments:

  1. mmm..agak blur bila anda sebut istilah2 networking tu..mm..still blurr

    ReplyDelete
  2. berminat ke nak tahu..? hehe..boleh diajar. t saya buat satu post pasal networking pulak..haha (kalau rajin)

    ReplyDelete

Do you have something to say?