Sunday, February 07, 2010

Ulasan Kursus Asas Blog

Sabtu lepas (semalam), saya dan beberapa kawan2 menyertai Kursus Asas Blog yang bertempat di Makmal Eksekutif FTMK.

Mula2 saya fikir, "Buat apa aku nak pergi kursus ni..aku dah ada blog." Bagi diriku yang dah ada 4 blog, mungkin kursus ni sekadar "refresh" sahaja. Yelah, dah nama pun kursus "asas". Mestilah untuk orang-orang yang baru nak berkecimpung dalam dunia blog ni kan. Kami diajar cara-cara nak buat akaun untuk blog, cara tukar background, cara post dan macam-macam perkara asas. Perkara-perkara ini dah biasa bagi saya, yang sudah ada 4 blog. Campur dengan 1 blog baru buat masa kursus semalam, jadi saya ada LIMA blog. Fuh. Hebat tu. Ada tak orang lain yang ada blog lebih banyak dari ni....? boleh bagitau? =)

Sesi yang menarik minat saya ialah bila Dr Burairah beritahu macam mana nak tingkatkan pengunjung ke blog dan macam mana nak buat duit dari blog. Akhirnya ada pun benda baru yang saya dapat belajar. Saya akan cuba aplikasikan apa yang saya pelajari.

Ini blog yang saya buat semalam. Saya akan cuba untuk update semua blog. =)
Check it out!

No comments:

Post a Comment

Do you have something to say?