Thursday, February 11, 2010

Yang Mana Satu...?edited. =)

Assalamualaikum wbt.


Di tengah hari yang agak panas tapi seronok (sebab kelas cancelled) ini, saya nak tulis pasal membuat pilihan. Bukan pilih calon suami ataupun calon
isteri ataupun calon pilihanraya atau apa2 tapi tentang membuat pilihan@ keputusan yang betul dan bertepatan dengan situasi. Hm..mungkin pilihan2 di atas pun boleh diaplikasi tapi saya tak mahu cakap tentang itu (saya tak nak pilih calon suami dan pilihanraya UTeM sudah berlalu).


Biasalah, dalam hidup ni, kita memang selalu kena buat berma
cam-macam pilihan. Nak pilih lauk apa nak makan, nak pilih bas mana nak naik, nak pilih ahli kumpulan untuk projek, nak pilih tajuk untuk projek, nak pilih meja mana nak duduk untuk makan dan macam2. Yang pasti, kita mesti nak buat pilihan yang terbaik untuk kita betul tak? Macam kalau kita nak beli baju. Mesti kita pilih baju yang kita suka, kan..? (Mungkin ada juga orang yang baju dia orang lain yang pilihkan...sebab baju yang dia pilih tak cantik. =/)


Yang paling penting, semasa kita membuat sesuatu pilihan, kita kena ingat, apa kesan yang akan terhasil daripada pilihan yang kita buat.

CONTOH: Hari ini Hari Khamis. Ada latihan silat. Tapi esok ade kuiz pulak.

Pilihan 1: Tak pergi silat: Kalau saya tak pergi silat, saya dapat menumpukan kepada baca buku dan buat persediaan untuk kuiz etc. Lagipun Bukan ada event besar pun. Just training macam biasa. Tak datang sekali sekala apa salahnya. Bukan saja2 tak datang.
Pilihan 2: Pergi Silat. Semangat ni! Lepas balik silat boleh study. Tapi balik mesti lambat punya. Letih pun ada. Boleh ke otak berfungsi? Bisanya lepas silat, terus mandi, solat tidur.

Jadi, Saya akan pilih pilihan pertama.

Cakap pasal silat, dah beberapa kali saya ponteng. Minta maaf kawan2, saya mempunyai sedikit konflik dalaman. Huhu. S
aya akan cuba untuk merawatnya. Oh ya, malam ni ada majlis ijazah untuk pengambilan ahli baru, ijazah potong dan tamat. Tahniah kepada korang semua!! Berjaya juga korang sampai ke tahap itu.



Teruskan Usaha!!!

Berbalik kepada tajuk, Selain dari mengambil kira tentang kesan, kita juga perlu ambil kira tentang persekitaran dan orang sekeliling.

CONTOH
Ada 1 kuih karipap dan 1 kuih koci kat atas meja. Anda dah makan 3 kuih karipap dan 5 kuih koci(contoh....). Tapi anda nak makan lagi kuih koci tu sebab sedap. Mak anda dah bagitau tu kuih koci Adik anda. Anda boleh pilih, nak makan ke tidak.Anda pilih makan (ish3...)

Kesan: Kalau adik anda tu kuat merajuk, maybe dia akan merajuk dengan anda. yelah, maybe susah kot dia nak jumpe kuih koci. Yang anda ni pulak....Dah la dah makan 5! Tak fikir pasal orang lain langsung!

Saya nak cakap...kita kena fikir jugak pasal orang lain dalam pilihan yang kita buat. Janganlah asyik fikir diri sendiri je. Tapi jangan la pulak asyik fikirkan pasal orang lain je pulak. Nanti diri sendiri merana.

Kena seimbangkan dan berpada-pada lah ye.



OK..sampai sini dulu. Banyak juga saya tulis hari ini. Esok saya akan pulang ke kampung halaman...weeehooooo~~~


Mak, Abah, nantikan kepulangan anakmu ini!!
Mak, masak lauk special yer... =)

6 comments:

  1. aaaafffiiiqqq...apa pilihan yang awak nak cerita tu? xder pon...

    ReplyDelete
  2. dah serita dah...kte bagi contoh yg walaupun kte ade kelas silat malam tu, tapi kte g perbincangan kump/ baca buku/ meeting.

    pilih yg mana top priority dulu.

    =)

    ReplyDelete
  3. tajuk :: balik

    anda bley pilih ntk tidak balik ke rumah spy bley study ng cemerlang nye.. hoho

    ReplyDelete
  4. kat rumah pun boleh study cemerlang....

    ReplyDelete
  5. xbley2.. nnt kamoo dok on9 je
    bahaye

    ReplyDelete
  6. aku rasa kata2mu betul fajar...nak2 ada streamyx skrang ni..adoiii..baik..saya study sekarang

    ReplyDelete

Do you have something to say?