Tuesday, April 06, 2010

Akhirnya saya punya uniform sendiri!

Malam tadi training silat. Pakai baju T-shirt silat yang baru beli. Kalaulah T-shirt silat yang beli masa form 4 dulu tak rosak sebab kena clorox, tak payah beli yang baru. Sangat sayang T-shirt yang lama tu. Dijaga dengan baik tau. Warna dia masih biru gelap, tak pudar sangat lagi. Semuanya berubah lepas sem lepas saya disyaki kena H1N1 dan doktor suruh clorox semua baju yang saya pakai masa saya demam. Baju T-shirt tu pun termasuk sekali. Saya pulak pergi clorox baju tu bukan guna clorox yang untuk pakaian berwarna. Habislah baju turun warna. Dua baju favourite saya rosak. T____T. Oh ya. Demam saya elok lepas kena kuarantin seminggu. Sangat bersyukur tak kena H1N1. Alhamdulillah. Sebenarnya takut jugak masa kena kuarantin tu.

Jurulatih silat cakap minggu lepas, kami akan dapat uniform hari Isnin(semalam). Sangat teruja bila dengar. Akhirnya, saya akan ada uniform sendiri! Masa masuk pertandingan wajadiri sem lepas, saya tak ada uniform (lambat bayar..salah sendiri). Kena pinjam baju senior. Besar woh baju senior itu. Dah macam baju kurung pulak. Dah lah saya ni pendek. Macam jubah juga ada. Tak pelah, at least, dapat pakai uniform.

Malam tadi dah belek-belek dah uniform tu. Tak cuba pakai lagi. Balik nanti nak cuba pakai la. hehehe..teruja! Adakah saya akan lebih rajin turun training dengan adanya uniform ini?

p/s: uniform silat dah dapat. Baju lab coat FTMK bila lagi???

No comments:

Post a Comment

Do you have something to say?