Saturday, April 17, 2010

Keputusan Kajian Bas

Okay. Selepas dua kurun semester tinggal di asrama D’Apartment ni, saya telah mengkaji tabiat-tabiat pemandu-pemandu bas UTeM yang mengambil pelajar-pelajar di sini untuk ke kampus. Sebagai seorang pelajar yang bergantung kepada bas UTeM untuk ke kampus setiap hari, saya tak dapat nak mengelakkan diri daripada membuat pemerhatian ini setiap hari. Jadi apakah keputusan kajian yang saya peroleh?

Berdasarkan gambar gajah rajah di atas, anda dapat lihat tiada tempat menunggu bas yang spesifik untuk kami para pelajar menunggu. Di sekitar tempat itu pula tiada pokok-pokok yang lebat daunnya untuk menghalang sinar UV daripada menghitamkan kulit muka kami yang jelita. Ada pokok, tapi bukan kat tempat tunggu bas. Kalau hujan, siapa yang tak ada payung tu pandai-pandai lah nak meengendeng kat siapa-siapa yang bermurah hati nak kasi baju basah sebelah sebab nak payungkan kau sekali. Kalau tak nak baju basah sikit pun, bawaklah payung sendiri ye. Saya tak kisah pun kalau ada orang nak tumpang payung saya yang kecil dan comel tu. Kalau basah baju tu pun nak guna sehari je. Boleh basuh.

Berbalik kepada topik asal iaitu bas UTeM ya, rakan-rakan. Berdasarkan gambar rajah di atas, saya telah tandakan tiga tempat di tepi jalan itu. Itulah tempat-tempat di mana bas UTeM diberhentikan dan kami kena berjalan ke situ untuk naik bas. Kenapa ada tiga tempat berlainan? Sebabnya pemandu bas UTeM yang ambil kami di sini ada tiga jenis sikapnya.

Yang pertama ialah: Pakcik Bas yang sangat baik hati yang ambil serta turunkan kami sangat dekat dengan pintu pagar. Ikut gambar di tempat bertanda 1. Kalau boleh nak hantar masuk dalam pagar. Pakcik ni paling best. Tak payah nak jalan jauh sangat. Kalau yang pakai high heels tu tak adalah susah nak jalan laju serta jauh. Kalau cuaca panas, tak payah nak hadapi lama-lama. Pakcik bas jenis ini yang paling kami semua suka. =)

Yang kedua ialah: Pakcik Bas yang ambil serta turunkan kami di tengah-tengah. no 2 Yang ni kira boleh tahan lagi lah. Walaupun agak tak puas hati sebenarnya sebab tak faham kenapa dia tak nak berhenti kat depan pagar. Nak kata membazir minyak bukannya jauh sangat. Dia ke yang bayar duit minyak? Tunggu kat situ kalau malam agak menakutkan sebab kadang-kadang ada anjing yang lepas bebas jalan-jalan di situ. Pernah ada episode menakutkan dengan anjing huhu. Mengerikannnn!! Kalau terlambat sakit kaki jugak la nak jalan laju-laju.

Yang ketiga ialah: Pakcik Bas yang ambil serta turunkan jauh dari hostel di no 3 .Rasanya dekat tengah-tengah tu pun dah jauh sebenarnya. Ni dia pergi tunggu lagi jauh, dekat dengan jalan keluar ke jalanraya. Saya sungguh tidak suka dengan pemandu yang tunggu kat situ. Masalah besar sangat ke kalau nak bas tunggu dekat sikit dengan pagar? Lepas tu bila balik, dia berhentikan dekat simpang yang lagi jauh dari tempat dia ambil kami. Saya betul-betul tidak suka. Punyalah nak jaga kulit muka supaya tak hitam dan pakcik ni memang tak membantu.


Ini yang dapat disimpulkan selama 2 semester di D'Apartment. Ya, saya bersyukur sebab ada perkhidmatan bas disediakan untuk pelajar yang tak ada kenderaan untuk pergi ke kampus, walaupun banyak komen he he heh. Bas kami kena share dengan pelajar lelaki yang duduk asrama berhampiran. Bila nak balik kadang-kadang nak kena berebut dengan lelaki depan pintu supaya dapat tempat duduk. Cabaran untuk kami kaum minoriti. Tak boleh kalah!


p/s: beraturlah elok-elok masa nak naik bas. Jangan tolak-tolak nanti jatuh. =b

Harap-harap minggu-minggu terakhir di D'Apartment ni dapatlah naik bas yang pakcik no 1 bawak. Biar ada kenangan manis sikit sebelum keluar dari asrama. =)

2 comments:

  1. kamu xbuat aduan ke, wat memorandom ke apa ke...dulu ktorg pun ada masalah bas jugak,mmg teruk lah, sbb macm chipsmore..pastu bila ktorg buat aduan, memorandom dan macam2 lah, terus dia sewa bas lain, bas U nih, untuk kegunaan tertentu je..suka la pakcik bas tu,xbyk keje..

    ReplyDelete
  2. kadang-kadang pakcik bas tu marah balik kalau kita cakap kat dia. Nak cakap kat atasan...haritu ada yang pernah cakap pastu ada lah macam-macam alasan. Tah la..

    ReplyDelete

Do you have something to say?