Wednesday, May 05, 2010

Asrama terakhirku: D'Apartment

Akhirnya saya dapat mengemaskini blog! Ingat nak mengemaskini semalam tapi tak jadi sebab lebih teruja nak melayari laman web yang lain. Almaklumlah, dah beberapa minggu tak dapat nakmelayari Internet. Jadinya kerinduan dilepaskan dengan melayari Facebook, YouTube dll. Saya rindu Internet!! =)


Dah lama sebenarnya saya nak tulis tentang asrama yang saya tinggal pada tahun dua di UTeM ni. Pada tahun 1 sem1, saya tinggal di asrama Pangsapuri Taman Tasik Utama 3 (TTU3) dan dari separuh sem 1 hingga sem 2, di Kolej Kediaman Bunga Raya. Tahun 2, saya duduk di asrama D'Apartment. Asrama paling selesa antara semua asrama yang saya pernah tinggal. Betul ni. Di TTU3, rumahnya agak sempit. Di Bunga Raya agak selesa, makanan pun senang dapat. D'Apartment pula amat selesa tapi kalau nak makanan kena berusaha lebih sikit. Kena jalan ke restoran/kedai berdekatan. Tak kisahlah. Asalkan rumah selesa. Berapa kali dah cakap selesa ni? OK. Mari lihat dengan lebih dekat untuk tengok keselesaannya.

Ini ruang depan rumah. Nampak luas kan? Masa mula-mula datang, masuk terus kagum. Keluasannya lebih dari asrama terdahulu. Terus suka. Lebih-lebih lagi ada sediakan kerusi di ruang tamu dan siap ada meja makan woh! Memang saya amat menyukainya!!


Ini ruang makan. Ada meja makan dan kerusi. Jangan tanya kenapa tiba-tiba ada kerusi plastik dua sesat di situ. Kadang-kadang saya makan di sini. Oh. Tiga bilik yang pintu terbuka tu adalah bilik air. Ada 4 toilet dalam rumah ni. Ada satu toilet dalam satu bilik bertuah. Yang lain semua kat luar. Bestnya ada toilet banyak. Macam satu bilik satu toilet. Sinki juga ada 4. Tidak termasuk sinki dapur yang ada 2. Alamak, lupa nak tangkap gambar dapur. Haihhh.





Ini ruang tamu. Biasanya saya yang duduk sini selalu sebab saya suka belajar kat luar bilik. Walaupun kerusi tu agak keras tapi pernah tertidur juga di situ. Pernah jadi katil kedua sebab buat kerja kat luar sampai tertidur. heh.



Ini katil saya yang selalu dirindui lepas balik kelas. Heee. Bantal peluk spongebob tu baru beli sem lepas sebab tak best tidur tak peluk bantal. Nak tangkap gambar bilik untuk tunjuk keluasan tapi hasilnya tak memuaskan. Gambar katil pun jadilah ye.




Ini view dari tingkap tepi katil saya. Nak tangkap gambar burung annoying alarm clock tapi tak jelas pulak. Yelah, guna kamera laptop je...tapi walaubagaimanapun. itulah burungnya. Bye2 birdie, lepas ni kejut orang lain pula ye..?


Antara aktiviti2 di D'Apartment:

Explorace. Sebelum Explorace buat senam robik dulu



makan pizza hut delivery. Yummy. Oh. Ni rumah kawan saya.



Inilah asrama saya D'Apartment. Asrama terakhir agaknya. Sem depan dah mula duduk rumah sewa. Banyak memori pahit manis di sini. D'Apartment memang best! Kalau disuruh pilih asrama, pasti saya akan pilih D'Apartment (bab makan...belakang cerita *konon*). Yeah.


8 comments:

  1. masyuk r hstel dyer....
    mmg heaven r.....

    ReplyDelete
  2. woow..~~
    kak fiq..
    TERUJA laa..
    hehe... :)

    ReplyDelete
  3. nk tanye..kat ctu,dlm 1umah de bape buah bilik?! n 1 bilik ble muat bape org?!

    ReplyDelete
  4. 1 umah ada 4 bilik. 1 bilik 2 orang

    ReplyDelete
  5. Salamm..kalau bru masuk dan bidang sc comp..dpt penginapan kt mna? Kampus mna?pengangkutan plak?sory bnyk tnye hihi

    ReplyDelete
  6. Salamm..kalau bru masuk dan bidang sc comp..dpt penginapan kt mna? Kampus mna?pengangkutan plak?sory bnyk tnye hihi

    ReplyDelete

Do you have something to say?