Thursday, May 06, 2010

hei, today is d day

yes, yes, today is my bday. I have to make an entry



Sungguh terkejut bila membuka blog tadi. Ada entry baru yang tajuk dan isinya sungguh asing. Seingatnya saya tak pernah buat pun entry itu. Semalam tak update blog pun. Tajuknye tak pernah ingat pun pernah tulis. Tajuknya seperti di ruangan tajuk di atas. Isinya pun sungguh pelik. Tulis "today is my bday". Semalam bukan birthday saya. Semalam birthday Mak saya. OH. OK. Ni mesti Mak yang tulis nih.......
Mak saya online menggunakan lappy saya. Beliau mahu update blognya. Blog saya tak logout. Bila beliau membuka blog, beliau telah menulis di blog saya sebab kalau bukak terus buka blog saya. Mak, kan background blog kita berbeda sama sekali..? haha. Tak apelah. Tak payah padam lah. Biar saya edit sikit je. Haha. Tengok entry yang mak saya nak tulis, tergantung di tengah jalan. Mesti beliau dah terperasan yang beliau dah salah blog. Kihkihkih. Happy Birthday Mak! Semoga diberkati Allah, panjang umur, sihat tubuh badan dan gembira selalu!Lots of love from me =)
Malam semalam sempena birthday Mak, Abah belanja makan di Rasamas. Sedap! Saya makan Chicken Chop. Dah lama tak makan Chicken Chop. Itu mungkin kali terakhir kami makan di situ, bak kata Abah. Mahal. T_T

No comments:

Post a Comment

Do you have something to say?