Tuesday, May 18, 2010

Belajar Bahasa Korea bahagian 2

Semalam secara rasmi bermula kelas bahasa Korea saya. Kelas ini bertempat di meja makan, atas katil dan atas kerusi sofa. Guru-guru yang bertanggungjawab mengajar saya ialah laman-laman web yang ada ajar bahasa korea, blog-blog yang ajar bahasa Korea, lagu-lagu bahasa korea dan lirik-lirik yang dimuat turun serta drama-drama Korea.

Setakat ini, saya sedang belajar karakter-karakter dalam penulisan bahasa Korea. Saya sedang cuba mengenalpasti huruf-huruf konsonan dan vokalnya. Sangat menarik! Sekarang saya sudah meningkatkan pemahaman tentang karakter-karakter dalam bahasa Korea.

Susunan sesuatu suku kata adalah dalam bentuk kotak. Gabungkan maksima tiga karakter (kalau saya salah tolong betulkan) untuk bentuk satu suku kata.

Contoh:


adalah suku kata yang terdiri daripada karakter-karakter berikut:

ㄷ (d/t)
ㅓ (eo)
ㄴ (n)


susunannya mesti konsonan-vokal-konsonan

Jadi untuk menyebut perkataan di atas: deon


Yay!! Macam mana, menarik tak??? Menarik kan?? Seronok belajar benda baru. Hehehe. *teruja* OK. Nak sambung pembelajaran.

Eh. Kena vacuum rumah dulu. >_<

p/s: Saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan =)




2 comments:

  1. ok, sy balik ni pastikan umah berkilat2 ye..kan dah vakum umah..hahaha..xde kaitan pun nk komen psal bhs korea..huhu

    ReplyDelete
  2. arasso..

    *takde tempat lain ke nak bagi peringatan heheh*

    ReplyDelete

Do you have something to say?