Tuesday, May 11, 2010

Belajar Bahasa Korea





Keinginan ini sudah lama wujud di benak, lebih-lebih lagi dengan kemunculan drama-drama Korea yang menarik minat untuk ditonton. Tapi bukan di TV kerana di TV audionya sudah ditukar kepada Bahasa Mandarin. Ada drama yang ditonton dalam Bahasa Korea tapi tiada sarikata maka tak faham apa yang diperkatakan. Begitu juga dengan beberapa video artis Korea di YouTube yang tak disediakan sarikata yang difahami. Tak bestlah tak faham mereka cakap apa. Tengok aksi je mana cukup. Ketika itu rasa seperti "Kalau saya faham Bahasa Korea kan bagus."

Untuk mengisi masa lapang sempena cuti semester, selain menunggu makanan-makanan masak di Cafe World dan tanaman membesar di Farmville, saya pun buka laman web KBS World untuk belajar Bahasa Korea. Sebenarnya saya tak tahu pun laman web ni ada ajar Bahasa Korea. Tiba-tiba ternampak link Let's Learn Korean kat hujung bawah laman web tu. Saya pun cuba la tekan tengok apa ada.

Dia ajar dari basic.

Part One: Ada belajar vokal, konsonan serta karakter-karakternya. Boleh dengar audionya sekali untuk dengar cara sebutan. Kemudian, ada juga double vowel & double consonant. Apakah maksudnya double itu???? Tak berapa faham, tapi ikut jelah dia sebut apa. Belum habis lagi cerita vokal dan konsonan ni, ada pulak final consonant and consonant cluster. Banyak pula huruf vokal dan konsonan dia ye. Tak apa. Teruskan pelajaran anda.


Di Pelajaran keempat ada pronounciation practice. Saya tak pasti perkataan yang dia suruh praktiskan ini ada maksud atau tidak. Tapi ada beberapa perkataan yang saya rasa macam faham seperti
사람[saram]

사랑[sarang]

Adakah betul apa yang saya faham? Tidak tahu. Kalau tengok karakter2 perkataan2 di atas macam sama je kan. Tapi ada beza sebenarnya. Yang atas tu segi empat, yang bawah tu bujur. Maksud perkataan-perkataan yang diajar sebut tu tak pula disertakan. Belajar tulis dan sebut dulu agaknya.

Ada banyak Bab yang disediakan. Ada Honorifics, Post Positions, Positive & Negative dan Tense.

Part Two :Diajar Perkataan-perkataan yang boleh digunakan Upon Arrival In Korea. Antara yang diajar ialah Basic Conversation, Upon arrival at airport, Asking for directions, Taking a Tour, dan lain-lain. Contohnya:

어서 오세요.
[Eoseo oseyo.]
Welcome.

안녕하세요.
[Annyeong-haseyo.]
Hello.

Part Three :Diajar Living in Korea. Maksudnya perkataan kalau kita duduk kat Korea. Ada ajar perkenalkan diri:

안녕하세요. 만나서 반갑습니다. 저는 빌 스미스라고 해요.
[Annyeong-haseyo. Mannaseo ban-gapsseumnida. Jeoneun Bill Smith-rago haeyo.]
hello. It's a pleasure to meet you. My name is Bill Smith.|

Yang Part Two dan Part Three ini agak menarik sebab maksudnya dalam Bahasa Inggeris disediakan. Boleh faham apa yang dipelajari.
Yang pentingnya kena pandai sebut perkataan2 yang hampir sama sebutannya macam ni:


교[gyo] dan 겨[gyeo]

러[reo] dan 로[ro]

Telinga kena peka dan lidah kena lembut. Mulut pun kena muncung. HAHA.

Agak susah nak belajar bahasa baru, tapi impossible is nothing kan. Ada dua orang bukan Korea dari band kegemaran saya A'ST1 yang salah seorang mix Korea + Jepun (dia tinggal di Jepun), dan lagi seorang dari China. Masa mereka datang Korea mereka tak tahu cakap Korea pun. Jadi kena belajarlah supaya senang nak berkomunikasi. Sekarang mereka dah boleh cakap Korea dah. Wah, sangat hebat. Saya nak jadi macam mereka juga! Mereka inspirasi saya untuk belajar bahasa Korea. =)


--Tomo dari Jepun--

--Haiming dari China--


안녕히 가세요!!!!
[Annyeong-hi gaseyo.]
Good bye (when you, the host, are bidding your guests good bye).

8 comments:

  1. waaaa..ade eh blaja korean dlm tu?
    nk kna blajar neh.......*smngt*

    ReplyDelete
  2. ada....silakan...mari belajar Korea =)

    ReplyDelete
  3. belajar bahasa korea sgt fun...penah belajar basic masa 1st year kat usm dulu..sonok sgt...skrg pandai baca tulisan korea,tp xpaham maksud...boleh la tu kan...hahahha

    ReplyDelete
  4. Waa..bestnya usm ada tawarkan belajar bahasa korea! universiti saya tak ada pun tawarkan. Best2!! At least ada basic.. =)

    ReplyDelete
  5. bahasa korean mmg best utuk blaja tapi tak makne BM tak best. Cume lagi best dari eng la... tapi mane nak dapat citer korea ek? penat aku cari tp tak jpe pun.. sape tau mane nak download???

    ReplyDelete
  6. Saya tak mahu la pula banding-bandingkan bahasa yang mana best yang mana kurang best. Sebab setiap bahasa tu ada orang yang guna untuk berkomunikasi. Saya saja nak belajar bahasa baru seperti bahasa korea sebab nak tambahkan pengetahuan. Sebelum ni dah pernah belajar bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab. =)

    pasal citer korea, biasa amek dari kawan je, tak pun tengok online kat mysoju.

    ReplyDelete
  7. hah..
    citer korea rmai sngt yg minat...huhu
    tapi aku suke blaja bahasa dia je

    ReplyDelete
  8. MC:dah boleh cakap korea la ni??? boleh la ajar saya!
    tq 4 d comment!

    ReplyDelete

Do you have something to say?