Showing posts with label A'ST1. Show all posts
Showing posts with label A'ST1. Show all posts

Saturday, November 13, 2010

Jang Moon replies to my tweets

Malam semalam, sedang saya mengulangkaji subjek Bahasa Jepun sambil saraf-saraf berjuang untuk memastikan mata sentiasa terbuka walaupun hati dah tidur *siapa suruh susun jadual exam rapat-rapat?*, saya pun online Twitter, peneman di kala sunyi dan mengantuk ketika study. ~Panjangnya ayat pertama.~ Kawan-kawan saya tak ramai ada twitter, jadi saya banyak follow artis-artis je, nak tahu apa mereka buat. Ramai artis-artis yang ada twitter, contohnya Juliana Evans, Diana Danielle, Iqram Dinzly dan Liyana Jasmay. Artis Korea pun ramai yang ada twitter, saya follow yang saya kenal je..macam Nicole KARA, A'ST1/Monday Kiz Lim Han Byul dan lain-lain..kira macam stalker la jugak eh..=S


Kalau nak tahu mereka ni pakai handphone apa senang je sebab kat bawah tweet tulis via Twitter for Blackberry la via twitter for i-Phone la. Kebanyakan guna Blackberry. Wahhh...bila la Blackberry nak jadi milikku..tapi kalau guna New Twitter takde tulis kot. Saya lebih suka guna Twitter lama sebab nak tengok brand telefon diorang...hahaha~


Dalam entri sebelum ni ada bagitahu yang Jang Moon A'ST1 dah ada twitter. Yayyy..bertambahlah orang untuk distalk. Dalam A'ST1 ada enam members. Dua members dah ada twitter. Yang lain bila lagi?! Cepat buat, cepat buat, cepat buat! Biarlah kalau saya cakap pasal A'ST1 kat kawan-kawan ramai yang tak kenal*sedihnya kenyataan ini*tapi kalau you all buat twitter I will follow you surely. Definitely. Lepas tu kalau you all ada tweet, pasti saya akan cuba reply walaupun nak kena copy paste tweet you all yang dalam bahasa Korea tu dulu, ke kotak Google Translate. Saya tak kisah. Dapat exercise jari*kekeke*. Kalau malas nak buat ayat Korea, saya reply dalam English je. Kalau tiba-tiba mood tulis bahasa Korea ada, keluarlah tweet bahasa Korea. Tapi macam jarang je. Biasanya reply guna English..



So, malam semalam, masa tengah ulangkaji Bahasa Jepun, tiba-tiba Jang Moon bertweet. Bukan tweet biasa, itu tweet luar biasa. Dia telah mereply tweet kawan saya! Macam mana saya tahu? Sebab ada @namakawansaya kat depan tweet Jang Moon itu. Saya pun terus teruja. OMG OMG OMG Jang Moon reply tweet dia! Walaupun bukan tweet saya, tapi saya teruja jugak sebab itu nama kawan saya. Lepas tu saya menjerit macam orang siuman dalam hati nurani. Wahhh...bestnya, bestnya, jarang nak dapat artis Korea reply tweet kau tau! 


Sebelum ni saya sibuk reply tweet Hanbyul tapi dia tak pernah reply-reply. Agak sedih di situ. Saya expect dia tak baca our tweets to him. ='( Takpelah, busy agaknya. Ataupun dia tak tahu guna function twitter sepenuhnya lagi XD



Jang Moon bertweet agak banyak malam tu jadi saya pun tweet la jugak satu tweet kat dia dengan harapan yang senipis kulit bawang agar dia pun reply tweet saya. Kalau dia boleh reply tweet kawan saya, kenapa saya punya tweet tak boleh?! =)



Ini soalan yang terpilih lepas banyak kali fikir nak tweet apa x_x


Lepas tu saya pun tunggu penuh debaran....macam tunggu result exam pulak rasanya. Tunggu result pun tak macam ni.


Tunggu punya tunggu 



                        punya tunggu 



                                                punya tunggu 

                                                           dan mood study masih di paras bahaya


                                                                                      tunggu lagi....


                                                                                                            hafal satu-satu perkataan Jepun...


                                                 
                                                       tunggu lagi....


kemudian...mata saya melilau di page twitter dengan penuh rama-rama dalam perut. Dan ini muncul:



Kelip mata. Baca satu-satu. OMG OMG OMG OMG OMG......Jang Moon replies to my tweet! Jerit dalam hati nurani lebih kuat dari jeritan awal tadi. Rasa macam nak jerit betul-betul dan bertindak macam peminat-peminat biasa yang jerit-jerit jumpa idol mereka. Tapi saya duduk rumah flat. Karang jiran dengar. XD *psst..dia guna Blackberry!*


Dangan jantung yang berdegup kencang disaluti riang, saya pun tweet lagi:



Tapi kali ni I don't expect him to reply me again. Pisang takkan berbuah dua kali kan? *Ada kena mengena ke?*


............muncul di homepage saya. He replied me again! Waaaahhhhh....


I can't concentrate to study my japanese language lesson for a while. This is so unreal! But it is real! I communicated with a person I adore whom I only watch on YouTube. Thank you Jang Moon, you made my day and gave me my mood*ngade!*. Hey, Exam Jepun tadi was do-able, is it because I got Jang Moon's aura in me? hahahaha.....OK. enough rambling.


Yeah, I love K-POP! And I also love TWITTER! 

Tak kenal A'ST1 or Jang Moon? baca ni>>>>>>>>>>>>>A'ST1


Wednesday, November 10, 2010

Cukup untuk malam ini




Alasan dah tak nak study! Heh, Mengada! Tapi memang dah mengantuk pun sekarang. Dari pagi study non-stop. Malam-malam ni rasa macam dah kurang teruja...boleh pulak! Tengok la macam mana. Ikut tahap keberatan dan ketahanan mata. Non-stop tengok lappy, kesian pulak. Time2 exam ni, kesihatan nak kena jaga. 


p/s: Jang Moon dah ada twitter! Finally! Akhirnya kini pasti! Seronoknyieeeeeeeeeer! Rasa macam nak panjat bukit beruang dan jerit kuat-kuat. Eh. Bukit Beruang jauh sangat. Um. Jerit kat sini pun boleh la ye.



jerit+nangis kegembiraan. Over tak? 





Jang Moon! Found you! Can't hide anymore HAHA.
Eunices, let's follow him! 
Jang Moon's twitter: innermostJM




Sunday, November 07, 2010

Snail Gosiwon featuring Tomo

Finally, Tomo's drama is aired! Woohoo~!!! I thought I will not be able to watch him but I did! Thank you Internet for making this happen! Yayyyy..




I watched this drama online at KBS streaming site , thanks to @rrylol for tweeting this. Its Korean premiered so there are no subtitle available. I understood like 1% of the words they said. LOL. Never mind. The main reason I'm watching is TOMO. If I'm lucky I'll watch it again at KBS World with subtitle on  27th November. For those who haven't watched or just want to watch again you can get yourself glued to the TV on that day alright? If I'm not mistaken it will air on 10.30 p.m. or something. Make sure you get the right channel: KBS World!



I don't really understand what the story is all about *obviously, because I can't understand what they're talking*. My main focus is Tomo. When Tomo appears I'll go 


When he talks I can help but laugh. He talks Tomo-style! Very funny. Plus, in that drama his character's name is also Tomo. So I think he's just being himself. But less wild and funny than his normal character. In reality he is much wilder and funnier than that. Wild in a good sort of way, that is. XD. Oh. He talks Korean and Japanese in this drama. Yay! 


Now lets see some pictures of the drama. I got these from http://ameblo.jp/4448yo/




Tomo is at the back! Trivia: Do you recognise the two men in front?



Eating together. Tomo has little dialog in this scene..almost no dialog? He is the first one on the right. *Since he has little dialog, he focuses on eating. He eats full-heartedly! Typical Tomo. LOL!*





"Why are you guys talking while eating? Concentrate on the food!"Tomo thoughts. Kehkeheh..



Tomo, keep up the good work! Will always support you! Ganbatte!

credit to @hype8750 as well =)


Saturday, August 07, 2010

Blog baru Tomo

Pengumuman kepada Eunice sekalian!


Tomo dah ada blog baru! Oh yeahhhhh~~!! Yayyyyyy! Akhirnya! Dah lama tunggu! :'''')






Blog beliau yang lama dah ditamatkan perkhidmatan lebih tiga minggu yang lalu.


Blog baru akan beroperasi tak lama lagi.


Blog baru Tomo boleh didapati di sini: http://ameblo.jp/tomoki-fujiwara *lebih afdal buka guna Chrome sebab dia boleh translate satu page, senang baca kalau tak faham Jepun =) *


Sekarang Tomoki Azuma akan dikenali sebagai Tomoki Fujiwara.


Nama komersial Tomo sejak masuk syarikat Stardust.


Kenapa perlu tukar nama ye? Pada pendapat saya nama asal Tomo pun dah sedap. Agak musykil di situ.


Tapi takpelah. Biarlah Tomo tukar nama apa pun. Beliau tetap Tomoki Azuma kepada saya. =)


Rindu nak blog!




Tak sabar nak tunggu Tomo update blognya. Rindu nak baca. =')



p/s: Dalam proses mengingat katakana. Tomo, bolehkah anda tolong saya? XD

Friday, July 02, 2010

Pengunjung dari Jepun

Saya: Eh, Tomo baru update blogla! 36 minit yang lalu? Baru kejap? Ahhhh~~~ nak baca!!!



Bukak blog Tomo dan baca guna Google Translate(GT). Tomo orang Jepun. Jadi dia tulis dalam Bahasa Jepun.



Saya: Tiba-tiba rasa macam nak komen pulak.


Tekan button komen. GT tolong terjemahkan segala apa yang tertera. Isi apa-apa yang patut seperti nama, URL dan komen. tekan button komen.

Keluar paparan error. Tak boleh tulis tulisan rumi! Alamak!



Saya: Nak kena tulis Jepun? Apa nak tulis ni?




cari bantuan guna Google. Saya nak terjemahkan Good luck kepada bahasa Jepun. hasilnya saya dapat:
ご幸運を祈ります! Harap-harap betul la ini bermaksud Good Luck. =_=!



ini komen saya di situ




Tekan button komen. tunggu dengan berdebar-debar. BERJAYA!!!


Saya: Ingatkan orang yang tak ada akaun ameba tak boleh komen. Boleh rupa-rupanya. Harap-harap Tomo klik link yang saya tinggalkan dan menjenguk ke blog saya. Boleh tak? Tomo, sila klik link itu ya! *berharap dengan separuh harapan*



Lepas beberapa minit, refresh page blog sendiri.







OMG. Tomo datang blog saya ke tadi? Tomo, adakah anda datang? Adakah orang yang dari Japan City ni Tomo? Adakah???????????? AAAAHH~~ *jerit macam peminat-peminat jumpa artis kegemaran mereka*.





*pengsan*.





Saturday, June 19, 2010

A'ST1....Han Byul....Tomo...Monday Kiz



A'ST1 ialah kumpulan yang nyanyi lagu ni Yearning of The Heart; salah satu OST dalam Boys Over Flowers.





A'ST1 ialah kumpulan K-pop pertama yang saya suka. Mula minat lepas dengar lagu OST BOF ni. Memang sedap lagu ni. Lepas dah dengar saya pun selidik pasal lagu-lagu lain oleh kumpulan ini. Siap selidik ahli-ahli dalam kumpulan ni sekali. Sebelum ni tak pernah pun minat artis Korea sampai nak selidik-selidik macam ni. Tapi, yang sedihnya, kumpulan ini dah dibubar. Y__Y
Kenapa bubar? Tanya recording company mereka. Recording company mereka; DSP, ialah company yang sama menguruskan SS501.

Kerana minat yang mendalam sedalam lautan paling dalam hehe, lepas kumpulan ni dah bubar, saya masih tak dapat nak membubarkan ahli-ahli kumpulan ni dari minda ^^
Yelah, dahlah suara mereka semua sedap, tengok kerenah diorang dalam YouTube pun best, lepas tu bubar tiba-tiba pulak tu, siapa dapat terima kan? Maka, saya masih ingin tahu apa yang mereka buat. Saya masih seorang Eunice!


Saya baru dapat mengesan Tomo dan Han Byul je TT___TT

Saya jumpa blog Tomo. Dia rajin tulis blog. Setiap hari dia tulis. Kadang-kadang sehari sampai dua, tiga entri dia tulis. Baguslah Tomo! Dapat jugak tahu apa perkembangan terkini anda, walaupun kena guna khidmat Google Translator untuk faham apa yang anda tulis dalam bahasa Jepun itu ^^. Leceh jugak nak translate guna translator. Nak belajar bahasa Jepun la ^^

Tomo dah tukar imej.>>>
Ini salah satu gambar yang Tomo upload kat blognya. Smartnya =)


Han Byul pulak dah jadi anggota baru kepada kumpulan yang tak berapa baru: Monday Kiz. Mula-mula saya tak dapat menerima Han Byul dalam kumpulan baru tu, dengan imej baru yang sungguh drastik.

Imej baru Han Byul dapat dilihat dalam video bawah ni. Lagu kegemaran saya dari Monday Kiz. Tajuknya Scatter. Dinyanyikan live. Suara semua power-power. Paling best Han Byul. *pilih kasih nampak*




Han Byul senang je nak dibezakan. Yang blond tu Han Byul la tu. Han Byul dah jadi blond!!! Sukar untuk diterima. >__<
Han Byul ada twitter! Ye, betul! Sangat mengujakan! Akhirnya saya dapat berinteraksi dengannya dan tahu apa yang terkini! Selalu jugak dia bertweet, kadang2 ada post gambar sekali.


^^ Jang Moon, Jung Jin, In Gyu, HaiMing, where are you???

p/s: Saya memang dalam mood Korea kebelakangan ni =D





Tuesday, May 11, 2010

Belajar Bahasa Korea





Keinginan ini sudah lama wujud di benak, lebih-lebih lagi dengan kemunculan drama-drama Korea yang menarik minat untuk ditonton. Tapi bukan di TV kerana di TV audionya sudah ditukar kepada Bahasa Mandarin. Ada drama yang ditonton dalam Bahasa Korea tapi tiada sarikata maka tak faham apa yang diperkatakan. Begitu juga dengan beberapa video artis Korea di YouTube yang tak disediakan sarikata yang difahami. Tak bestlah tak faham mereka cakap apa. Tengok aksi je mana cukup. Ketika itu rasa seperti "Kalau saya faham Bahasa Korea kan bagus."

Untuk mengisi masa lapang sempena cuti semester, selain menunggu makanan-makanan masak di Cafe World dan tanaman membesar di Farmville, saya pun buka laman web KBS World untuk belajar Bahasa Korea. Sebenarnya saya tak tahu pun laman web ni ada ajar Bahasa Korea. Tiba-tiba ternampak link Let's Learn Korean kat hujung bawah laman web tu. Saya pun cuba la tekan tengok apa ada.

Dia ajar dari basic.

Part One: Ada belajar vokal, konsonan serta karakter-karakternya. Boleh dengar audionya sekali untuk dengar cara sebutan. Kemudian, ada juga double vowel & double consonant. Apakah maksudnya double itu???? Tak berapa faham, tapi ikut jelah dia sebut apa. Belum habis lagi cerita vokal dan konsonan ni, ada pulak final consonant and consonant cluster. Banyak pula huruf vokal dan konsonan dia ye. Tak apa. Teruskan pelajaran anda.


Di Pelajaran keempat ada pronounciation practice. Saya tak pasti perkataan yang dia suruh praktiskan ini ada maksud atau tidak. Tapi ada beberapa perkataan yang saya rasa macam faham seperti
사람[saram]

사랑[sarang]

Adakah betul apa yang saya faham? Tidak tahu. Kalau tengok karakter2 perkataan2 di atas macam sama je kan. Tapi ada beza sebenarnya. Yang atas tu segi empat, yang bawah tu bujur. Maksud perkataan-perkataan yang diajar sebut tu tak pula disertakan. Belajar tulis dan sebut dulu agaknya.

Ada banyak Bab yang disediakan. Ada Honorifics, Post Positions, Positive & Negative dan Tense.

Part Two :Diajar Perkataan-perkataan yang boleh digunakan Upon Arrival In Korea. Antara yang diajar ialah Basic Conversation, Upon arrival at airport, Asking for directions, Taking a Tour, dan lain-lain. Contohnya:

어서 오세요.
[Eoseo oseyo.]
Welcome.

안녕하세요.
[Annyeong-haseyo.]
Hello.

Part Three :Diajar Living in Korea. Maksudnya perkataan kalau kita duduk kat Korea. Ada ajar perkenalkan diri:

안녕하세요. 만나서 반갑습니다. 저는 빌 스미스라고 해요.
[Annyeong-haseyo. Mannaseo ban-gapsseumnida. Jeoneun Bill Smith-rago haeyo.]
hello. It's a pleasure to meet you. My name is Bill Smith.|

Yang Part Two dan Part Three ini agak menarik sebab maksudnya dalam Bahasa Inggeris disediakan. Boleh faham apa yang dipelajari.
Yang pentingnya kena pandai sebut perkataan2 yang hampir sama sebutannya macam ni:


교[gyo] dan 겨[gyeo]

러[reo] dan 로[ro]

Telinga kena peka dan lidah kena lembut. Mulut pun kena muncung. HAHA.

Agak susah nak belajar bahasa baru, tapi impossible is nothing kan. Ada dua orang bukan Korea dari band kegemaran saya A'ST1 yang salah seorang mix Korea + Jepun (dia tinggal di Jepun), dan lagi seorang dari China. Masa mereka datang Korea mereka tak tahu cakap Korea pun. Jadi kena belajarlah supaya senang nak berkomunikasi. Sekarang mereka dah boleh cakap Korea dah. Wah, sangat hebat. Saya nak jadi macam mereka juga! Mereka inspirasi saya untuk belajar bahasa Korea. =)


--Tomo dari Jepun--

--Haiming dari China--


안녕히 가세요!!!!
[Annyeong-hi gaseyo.]
Good bye (when you, the host, are bidding your guests good bye).

Thursday, February 18, 2010

A'ST1 dah bubar...?????



Tadi, masa saya upload video Dynamite by A'ST1, saya terbaca komen ni kat YouTube yang saya ambil video tu....

A'ST1 dah bubar????????????????????????????????


Baru je nak jadi peminat mereka semenjak dengar lagu Yearning of the heart (OST Boys Over Flowers). Sedap lagu tu. Oleh kerana lagu tu dah beri "first impression" yang bagus, saya pun search lagu2 mereka yang lain untuk didengar. Agak menarik la. Jarang saya cari lagu korea lain selain lagu2 OST. A'ST1 sungguh bertuah!

Tapi betul ke mereka nak bubar...??


ini laporan dari http://www.allkpop.com



Adakah ini betul....? Ruginya! Suara mereka boleh tahan sedap, lagu pun best2..mengapa harus jadi begini..?Aku belum sempat menjadi peminat lagi!

TIDAAAAAAK!!!!!



in memory..??? =(


Lagu yang asyik berulang2 di Winampku

A'ST1: Dynamite